Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sajak di hari jumaat.
Kedamaian semalam, hari ini dan esok, apakah kita akan kecapinya ??
Kedamaian yang ku pinta, hanyalah kedamaian dari hati nurani.
Manusia yang tamak, dengan harta benda, pangkat, nama dan dunia, sanggup musnahkan kedamaian dalam kamus hatinya itu.
Kedamaian itu ada pada hati manusia, mereka sendiri yang akan merasainya kedamaian yang dipinta.
Burung di sangkar mahu hidup terbang bebas…berkicauan dan mencari erti hidup, jangan biarkan ia bagai hidup di penjara yang tidak dapat menikmati keindahan alam.
Perang dingin, perang mulut, dan perang senjata, katanya demi perjuangan kedamaian. Perjuangan yang bermotifkan politik, kepentingan sendiri dan juga
Hilangnya beribu-ribu jiwa setiap hari , demi kedamaian yang tak pasti adakah ianya benar atau bohong belaka.
Damaikan perasaan, hilangkan segala persengketaan, leraikan sengketa yang menimpa diantara kita…..
Adakah dunia kita ini semakin aman dan tenteram??
Jebat Malaya says
boleh pulak bersajak…
Zik says
layan… hoho
adele says
Subhanallah..alangkah indahnya kalo dpt hidup dlm suasana gmbar tu..kt malaysia ni ada ke?
Malaysia ni hakikatnya tak aman walau zahirnya nampak aman..yg penting, carilah ketenangan utk hati kita terlebih dulu.. π
Zik says
keamanan hanya boleh dirasai oleh setiap insan itu sendiri…
suri says
ada kt kampungku heee…
jom ke melaka π heee..
akubiomed says
Memang betul kalau berharta hidup tak tenang tidak ada gunanya
Zik says
ada harta tapi… sombong tak ingat…
MDHAFiZ.NET says
tenang hatiku melihat permandangan di atas…
dgn mengingati tuhan pasti hati kalian akan merasa tenang.. π
Zik says
ketenangan itu pasti ada setiap insan..
Fahmi Raazali says
cantik gambar kat atas tu… π
manusia ni macam2 ragam… nak puaskan hati semua orang mmg susah…
kalau boleh puaskan hati semua orang… agaknya aman dunia nie π
adamfaiz says
Manusia punya sifat yang sukar dipuaskan hatinya..
intankuterpilih says
ramai yg kata, kalau banyak duit itu mandamaikan, tapi ramai yg tak tau, makin banyak duit, makin tak damai. sebab? makin byk duit, makin byk utang. agree??
Zik says
makin banyak duit.. ramai orang cari… jadi tumpuan… pasti diancam macam2 …..ingat kes sosilawati..
suri says
lagi byk utang nak mati pun tak senang..sb byk hutang tak langsai lagi huuu..apapun tu harus di selenggaran secepat yg mgkin
sufian says
walaupun rumah tu kecik, tapi hati tenang dengan permandangan indah dan nyaman π
Zik says
tenang2 jer gitue..
Sir Marcello says
pic atas tue sangat nice!
Zik says
boleh tahan lah…
Aretikz says
Sesuatu kedamaian itu terletak pada hati.. hati yang dipandu iman.. InsyaAllah..
Zik says
amin2x..
Ali ridha says
liku kehidupan dunia kita
malaysia masih tenang dan aman.
Zik says
malaysia sebuah negara yang aman..seharusnya kita bersyukur..
dnoBiz says
Payah nak cakap, tapi sentiasa berharap untuk dapat yang terbaik…,
kalau aman itu terbaik untuk aku harap aman la,
kalau perang itu terbaik utnuk aku harap perang lah
Zik says
perang jalan terakhir… sebolehnya elakkan peperangan seperti ini..
dnoBiz says
sebab tu aku selalu doakan supaya dapat yang terbaik Zik, dan bukan minta apa yang aku hendak dan mahu, kerana aku tak tahu adakah keinginan dan kemahuan itu adalah sesuatu yang baik untuk aku π
tengkorak emas says
kedamaian bila ada kebahagiaan..kebahagiaan ada bile kita mensyukuri nikmat..
nikmat tanpa rasa kebahagiaan tidak mendatangkan kedamaian..
Zik says
kedamaian itu perlu…. ia datang dan pergi..
wazy says
wahhh bersajak pulak
hehehe bagus bro bersajak macam ni
gambar tu lawa la
tehr says
tiada kedamaian yang kekal abadi di dunia ini
Notakaki says
Apa yang penting adalah keredhaan Allah swt terhadap kehidupan kita di dunia yang fana ini. kita sama2 mendoakan agar kehidupan kita ini tidak dibelenggu pelbagai masalah yang menyakitkan dan mengaharapkan senantiasa Allah swt memberikan kedamaian kepada kehidupan kita n semua umat islam.
Amin…
Latest Entry :
-> Sila Klik Sini