Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Covid 19 – Pembelian Panik, fake news dimana silapnya?

Covid 19 – Pembelian Panik, fake news dimana silapnya?

Zik · Mar 16, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

pembelian panik,

Sudah beberapa hari yang lepas memang dapat mesej tular, mengenai Lockdown ini. Ianya menjadi rakyat malaysia jadi panik, sebab tertularnya mesej ini. Namun bukan itu sahaja, apatah lagi kita sudah dimaklumkan jumlah sudah lebih 500 lebih (539) kes.

Pekerja macam aku nih, B40 memang  tak mampu nak stock up barang2 harian seperti toilet paper, susu, milo, makanan dalam tin, cereal, biscuit dan lain2 sebab gaji memang setakat cukup nak guna untuk bulan itu sahaja, tiada duit lebih untuk beli extra barang2 harian. Lainlah yang berada tuh.. beli mana yang mampu atau mana yang kita rasakan penting itu jerla yang boleh kita fikirkan untuk hari-hari mendatang yang penuh mencabar ini. 

Kita pun tak pasti apa tindakan pihak berwajib lakukan pada hari berkenaan (hari ahad) bila kes naik mendadak dengan tiba-tiba. Namun hari ini Perdana menteri kita ada memaklumkan ada pakej ransangan ekonomi. Syukur ada juga tindakan dari pihak berwajib. Harap jangan main golf jer ya. 

Kesilapan kita. 

Terlalu percaya dengan media sosial tanpa usul periksa. Dan korang terus teka butang share, menyebabkan ianya viral. Kan dah ramai yang panik.

Jangan panik!! 

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini, memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada keperluan untuk melakukan pembelian panik kerana bekalan makanan mencukupi dan boleh didapati setiap masa.

Beliau mengakui bahawa ada beberapa tahap pembelian panik dalam kalangan masyarakat susulan pandemik koronavirus baharu (Covid-19) yang dihadapi dunia ketika ini, termasuk Malaysia.

“Malam ini kita akan turut membincangkan isu ini, tetapi secara jujur, janganlah terlalu risau.

“Bekalan makanan mencukupi untuk semua orang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi pertama di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata, pihaknya mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan bekalan makanan yang penting mencukupi serta boleh didapati pada setiap masa.

Katanya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga diarah memantau situasi di lapangan.

“Setakat hari ini, kementerian berkenaan tidak menyatakan bahawa bekalan makanan sedang kehabisan.

“Kami juga akan memastikan bahawa orang ramai mempunyai akses kepada bahan makanan penting seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan di kedai-kedai yang akan sentiasa dibuka.

“Jadi, adalah penting untuk memastikan bahawa anda tidak akan berasa kehilangan sesuatu serta mula bergegas untuk melakukan pembelian dan penyimpanan yang sebenarnya tidak perlu,” katanya.

Muhyiddin juga berkata: “Hadapilah situasi ini dengan tenang, kami akan memastikan bahawa bekalan makanan mencukupi dan boleh didapati pada setiap masa, jangan tergesa-gesa.

“Beli dan simpan apa yang perlu seperti biasa, kami akan memastikan bahawa anda boleh mendapatkan barangan makanan pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Pokoknya , memang kita akan terkejut dengan angka yang semakin meningkat dari hari ke hari. Sekarang nak keluar rumah pun fikir banyak kali.

Share this on WhatsApp

Pengumuman Covid 19 - Pembelian Panik, fake news dimana silapnya?, pembelian panik sebab wabak covid 19 semakin tidak terkawal

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.