Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Cerita raya korban 2011, di kampung aku.

Cerita raya korban 2011, di kampung aku.

Zik · Nov 8, 2011 · 28 Comments

Share this on WhatsApp

korban, lembu yang dibaut korban 2011, gambar lembu dilapah kulit dan daging, pembahagian daging korban 2011

So, hari ahad yang lepas. Aku pun merajinkan diri untuk turut serta merewang bersama-sama penduduk kampung parit no3 untuk mengerjakan ibadah korban, batu pahat Johor.Alhamdullillah setelah beberapa tahun merantau, tahun nie berpeluang bersama-sama mengerjakannya. Cuma nak jadi tukang sembelih tuh tak tahu bila.

Seekor jer sembelih.

Walaupun satu jer, alhamdulilah ada juga yang sudi membuat ibadah korban di kampung aku untuk tahun ini. Lembu warna hitam, dagingnya memang banyak.

Datang-datang jer, tengok lembu tuh dah terbaring. (diikat dengan tali). Rasanya kalau time aku datang cepat sikit, huh bukan senang nak jatuhkan lembu tuh. Mahunya ambil masa juga untuk jatuhkannya.

lembu korban, lebu , gambar lembu dibuat korban

Yang datangnya boleh tahan juga  ramai. Yang buat kerja berapa kerat jer. Takda, sebenarnya dah dibagi tugas masing-masing. So, yang tengok dari awal sampai dah settle semua, biasanya budak-budak macam zikri husaini.

Bila dah confirm kedudukan bagi lembu tuh, menghadap kiblat, membaca: “Bismillahi wallahu Akbar”, selawat dan takbir, maka si pemyembelih pun menyembelih lembu itu. Sedih pun ada jugak, tapi rasanya lembu tuh suka dijadikan sebagai korban. Ramai-ramai pegang badan lembu tuh, dan meronta-ronta kemudian biarkan dalam 30 minit gitulah.

lembu diikat, lembu nak dijadikan korban, lembu di jatuhkan

Tapi sebelum itu, kena pastikan  dua urat utama pada leher binatang yang berkenaan iaitu; 1) Urat Halkum(saluran pernafasan) betul-betul dah putus. dan 2) Urat Marih(saluran makanan). Kerana dengan putusnya kedua-dua urat berkenaan maka akan cepatnya haiwan berkenaan mati. Taklah menyeksakan binatang itu.

gambar lembu disembelih, lembu disembelih, lembu mati, lembu senyum

Enthla, aku rasa macam sedih jer.

lembu berak, lembu disembelih, lembu korban 2011

Sesi melapah daging.

lembu, lembu warna hitam, lembu berdarah, lembu korban,lembu daging korban,

lembu dilapah, gotong royong, lembu di lapah dagingnya, kerjasama mengerjakan lembu korban 2011, cerita korban 2011

Bila dah selesai potong daging dan timbang, kemudian bagi sedikit bahagian buat tuan rumah untuk bagi kepada sedara mereka. Yang selebihnya dibahagi setiap rumah satu plastik. sekilo satu plastik.

Sudah dibahagikan tugas kepada budak-budak yang duk tengok-tengok jer dari awal. Setiap mereka ada diberi list nama rumah, kalau dah tinggal tick jer dari kertas.

Settle. Itu jer cerita raya korban di kampung aku edisi tahun 2011. Tahun depan tak tahu macam mana dan tak tentu aku berkesempatan untuk turut serta. Wallhuallam. Korang punya tempat macam mana?? cer kongsi, cer kongsi.

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan, Personal cerita korban, cerita korban di kampung ku, cerita korban raya 2011, korban raya 2011, korban yang tidak dapat dilupakan, sembelih korban 2011

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Sang Bidadari says

    November 8, 2011 at 8:40 am

    hehehehek…. mcm best jek rewang ni eak…. ,makasyih orang2 kampung sekalian…. untung la sape yg femes masuk kat zikrihusaini.com.. =P

    Reply
  2. akubiomed says

    November 8, 2011 at 8:48 am

    Beberapa ekor lembu tumbang untuk Qurban?

