Warkah sajak buat tok guru tuan haji nik aziz bin nik mat yang telah meninggalkan kita semua. Terasa sangat kehilangan tokoh ulama yang dilihat low profail, tapi tegas. Subhanallah.
Tok guru…
Hari ini kau telah pergi meninggalkan kami semua. Pergi mu ditangisi seluruh umat manusia.
Hari ini hilangnya seorang pemimpin, seorang ayah, seorang ulama, seorang guru, seorang lelaki, seorang ilmuan, seorang imam, seorang tokoh politik, seorang abang, seorang atok,seorang….
Ketika hidup mu, ramai mengeji mu, sakiti hatimu, namun tidak pernah sekalipun kau mengalah..
Tok guru..
Kau pemimpin yang zuhud, tidak pernah aku nampak kau berpakaian mewah-mewah seperti pemimpin yang lain. Berpakaian sunnah, jubah putih berserban…
Tok guru…
Aku tidak pernah jumpa denganmu…
Bersalaman, memelukmu..tidak sempat aku berjumpa denganmu. Kau sudah pergi meninggalkan kami..
Tok guru..
Orang kata kau nyanyuk, 30 juzuk dalam kepalanya…
Orang kata kau memecahkan ummah. Tapi china india terimanya…
Orang kata kau bukan ulama, tapi ulama sedunia menggeruninya.
Orang kata kau gila dunia, tapi setiap minggu ajar ilmu akhirat…
Orang kata kau banyak harta.. tapi rumahnya berdindingkan kayu..Berbumbungkan zink sahaja..
Tok guru..
Kau tinggalkan kami meninggalkan wasiat perjuangan yang harus kita sambung… yang hidup teruskan perjuangan dunia dan akhirat..
Segalam ilmu, pesanan mu akan ku ingat sehingga ke akhir hayat..
Takbir!!!
Allahuakbar!, Allahuakbar!, Allahuakbar!
Buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat .
bagus sajak ini..membawa maksud yang mendalam..
fuhh..
ada sajak plak.
sedap plak bila baca nih.