• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / EURO / Denmark menang bergaya ibarat sang juara tewaskan Czech Republic 2-1

Denmark menang bergaya ibarat sang juara tewaskan Czech Republic 2-1

Zik · Jul 4, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Czech Republic

Pasukan Denmark lalui pelbagai rintangan dari peringkat kumpulan, 16 terbaik dan hari ini suku akhir berjaya menewaskan pasukan Czech Republic 2-1.  Sebelum itu dalam pusingan 16 terbaik menyingkirkan Wales 4-0. Corak yang dipamerkan oleh Denmark pada awal pagi tadi memang ianya satu aksi pasukan juara. Kalau ikutkan memang banyak jaringan boleh dihasilkan tetapi kurang tajam penyudahnya.

Denmark menjaringkan gol pembukaan 2 gol separuh masa pertama. 

Thomas Delaney membuka jaringan seawal minit kelima selepas menanduk masuk bola sepakan sudut menewaskan penjaga gol Tomas Vaclik.

gol pertama denmark vs Czech republic

Tersentak dengan keadaan tersebut, Republik Czech cuba mencari gol penyamaan, namun tindakan itu serba tidak menjadi apabila dilihat gagal menembusi benteng pertahanan Denmark.

Kasper Dolberg yang meledak dua gol ketika menentang Wales seminggu lalu, pada minit ke 42 menambah jaringan tiga minit sebelum rehat untuk meletakkan Denmark semakin hampir dengan separuh akhir.

Separuh masa kedua, Czech Republic, cuba bangkit. 

Bersambung babak kedua, dua pertukaran dilakukan pengendali Republik Czech Jaroslav Silhavy mereka tidak berputus ada dan cuba membuat perubahan rentak dan ternyata ianya membuahkan hasil apabila Patrik Schick merapatkan jurang hanya selepas empat minit.

Ia adalah jaringan kelima Schick di kejohanan ini dan menyamai jumlah gol penyerang Portugal Cristiano Ronaldo yang sudah tersingkir untuk merebut Kasut Emas.

Sebelum itu tiga percubaan tepat dilakukan Rep Czech menerusi Michael Krmencik yang dimasukkan ketika rehat serta Antonin Barak dan Schick dalam tiga minit pertama babak kedua.

Bagaimanapun skuad kendalian Kasper Hjulmand berjaya mengekalkan kelebihan hingga tamat permainan. Denmark kini semakin hampir untuk mengikut jejak skuad yang menjuarai gelaran Eropah pada tahun 1992, sekali gus memberikan hadiah paling berharga buat Christian Eriksen yang terkena serangan jantung pada perlawanan pembukaan. Denmark tengah tunggu diantara pasukan England atau Ukraine yang akan mara ke separuh akhir.

TAHNIAH BUAT PASUKAN DENMARK!! 
Share this on WhatsApp

EURO, Sukan Denmark tewaskan Czech republik 2-1, ulasan czech republik vs denmark 4.7.2021

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss