Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Kerohanian/Keagamaan

Kerohanian/Keagamaan

Panduan solat Aidilfitri pdf file format,

Zik · May 23, 2020 · Leave a Comment

panduan solat,

Hari raya kali ini berbeza namun amalannya tetap sama… Ikuti panduan solat sunat Aidilfitri di rumah.

HARI raya Aidilfitri tahun ini hadir sangat berbeza macam kebiasaan. Namun kita hendaklah bersyukur akan nikmat kemenangan ini selepas sebulan mentaati perintah Allah dengan berpuasa. Semua yang berlaku itu ada hikmahnya ,peringatan dari Allah buat Hambanya yang alpa.

Hari raya bukan sekadar ziarah dan bermaaf-maafan. 

Hari raya Aidilfitri bukan sekadar untuk kita memakai pakaian baharu, ziarah kubur, makan makanan yang lazat dan ziarah menziarahi tetapi perayaan ini membawa maksud kita kembali kepada fitrah penciptaan. Selama sebulan kita berusaha mengekang hawa nafsu supaya mematuhi perintah Allah.

Sudah semestinya bagi orang beriman pasti kesedihan akan menyelubungi perasaan tatkala Ramadan melabuhkan tirainya yang dijanjikan dengan ganjaran dan kenikmatan berlipat ganda kepada sesiapa yang berusaha.

[Read more…] about Panduan solat Aidilfitri pdf file format,

Lafaz takbir Hari Raya aidilfitri Jawi dan Rumi pdf file format,

Zik · May 23, 2020 · 1 Comment

lafaz takbir raya haji, lafaz takbir hari raya aidiladha,

Lafaz takbir raya aidilfiri .

Tahun ini sangat berbeza sambutannya. Kita masih lagi dalam pkpb memandangkan kita tahun ini tak boleh balik kampung. So kenaikan pangkat buat ketua keluarga yang belum pernah lead sembahyang hari raya dan bertakbir hari raya tahun ini pastinya kita mahu bersiap sedia untuk menjadi imam dan kalau berani baca khutbah di hari raya tinggal esok jer nih.

LAFAZ_TAKBIR_HARI_RAYA PDF FILE FORMAT (JAWI)

LAFAZ TAKBIR HARI RAYA PDF FILE FORMAT (RUMI) pdf

Jom kita bertakbir.

Versi Rumi.

[Read more…] about Lafaz takbir Hari Raya aidilfitri Jawi dan Rumi pdf file format,

Teks Khutbah aidilfitri 2020 pdf file format

Zik · May 20, 2020 · Leave a Comment

khutbah sembahyang raya 2020

Ok Dr maza atau mufti perlis ada menyediakan khutbah aidilfitri bagi tahun ini 2020. Ya kita masih dalam pkpb lagi sampai 6 jun 2020. So ada yang tempat sudah boleh sembahyang raya di tempat qariah masing-masing tetapi ianya bersyarat.  Cuma 12 orang termasuk imam, bilal, ajk masjid.

LELAKI yang berhasrat mengimamkan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga di rumah dinasihatkan supaya tidak takut seandainya melakukan kesilapan bukan disengajakan ketika menunaikannya menjelang 1 Syawal nanti.

Penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata, ia kerana kesilapan kali pertama itu perkara biasa dan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Menurutnya, solat sunat Aidilfitri juga memadai diadakan mengikut rukun asasnya iaitu lafaz niat, takbir sebanyak tujuh kali, bacaan Al-Fatihah diikuti surah ringkas, rukuk, iktidal, sujud, duduk di antara dua sujud ,sujud kali kedua dan bangkit dengan takbir untuk rakaat pertama.

Manakala, katanya, rakaat kedua diteruskan dengan takbir sebanyak lima kali, tasbih, bacaan al-Fatihah dan surah ringkas serta disudahi dengan memberi salam selepas membaca tahiyat akhir.

“Solat sunat Aidilfitri hukumnya sunat, buat boleh dan bukan berdosa jika tidak menunaikannya.

“Cuma, rasa tidak lengkap sambutan Syawal tanpa menunaikannya dan situasi berbeza kali ini apabila orang ramai perlu melakukannya di rumah dalam suasana normal baharu kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),”

Mohamed Hanafiah, 46, mengakui, perasaan gementar tentunya ada bagi mereka yang pertama kali menjadi imam, tetapi beliau mengingatkan supaya tidak takut sebaliknya niat di hati untuk belajar.

“Jika silap, mohon ampun dari Allah dan Insya-Allah, Allah ampunkan,” katanya

Mengenai khutbah selesai solat, beliau berkata, ia satu pilihan untuk dilakukan atau sebaliknya.

Namun, beliau mengesyorkan khutbah ringkas diberikan dengan mengambil tajuk berkait rapat dengan keadaan semasa.

Katanya, khutbah selepas solat Aidilfitri berbeza dengan khutbah Jumaat, ia tidak wajib dan ada baiknya seseorang itu menyampaikan khutbah biarpun ringkas.

“Memandangkan kita masih berada dalam ancaman Covid-19, khutbah dengan inti pati mengajak makmum mengingati hari kiamat adalah disyorkan.

“Ia supaya cenderung untuk bertaubat, membaiki diri untuk tidak mengulangi kesilapan lepas dan hijrah kembali kepada fitrah bersesuaian dengan makna Aidilfitri,” katanya.

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB COVID-19 – VERSI SATU KHUTBAH E

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB COVID 19 – VERSI DUA KHUTBAH -2e

Teks khutbah Hari raya aidilfitri negeri Terengganu.

khutbah hari raya 2020

Panduan Mudah khutbah hari raya Aidilfitri 2020.

 

credit to muftiperlis.gov.my

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Page 9
  • Page 10
  • Interim pages omitted …
  • Page 94
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.