• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Jenis-jenis haiwan dan keutamaan dalam korban

Jenis-jenis haiwan dan keutamaan dalam korban

Zik · Nov 4, 2011 · 9 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

unta, unta yang dikorban, unta sebelum disembelih, unta korban

Sambungan dalam minggu lepas mengenai takrif korban dan hukum mengerjakannya. Walaupun dikupas secara ringkas, namun ada beberapa pecahan yang perlu kita ketahuinya, insyallah.

Jenis-jenis Haiwan Korban.

Tidak boleh dibuat korban melainkan haiwan ternakan sahaja iaitu unta, lembu, kerbau, atau kambing (termasuk biri-biri). Melakukan korban selain haiwan ternakan tidak dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya.

Dibolehkan kacukan jenis antara haiwan ternakan dengan haiwan ternakan yang lain.

Tidak boleh melakukan korban haiwan kacukan antara lembu hutan dan keldai hutan, tetapi dibolehkan sekiranya ia adalah kacukan antara salah satu daripada haiwan ternakan. Dan tak boleh kacukan dari haiwan yang halal dimakan campur dengan haiwan haram dimakan. Contohnya babi kacuk dengan biri-biri, itu memang confirm tak boleh nak buat korban.

Harus seekor unta, Lembu dan Kerbau untuk 7 orang walaupun pelbagai Niat.

Boleh melakukan korban bagi seekor unta, lembu atau kerbau untuk tujuh orang, sama ada kesemua mereka berniat untuk korban atau tidak.

Tidak boleh dikongsi Seekor Kambing.

Para ulama bersepakat mengatakan seekor biri-biri atau kambing hanya untuk seorang, tidak boleh untuk dua orang atau lebih. Bagitu juga tidak boleh sekiranya dua orang melakukan korban dua ekor kambing dan mereka berdua berkongsi pada setiap ekor. Ini kerana mereka menyembelih seekor kambing.

Keutamaan korban.

Pengkelasan korban mengikut keutamaan seperti dibawah ini:

  1. Unta kerana dagingnya lebih banyak daripada lembu dan kambing
  2. Lembu atau Kerbau kerana dagingnya lebih banyak daripada Kambing.
  3. Biri-biri kerana dagingnya lebih banyak dari kambing
  4. Kambing.
  5. Berkongsi beberapa orang pada seekor Unta.
  6. Berkongsi beberapa orang pada seekor Lembu atu Kerbau.

Lebih banyak ditumpahkan darah lebih afdal.

7 ekor biri-biri lebih utama daripada 7 ekor kambing dan 7 ekor kambing leih utama dari seekor unta kerana banyak darah yang ditumpahkan bertambah hampir kepada Allah SWT.

Warna haiwan Korban yang lebih utama:

  1. Putih
  2. Kuning
  3. Kelabu
  4. Merah
  5. Belang putih dan hitam
  6. Hitam

Haiwan Jantan lebih utama daripada betina.

Haiwan jantan lebih afdal daripada haiwan betina, sekiranya ia tidak banyak mengawan. Jika ia banyak mengawan, maka haiwan korban betina yang belum beranak (masih dara) lebih utama daripada haiwan jantan yang kuat mengawan itu.

Haiwan korban Gemuk lebih utama berbanding Kurus (tidak terlalu kurus).

Haiwan korban yang gemuk tentunya lebih diutamakan daripada yang kurus. Seekor yan gemuk lebih afdal daripad adua ekor yang kurus walaupun kedua-duanya itu mempunyai warna yang afdal atau kedua-duanya adalah jantan. Ini adalah kerana melakukan korban dena haiwan yang gemuk itu adalah sebagai tanda mebesarkan korban.

Firman Allah Surah al-Hajj, ayat 32: Maksudnya

Dan sesiapa yang menghormati syiar agama Allah (maka dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat takwa hati orang mukmin.

Sumber Buku:

Sabil al muhtadin (Korban,akikah, perburuan,sembelihan dan pemakanan. Muka surat 15-21)

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan haiwan korban yang lebih afdal, Jenis-jenis haiwan dan keutamaan dalam korban, jenis-jenis haiwan korban, keutamaan dalam korban warna haiwan korban yang lebih utama

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Shah Blogger says

    November 4, 2011 at 10:57 am

    wahhh aku x pernah tahu benda ni. tlg2 je. anyway thanks. Suasana raya korban sangat seronok.. Selalu tlg2 e. baru hari ni tahu. Nmpk sgt daif 🙁

    Reply
  2. Wan Perlis says

    November 4, 2011 at 11:32 am

    ada mazhab yg kata korban ni wajib.boleh search

    Reply
    • Zik says

      November 4, 2011 at 12:28 pm

      boleh bro terangkan mazhab mana… dan bagitahu… mohon penjelasan..

      Reply
  3. nuriz says

    November 4, 2011 at 1:58 pm

    kalau nak buat korban memang kena yang sihat sihat dan yg isi banyak tu lagi bagus kan

    Reply
  4. muhammad fakhruddin says

    November 4, 2011 at 3:31 pm

    Sebenarnya bukan banyaknya darah yang tumpah yang Allah pandang, tetapi seikhlas mana kita mengorbankan sedikit harta kita di jalan Allah ini.

    Reply
  5. acapz says

    November 4, 2011 at 7:07 pm

    tq untuk tips dan info ni bro. bnyak kne pelajari lagi. hee. btw selamat raya haji bro 😀

    Reply
  6. chii says

    November 5, 2011 at 12:51 am

    belum mampu nak wat korban..insya Allah..satu hari nnt..terima kasih zik untuk infonya…

    teringt plak chii ngn perbualan bersama beberapa orng rakan..beliau ingin menjadikan ayam sebagai ibadah korban..eheheh..sebab apa yng chii tau..haiwan korban mestilah haiwan ternakan berkaki 4…..=)…dia wat lawak di petang hari..

    Reply
  7. Dim Sum Zairi says

    November 5, 2011 at 11:54 am

    Salam. Saya tak setuju mengenai warna keutamaan untuk lembu yang nak dikorban. Bunyi tu macam lembu-lembu kat Malaysia jer. Apa jadi umat Islam di China yang hanya ada ‘yellow cattle’ dan yang di Scotland yang hanya ada ‘highland cattle’ atau di Mongolia yang hanya ada ‘yaks?’.

    Reply
    • Zik says

      November 5, 2011 at 4:22 pm

      itu cuma sunat jer… tak menjadi keutamaan pun… kan islam itu mudah… bro
      ada sokongan hadisnya Daripada anas berkata … Nabi Muhammad SAW telah melakukan korban dengan menyembelih dua ekor kibasy berwarna putih. :Riwayat al bukhari, Muslim ,Abu daud,al tarmizi, al -nasa’si, Ibn Majah.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Cara daftar vaksinasi covid19, selain dari Apps Sejahtera, melalui laman sesawang berikut!
  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021
  • Live streaming melaka united vs sabah liga super 6.3.2021
  • Live streaming selangor fc vs sri pahang liga super 6.3.2021
  • Keputusan terkini JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 5.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan

Imam muda minggu ke3

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGImam muda Miril Imam minggu ke 3. Salam semua.…

Kerohanian/Keagamaan

Kenapa manusia berperang??

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGMereka yang tak berdosa menjadi mangsa Peperan…

Kerohanian/Keagamaan

Sajak ramadhan: Andai ini ramadhan terakhir ku

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Sajak ramadhan untuk minggu 2 terakhir rasany…

%d bloggers like this: