Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / EURO / DENMARK layak mara ke pusingan 16 terbaik, menang 4-1 russia

DENMARK layak mara ke pusingan 16 terbaik, menang 4-1 russia

Zik · Jun 22, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

denmark bersama penyokong

Selain belgium dalam kumpulan B ini, Denmark yang tewas 2 kali dalam peringkat kumpulan tetapi perlawanan terakhir denmark mara ke pusingan seterusnya. Hal ini kerana perlawanan yang terakhir Beligum menewaskan finland dan jaringan lebih banyak iaitu 5 jaringan melayakkan denmark. Dia kira sebenarnya Head to head, dan jumlah jaringan menjadi penentuan pasukan itu layak mara ke pusingan seterusnya.

Tempat kedua, tiga empat semua tiga 3mata. 

Itu yang jadi pening, semua pasukan dapat tiga mata dan dia kira head to head dan jaringan, lepas tuh barulah jumlah bolos dan jumlah minit pasukan itu main tambah dengan masa tamabahan kalau tak silaplah, kalau salah aku minta maaf.

Denmark mencetuskan fenomena hangat di Stadium Parken, Copenhagen apabila berjaya menundukkan Rusia 4-1 pada aksi ketiga kumpulan B saingan Euro 2020 yang berlangsung sebentar tadi. 

Kemenangan penting tersebut meletakkan Denmark di kedudukan kedua kumpulan dan berjaya mengiringi Belgium layak ke pusingan 16 bagi berdepan  pasukan mana kita belum pasti.

Tewas pada dua perlawanan awal di tangan Finland dan Belgium tidak langsung merentap semangat Denmark untuk meraih kemenangan apabila skuad kendalian Kasper Hjulmand itu lebih menguasai permainan.

Jaringan Mikkel Damsgaard, Yussuf Poulsen, Andreas Christensen dan Joakim Maehle memberikan Denmark kemenangan pertama dalam kempen kali ini di Stadium Parken di sini.

Penyokong Denmark menyambut kemenangan dengan penuh gembira selepas menempuh detik sukar pada perlawanan pembukaan yang penuh trauma, menyaksikan Christian Eriksen rebah di tengah padang.

Denmark selepas ini dijadual bertemu Wales dalam saingan 16 terbaik di Amsterdam, Ahad ini.

 

denmark atasi russia

Penjaga gol Russia, Matvei Safonov (kiri) menumbuk bola dari pemain Denmark, Simon Kjaer (tengah) pada aksi perlawanan sebentar tadi. – Foto EPA

Pasukan itu memasuki perlawanan tanpa sebarang mata daripada dua perlawanan, namun sedar kemenangan ke atas Russia dengan melebihi dua gol dan kekalahan Finland bakal menjamin tempat mereka di tangga kedua kumpulan.

Ketika awal perlawanan, satu hamparan baju gergasi Denmark dengan tertera tulisan ‘Eriksen 10’ menerima sorakan penyokong, selain mereka turut bersama-sama melaungkan ‘You’ll Never Walk Alone’.

Denmark bagaimanapun hampir dikejutkan pada minit ke-18 apabila Aleksandr Golovin dengan lincah melepasi kawalan pertahanan dan kemudiannya melepaskan rembatan, namun percubaannya berjaya dinafikan Kasper Schmeichel.

Perlawanan selepas itu menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak melancarkan serangan berbahaya ke arah pintu gol Rusia yang dimulakan oleh rembatan padu luar kawasan penalti daripada Pierre-Emile Hojbjerg pada minit ke-29.

Jaringan yang diharapkan para penyokong Denmark diterjemahkan pada minit ke-38 setelah percubaan jarak jauh daripada Mikkel Damsgaard hanya mampu dipandang penjaga gol Rusia, Matvey Safonoz untuk memisahkan kedua-dua pasukan.

Denmark melebarkan kedudukan ketika perlawanan memasuki minit ke-59 berikutan kesilapan pemain pertahanan Rusia, Roman Zobnin yang melakukan hantaran kepada Yussuf Poulsen pada ketika Safonoz sedikit keluar daripada posisinya.

Russia menyamakan kedudukan 

Russia yang turut mengintai peluang untuk layak ke pusingan kalah mati berjaya mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-70 apabila Artem Dzuyba menyempurnakan sepakan penalti selepas Jannik Vestergaard mengasari Aleksandr Sobolev.

Denmark bangkit! 

Ketika Rusia mahu memburu jaringan penyamaan, Denmark tanpa disangka-sangka berjaya menambah dua lagi jaringan dimana Andreas Christensen meledakkan rembatan padu untuk jaringan ketiga pada minit ke-79.

Berselang tiga minit kemudian, giliran Joakim Mæhle Pedersen pula meletakkan nama selaku penjaring sekali gus mematikan api perjuangan skuad bimbingan Stanislav Cerchesov itu.

Denmark mencipta sejarah dalam penganjuran EURO dengan menjadi pasukan pertama yang tewas dua aksi pertama dalam kumpulan namun masih berjaya ke peringkat kalah mati.

Share this on WhatsApp

EURO, Sukan DENMARK layak mara ke pusingan 16 terbaik, menang 4-1 russia

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.