Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Kerohanian/Keagamaan

Kerohanian/Keagamaan

PENCEMARAN ALAM DAN KAITANNYA MENURUT PANDANGAN AL-QURAN

Zik · Dec 28, 2020 · Leave a Comment

alam sekitar,

Alam sekitar adalah merupakan salah satu daripada anugerah berharga yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT bukan hanya kepada manusia namun kepada semua makluknya di bumi ini. Alam sekitar yang baik akan memberikan manfaat kepada semua makhluk terutamanya bagi manusia dan haiwan.  Al-Quran secara jelas menegah manusia untuk melakukan kerosakan yang akan menyebabkan alam sekitar tercemar. Sebagaimana firman Allah SWT didalam surah al-Rum ayat ke 41: Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Larangan ini adalah kerana ia akan mengakibatkan terjadinya pertambahan suhu dunia secara mendadak kerana penipisan lapisan ozon bumi. Selain itu, ayat ini juga menyatakan bahawa pencemaran alam ini .

     Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua definisi bagi alam ialah bumi dan segala yang terdapat di permukaannya dan segala yang dilangit. Manakala difinisi bagi sekitar ialah sekeliling atau sesuatu tempat. Pemeliharaan alam sekitar merupakan satu elemen yang penting untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia di dunia ini. Dalam Islam, kehidupan manusia tidak hanya terbatas kepada hubungan sesama manusia tetapi manusia juga diwajibkan menjalinkan hubungan yang baik dengan alam sekitar. Kesejahteraan hidup yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada hubungan harmoni antara manusia dan alam sekitarnya. Setiap kali manusia menarik nafas maka bahan yang disedut ialah gas oksigen. Gas oksigen ini dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Sebaliknya, tumbuh-tumbuhan sendiri menghasilkan gas oksigen daripada karbon dioksida yang di peroleh daripada manusia dan haiwan. Justeru itu, proses ini akan berulang-ulang dan sekiranya ia terhenti, ia akan menjejasakan makluk yang benyawa seperti manusia, haiwan dan sebagainya..

   Menurut perspektif al-Quran alam adalah merupakan ciptaan Allah SWT dan ia dimiliki oleh Allah SWT. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT didalam;

[Read more…] about PENCEMARAN ALAM DAN KAITANNYA MENURUT PANDANGAN AL-QURAN

Seruan Hamka Kepada Pendidik

Zik · Aug 27, 2020 · Leave a Comment

seruan lelaki budiman

Seruan Hamka: Apakah Visimu Wahai Pendidik?

Oleh : Nadia Rawi

Apabila membaca buku Pesan Hamka kepada Pendidik, tersentap diri ini. Tertanya diri sendiri. Apakah visiku sebagai seorang pendidik kepada anak bangsa? Ikhlaskah diri dalam mendidik anak bangsa?

Pendidik yang tidak mempunyai visi untuk dirinya umpama menanam pokok tanpa baja. Bagaimana hasilnya nanti? Ini menunjukkan bahawa diri pendidik itu tidak ada matlamat dalam mendidik anak bangsa. Persoalannya, mahukah kita sebagai pendidik digelar seperti guru kencing berdiri, murid kencing berlari? Segala perlakuan yang dilakukan oleh guru akan menjadi ikutan kepada anak muridnya. Jika buruk contoh teladan yang dipamerkan oleh guru, maka buruklah ikutan yang ditunjukkan oleh anak murid. Hal ini demikian kerana anak-anak didik kita pasti akan meniru kita. Jangan marah mereka! [Read more…] about Seruan Hamka Kepada Pendidik

Tema Maal Hijrah 1442H, Ummah Rabbani Negara Harmoni 2020.

Zik · Aug 19, 2020 · Leave a Comment

Ummah Rabbani Negara Harmoni.

KUALA LUMPUR: ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ menjadi tema majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M yang akan diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur petang esok.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya berkata, tema itu bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama dengan mengambil contoh di zaman Nabi Muhamad SAW.

“Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan.

Apa yang penting ialah kita semua harus bersatu padu dalam mengembling tenaga dalam menghadapi covid19 yang kita sedang berusaha nyahkan rangkaian covid19 ini walaupun nampak sangat mustahil, tetapi ianya tidak mustahil dan kita pun dah tahu negara russia pun dah menjumpai vaksin yang sesuai untuk membasmi virus covid19 ini.

“Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan maqasid syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis yang dijadual akan diadakan pada jam 5 petang bakal disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berkenan berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Selain itu juga dijadual hadir ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sebolehnya kita kekalkan keharmonian negara kita ini dan juga pastikan semua rakyat malaysia terhindar dari unsur-unsur yang tidak baik buat negara kita ini. Musuh dalam selimut , musuh yang nyata ternyata kita harus perangi dengan cara bijaksana.

Kemuncak bagi sambutan majlis itu ialah penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M yang disampaikan kepada seorang tokoh ilmuan profesional tersohor di tanah air pada masa kini serta kepada seorang tokoh antarabangsa yang terkenal.

Penganugerahan gelaran itu berdasarkan kriteria pengetahuan dan pengalaman yang luas yang ada pada calon, selain mempunyai sifat dan peribadi yang unggul.

Tokoh yang dipilih juga seorang yang pakar dalam bidang yang diceburi serta telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan pembangunan ummah selain mendapat pengiktirafan serta diterima oleh masyarakat dalam dan luar negara.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M akan disiarkan secara Iangsung menerusi saluran TV1 dan TV AI-Hijrah. – BERNAMA

[Read more…] about Tema Maal Hijrah 1442H, Ummah Rabbani Negara Harmoni 2020.

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 5
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Page 9
  • Interim pages omitted …
  • Page 94
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.