
Sudah beberapa hari yang lepas memang dapat mesej tular, mengenai Lockdown ini. Ianya menjadi rakyat malaysia jadi panik, sebab tertularnya mesej ini. Namun bukan itu sahaja, apatah lagi kita sudah dimaklumkan jumlah sudah lebih 500 lebih (539) kes.
Pekerja macam aku nih, B40 memang tak mampu nak stock up barang2 harian seperti toilet paper, susu, milo, makanan dalam tin, cereal, biscuit dan lain2 sebab gaji memang setakat cukup nak guna untuk bulan itu sahaja, tiada duit lebih untuk beli extra barang2 harian. Lainlah yang berada tuh.. beli mana yang mampu atau mana yang kita rasakan penting itu jerla yang boleh kita fikirkan untuk hari-hari mendatang yang penuh mencabar ini.
Kita pun tak pasti apa tindakan pihak berwajib lakukan pada hari berkenaan (hari ahad) bila kes naik mendadak dengan tiba-tiba. Namun hari ini Perdana menteri kita ada memaklumkan ada pakej ransangan ekonomi. Syukur ada juga tindakan dari pihak berwajib. Harap jangan main golf jer ya. [Read more…] about Covid 19 – Pembelian Panik, fake news dimana silapnya?