• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Korban, takrif dan hukum mengerjakannya

Korban, takrif dan hukum mengerjakannya

Zik · Oct 28, 2011 · 9 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

lembu, gamabr lembu, lemu warna coklat, lembu korban, lembu nak disembelih, gambar lembu yang sihat

Lagi beberapa minggu (eh dah dekat dah nie) kita akan menyambut hari raya aidiladha. Jadinya, imam muda zikri husaini (Insyallah) telah pergi kelas pada 2 minggu yang lepas menyentuh tajuk korban dan aqiqah, serta beberapa permasalahan setempat yang selalu dihadapinya.

Takrif korban:

Udhiyyah atau korban ialah haiwan yang disembelih yang terdiri dari Unta, Lembu, Kerbau atau Kambing kerna menghampirkan diri kepada Allah Taala, dalam tempoh tertentu pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyriq.

Dalil:

Surah al-Kawthar ayat 108: Bermaksud

Maka kerjakanlah sembahyang (olehmu wahai Muhammad) kerana TuhanMU (pada hari raya) dan sembelihlah korban (sebagaimana tanda bersyukur).

Manakala sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

Tiada dikerjakan oleh anak adam suatu amalan pada hari raya yang lebih digemari Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah iaitu menyembelih korban. Sesungguhnya korban itu akan datang pada kiamat dengan tanduknya dan kuku kakinya dan bahawa darah (korban itu) jatuh ia daripada Allah ada suatu tempat kemuliaan sebelum ia jatuh ke bumi. Maka sukakanlah diri kamu dengan korban itu”. Riwayat al-tarmizi dan Al-Hakim.

Hukum korban keatas umat islam.

Hukum korban adalah sunat mu’akkad bagi orang yang :

  • Merdeka atau hamba (hamba yang telah dimerdekakan sebahagiannya).
  • Mukallaf
  • Cerdik
  • Mampu melaksanakannya.

Tetapi harus bagi wali seperti bapa atau datuk melakukan korban untuk orang di bawah tanggunggannya daripda harta wali itu.

Sunat Kifayah.

Contohnya, apabila salah seorang ahli keluarga telah melakukan ibadah korban maka terhasil sunat pada hak ahli keluarga yang lain. Namun, jika tidak mempunyai keluarga, hukumnya adalah sunat ain.

Wajib dengan sebab Nazar atau ta’yin.

Ta’yin.

Tidak wajib korban itu melainkan , seseorang mengisyaratkan kepada unta atau lembu atau kambing miliknya dengan perkataan “ini akan  ku jadikan binatang korbanku”. Walaupun tidak berniat untuk membuat korban, ia jatuh jadi WAJIB!.

Dengan ucapan tersebut  menjadi wajib kepadanya untuk melaksanakan dan ia termasuk dalam hukum-hakam sembelihan korban yang wajib.

Ianya tidak menjadi wajib sekirannya hanya sekadar niat tanpa dilafazkan. Oleh yang demikian, kena hati-hati ya. Kejadian ini selalunya berlaku terutamanya buat penternak lembu/ orang yang mengusahakan korban. Selalu biasanya akan terlepas cakap. So, ini perkara yang perlu diambil serius.

Bernazar untuk melaksanakan korban:

Apabila seseorang islam bernazar, menjadi wajib keatasnya melaksanakan nazar tersebut. Ini kerana ia telah mewajibkan dirinya dalam perkara yang boleh menghampirkan dirinya ‘qurbah’  kepada Allah S.W.T.

Makruh tidak menunaikan korban jika mampu.

Makruh meninggalkan korban kerana perbezaan pendapat ulama ada hukum wajibnya (Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa wajib korban ke atas orang yang bermukin dan memiliki nisab zakat). Oleh itu, korban lebih afdhal daripada sedekah.

Hukum korban ke atas Rasullulah SAW.

Hukum korban bagi Nabi Muhammad Adalah wajib dan itu adalah khusus baginda kerana sabda baginda:

Maksudnya: Aku telah diperintahkan untuk berkorban dan ia adalah sunat bagi kamu. (Riwayat al-tarmizi).

Dan nabi SAW bersabda lagi:

Maksudnya: “Telah diwajibkan ke atasku korban dan tidak wajib ke atas kamu.” (Riwayat al- Daruqutni)

Akan datang, jenis-jenis haiwan korban dan sifatnya.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan dalil mengerjakan ibadah korban, definisi ibadah korban, hukum mengerjakan korban, hukum wajib makruh sunat dan haram ibadah korban, korban, korban lembu, maksud korban mengikut syarak, pengertian korban

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Juan says

    October 28, 2011 at 11:11 am

    menunjukkan hari raya haji semakin hampir

    Reply
  2. shah Blogger says

    October 28, 2011 at 2:13 pm

    Thanks for ulasan lengkap zik. Anyway aku tatau la raya ni menunaikan ibadah n menyambut perayaan haji ni bila. Berapa kali dah kat umah bini je. mmg x adil gamaknya haha

    Reply
  3. tehr says

    October 28, 2011 at 7:01 pm

    rasanya 10 hari lagi kita akan sambut raya haji pula

    Reply
  4. nuriz says

    October 28, 2011 at 8:30 pm

    dah tak lama lagi dah rasa sekejap je dah nak raya haji pulak..pakat pakat makan daging, sup tulang..nyam2..takleh mkn byk sgt nanti pening

    Reply
  5. sayacomel says

    October 28, 2011 at 10:10 pm

    memang dah nak dekat nih..minggu depan aje..

    Reply
  6. si pembuat banner says

    October 28, 2011 at 10:32 pm

    selamat hari raya,aidiladha bro….bro tak der korbankan ape ape ker ???

    Reply
  7. zulkbo says

    October 30, 2011 at 5:31 pm

    salam..
    Alhamdulillah..pada yang mampu
    bolehlah melakukannya..jangan dilepas
    peluang yang ada..

    Reply
  8. zulkbo says

    October 30, 2011 at 5:32 pm

    cantik pulak lembu
    dalam gambar tu..
    dia tak tahu nak jadi
    korban tahun nih..
    kalau dia tahu dah
    lari tu..he he

    Reply
  9. muhammad fakhruddin says

    October 30, 2011 at 6:55 pm

    Saya berkorban perkara lain. Berkorban daging belum berduit lagi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan

Salam maal hijrah 1432, bersamaan 7 disember 2010.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga i…

Kerohanian/Keagamaan

Full video ceramah sambutan ambang 2014, ustaz azhar idrus

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Kepada yang terlepas menonton atau mahu refre…

Kekeluargaan Kerohanian/Keagamaan

Sambutan tahun baru 2012 di Dataran Shah Alam (Zizan dan Ustaz Azhar Idrus)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Alhamdulillah kita sudah berada ditahun baru …

%d bloggers like this: