Ini benda yang serius. Bukan main-main. Krisis makanan sekarang kita dah mula rasa. Masa mula-mula perang Ukraine vs Rusia dan kesan PKP (perintah kawalan pergerakan) tempohari belum nampak lagi. Sekarang ini, kita baru nampak krsis bekalan makanan berlaku dengan teruk.
Ayam sekarang ini kita tengok stok memang sangat terhad. Terpaksa berebut dengan orang ramai nak beli ayam. Gandum pun kita akan mulai rasa tak lama lagi. Memang kesan dia harga barang melambung naik. Nasib baik ayam ini harga kawalan. Kalau tak dikawal. Memang mahu satu kilo puluh ringgit jadinya.
Keadaan jadi panik lagi apabila India Larang eksport gandum. India diantara kedua terbesar eksport dunia. Ianya pasti memberi impak pengguna seluruh dunia.
Simpan stok makanan.
Ada yang sudah lama membuat simpan makanan. Tapi tak ramai yang buat sebab rasa ekonomi baru pulih apabila PKP sudah mula longgar tak macam awal-awal dulu. Apabila krisis rusia vs Ukrraine berlaku. Kesannya sudah kita mulai rasa sebab kedua-dua negara ini diantara pengeluar terbesar gandum, minyak dan keperluan asas yang lain. Russia diantara kuasa besar dunia yang kesannya akan kita rasai lagi tak lama lagi.
Kita harap peperangan ini dapat dileraikan secepat mungkin. Jika tidak krisis makanan akan berlaku dengan lebih teruk lagi.
Kita belum nampak Malaysia tidak bersedia menghadapi Krisis Makanan. Kita masih lagi sibuk dengan pilihanraya (PRU 15) katanya bulan 7,8,9 macam tuhla . Sibuk dengan Bosskur, Zahid Hamidi dengan hal mahkamahnya, Sibuk beraya, dan sibuk dengan isu-isu viral duit palsu yang takda faedahnya. Satu lagi sibuk dengan Keluarga Malaysia kepala Bana dia.
Apa peranan Kerajaan dalam hal seperti ?
Harap ada plan A , B dan C untuk atasi masalah seperti ini. Ini benda yang serius harus ditangani. Bukan dari pihak kerajaan juga, pihak pembangkang pun boleh juga bagi cadangan yang bernas untuk atasi masalah ini.
Ada beberapa usaha yang kerajaan dah buat, diantaranya kurangkan eksport ayam ke negara lain, bincang dengan kartel ayam ini apa yang mereka mahukan? AP Permit makanan dimansuhkan. Ianya mengurangkan kuasa monopoli kepada sesuatu syarikat yang ada permit makanan ini dan mengurangkan beban kekurangan stock makanan.
VIDEO ANCAMAN BEKALAN MAKANAN
Leave a Reply