Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / EURO / Denmark kenduri gol tewaskan Wales 4-0 euro 2020, Kasper peledak Denmark

Denmark kenduri gol tewaskan Wales 4-0 euro 2020, Kasper peledak Denmark

Zik · Jun 27, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Kasper Dolberg

Penyerang Denmark, Kasper Dolberg meraikan gol keduanya ketika aksi 16 pasukan terbaik, menentang wales awal pagi tadi menang 4-0.  

AMSTERDAM, Belanda: Percaturan pengendali Denmark Kasper Hjulmand meletakkan Kasper Dolberg dalam kesebelasan utama ternyata berbaloi apabila penyerang itu meledak dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Wales.

Hjulmand melakukan dua pertukaran untuk aksi 16 terakhir Euro 2020 dengan Dolberg dan Jen Stryger Larsen menggantikan Yussuf Poulsen dan Daniel Wass.

Gol pertama separuh masa pertama.

Dolberg membuktikan ketajamannya sebagai penyerang apabila membuka jaringan pada minit ke-27 dengan tendangan lencong menewaskan Danny Ward. Dia punya curling shoot memang cantik beb, susah nak dapat tangkap bola , dalam keadaan bola tuh swing dah keadaan kelam kabut di bahagian pertahanan pasukan Wales.

Separuh masa kedua, Denmark lebih garang! 

Tiga minit selepas rehat, Dolberg memastikan Denmark berada di kedudukan selesa apabila menambah jaringan hasil kesilapan pemain gantian Wales Neco Williams. Dia boleh clear ball dekat dan tepat dekan Dolberg terus shoot dengan laju dan cepat.

penjaga gol wales tertewas

Aksi pertahanan Denmark, Joakim Maehle (bawah) ketika jaringkan gol ketiga pasukan. – Foto AFP

 

Serangan bertali arus Denmark sekali lagi membuahkan hasil apabila Joakim Maehle meledak gol ketiga pada minit ke-88 dan Martin Braithwaite melengkapkan kemenangan dalam masa kecederaan.

Ia adalah kemenangan pertama Denmark dalam aksi kalah mati Kejuaraan Eropah sejak mereka menjulang trofi itu pada tahun 1992. Pencapaian terbaik Wales ialah mara ke separuh akhir Euro 2016 pada penampilan pertama di kejohanan berkenaan.

 

penyokong denmark

Penyokong Denmark menyaksikan perlawanan di Johan Cruyff Arena, Amsterdam. – Foto AFP

Perjalan denmark masih terlalu jauh, namun esok akan ketahui sama ada akan bertemu dengan Holland atau Czech Republik pada hari esok nanti. Tunggu.

 

Share this on WhatsApp

EURO, Sukan denmark mara ke suku akhir tewaskan wales 4-0 27.6.2021, keputusan denmark vs wales 27.6.2021

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.