    Reply
    • acapz says

      November 8, 2011 at 9:43 am

      sekor die ckp kt situ. hee. best la dpt tlng. aku dpt tlng tngok jep. haha

      Reply
      • b3njy says

        November 8, 2011 at 1:41 pm

        Tak kisahlah berapa banyak janji dah dapat laksanakan ibadah korban dengan baik …

        Reply
  3. b3njy says

    November 8, 2011 at 1:39 pm

    Wah bestnya cerita bergambar tu … macam baca komik majalah Ujang pula … cerita ni memang terbaiklah daripada Zik …

    Reply
  4. b3njy says

    November 8, 2011 at 1:40 pm

    Kreatif2 c Zik ni …

    Reply
  5. Tuan Tanah says

    November 8, 2011 at 2:12 pm

    aik takan jadi cameraman jer kot hehehe…..:)

    Reply
    • Zik says

      November 8, 2011 at 3:20 pm

      syhhh senyap2 sudah..hehe.. tolong lah sikit2.. parang pun tak bawak…

      Reply
      • dnoBiz says

        November 8, 2011 at 6:34 pm

        hahah macam tolong tengok je bunyiknya πŸ˜€

        Reply
        • Zik says

          November 8, 2011 at 11:06 pm

          mungkin sebab aku upload banyak sangat gambar…. lain orang lain expectation… terpulang nak percaya atau tak kan???

          Reply
  6. ciksembang says

    November 8, 2011 at 3:34 pm

    nasib baik rasa sedih..kalau rasa kesian nanti tak boleh makan dah daging tu

    Reply
    • Zik says

      November 8, 2011 at 11:54 pm

      hehe… kalau makan tuh ..boleh jer.. takda dah nak kesian2x..

      Reply
  7. Computer Tips says

    November 8, 2011 at 4:06 pm

    Memang best join org buat korban nie…..bukan tgk aje tau…rasa kenikmatan buat ibadah tu kalau kita ikhlas….

    Reply
    • Zik says

      November 8, 2011 at 11:54 pm

      betul tuh… syukran2..

      Reply
  8. adamfaiz says

    November 8, 2011 at 5:48 pm

    Kg ko bukan kat Muar ke Zik? Aku pun beraya korban di Muar tahun ni… disebabkan bukan kg aku, jadi aku tolong tengok je la πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      November 8, 2011 at 11:07 pm

      muar batu pahat sama jer bro….

      Reply
  9. dnoBiz says

    November 8, 2011 at 6:36 pm

    yang seronok nya bukan sebab dapat daging tapi sebab buat kerja ramai ramai.. πŸ˜€

    Reply
  10. chii says

    November 8, 2011 at 9:55 pm

    meriah juga eh..lembu pun besar…alhamdulillah…selamat seekor lembu =)

    Reply
  11. Norizwan says

    November 8, 2011 at 10:08 pm

    saya tak boleh tengok lembu kena sembelih huhu…pengsan lak nanti huhu…tapi lapah lembu boleh lak huhu…

    Reply
    • Zik says

      November 8, 2011 at 11:08 pm

      owh…. dulu kecik2 takut jugak… tapi mungkin sekarang dah biasa.. ok jer… cuma macam sedih jer…

      Reply
  12. MR.Z says

    November 8, 2011 at 10:25 pm

    kat kampung saya, 9 ekor dijadikan korban.. banyak juga la kan πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      November 8, 2011 at 11:48 pm

      banyak tuh.. semoga murah rezeki. kampung bro…

      Reply
  13. wazy says

    November 8, 2011 at 11:07 pm

    memang seronok bila tengok korban ni

    Reply
  14. zulkbo says

    November 8, 2011 at 11:21 pm

    salam..
    alhamdulillah..
    selamat dah sekor nih
    ermm..banyak makan
    daging bulan nih
    darah tinggi pun naik
    he he..

    Reply
    • Zik says

      November 8, 2011 at 11:47 pm

      W’salam
      itu yang takut tuh.. tapi tak makan daging korban lagi nih… daging burger dah makan.. hehe

      Reply
  15. aimannajmy says

    November 9, 2011 at 1:01 am

    hahaha gambar censored tak sesuai untuk tontonan umum huhu, selamat hari raya zik

    Reply
  16. Dulu Lain Sekarang Lain says

    November 9, 2011 at 7:26 am

    Seronok ehh aktiviti begini. Cuma kawe kdg2 lomah tengok darah lembu bila keluar, banyak sangat bro. Boleh buat pening kepala tengok darah mencurah-curah. Tapi bab diaorg kelar kulit lembu tu best ckit sbb perlu ada skill, kalu tak.. punah. πŸ˜€

    Reply
  17. Yushi rieyn says

    November 9, 2011 at 5:31 pm

    Memang best kalau buat aktiviti macam ni,tapi satu lagi best tetang dialog dalam gambar tu zik ahahah lucu lah.

    selamat hari raya korban zik

    Reply

Leave a Reply to Zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.