So, hari ahad yang lepas. Aku pun merajinkan diri untuk turut serta merewang bersama-sama penduduk kampung parit no3 untuk mengerjakan ibadah korban, batu pahat Johor.Alhamdullillah setelah beberapa tahun merantau, tahun nie berpeluang bersama-sama mengerjakannya. Cuma nak jadi tukang sembelih tuh tak tahu bila.
Seekor jer sembelih.
Walaupun satu jer, alhamdulilah ada juga yang sudi membuat ibadah korban di kampung aku untuk tahun ini. Lembu warna hitam, dagingnya memang banyak.
Datang-datang jer, tengok lembu tuh dah terbaring. (diikat dengan tali). Rasanya kalau time aku datang cepat sikit, huh bukan senang nak jatuhkan lembu tuh. Mahunya ambil masa juga untuk jatuhkannya.
Yang datangnya boleh tahan juga ramai. Yang buat kerja berapa kerat jer. Takda, sebenarnya dah dibagi tugas masing-masing. So, yang tengok dari awal sampai dah settle semua, biasanya budak-budak macam zikri husaini.
Bila dah confirm kedudukan bagi lembu tuh, menghadap kiblat, membaca: “Bismillahi wallahu Akbar”, selawat dan takbir, maka si pemyembelih pun menyembelih lembu itu. Sedih pun ada jugak, tapi rasanya lembu tuh suka dijadikan sebagai korban. Ramai-ramai pegang badan lembu tuh, dan meronta-ronta kemudian biarkan dalam 30 minit gitulah.
Tapi sebelum itu, kena pastikan dua urat utama pada leher binatang yang berkenaan iaitu; 1) Urat Halkum(saluran pernafasan) betul-betul dah putus. dan 2) Urat Marih(saluran makanan). Kerana dengan putusnya kedua-dua urat berkenaan maka akan cepatnya haiwan berkenaan mati. Taklah menyeksakan binatang itu.
Enthla, aku rasa macam sedih jer.
Sesi melapah daging.
Bila dah selesai potong daging dan timbang, kemudian bagi sedikit bahagian buat tuan rumah untuk bagi kepada sedara mereka. Yang selebihnya dibahagi setiap rumah satu plastik. sekilo satu plastik.
Sudah dibahagikan tugas kepada budak-budak yang duk tengok-tengok jer dari awal. Setiap mereka ada diberi list nama rumah, kalau dah tinggal tick jer dari kertas.
Settle. Itu jer cerita raya korban di kampung aku edisi tahun 2011. Tahun depan tak tahu macam mana dan tak tentu aku berkesempatan untuk turut serta. Wallhuallam. Korang punya tempat macam mana?? cer kongsi, cer kongsi.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Sang Bidadari says
hehehehek…. mcm best jek rewang ni eak…. ,makasyih orang2 kampung sekalian…. untung la sape yg femes masuk kat zikrihusaini.com.. =P
akubiomed says
Beberapa ekor lembu tumbang untuk Qurban?
acapz says
sekor die ckp kt situ. hee. best la dpt tlng. aku dpt tlng tngok jep. haha
b3njy says
Tak kisahlah berapa banyak janji dah dapat laksanakan ibadah korban dengan baik …
b3njy says
Wah bestnya cerita bergambar tu … macam baca komik majalah Ujang pula … cerita ni memang terbaiklah daripada Zik …
b3njy says
Kreatif2 c Zik ni …
Tuan Tanah says
aik takan jadi cameraman jer kot hehehe…..:)
Zik says
syhhh senyap2 sudah..hehe.. tolong lah sikit2.. parang pun tak bawak…
dnoBiz says
hahah macam tolong tengok je bunyiknya 😀
Zik says
mungkin sebab aku upload banyak sangat gambar…. lain orang lain expectation… terpulang nak percaya atau tak kan???
ciksembang says
nasib baik rasa sedih..kalau rasa kesian nanti tak boleh makan dah daging tu
Zik says
hehe… kalau makan tuh ..boleh jer.. takda dah nak kesian2x..
Computer Tips says
Memang best join org buat korban nie…..bukan tgk aje tau…rasa kenikmatan buat ibadah tu kalau kita ikhlas….
Zik says
betul tuh… syukran2..
adamfaiz says
Kg ko bukan kat Muar ke Zik? Aku pun beraya korban di Muar tahun ni… disebabkan bukan kg aku, jadi aku tolong tengok je la 😀
Zik says
muar batu pahat sama jer bro….
dnoBiz says
yang seronok nya bukan sebab dapat daging tapi sebab buat kerja ramai ramai.. 😀
chii says
meriah juga eh..lembu pun besar…alhamdulillah…selamat seekor lembu =)
Norizwan says
saya tak boleh tengok lembu kena sembelih huhu…pengsan lak nanti huhu…tapi lapah lembu boleh lak huhu…
Zik says
owh…. dulu kecik2 takut jugak… tapi mungkin sekarang dah biasa.. ok jer… cuma macam sedih jer…
MR.Z says
kat kampung saya, 9 ekor dijadikan korban.. banyak juga la kan 🙂
Zik says
banyak tuh.. semoga murah rezeki. kampung bro…
wazy says
memang seronok bila tengok korban ni
zulkbo says
salam..
alhamdulillah..
selamat dah sekor nih
ermm..banyak makan
daging bulan nih
darah tinggi pun naik
he he..
Zik says
W’salam
itu yang takut tuh.. tapi tak makan daging korban lagi nih… daging burger dah makan.. hehe
aimannajmy says
hahaha gambar censored tak sesuai untuk tontonan umum huhu, selamat hari raya zik
Dulu Lain Sekarang Lain says
Seronok ehh aktiviti begini. Cuma kawe kdg2 lomah tengok darah lembu bila keluar, banyak sangat bro. Boleh buat pening kepala tengok darah mencurah-curah. Tapi bab diaorg kelar kulit lembu tu best ckit sbb perlu ada skill, kalu tak.. punah. 😀
Yushi rieyn says
Memang best kalau buat aktiviti macam ni,tapi satu lagi best tetang dialog dalam gambar tu zik ahahah lucu lah.
selamat hari raya korban zik