Lafaz takbir raya aidilfiri .
Tahun ini sangat berbeza sambutannya. Kita masih lagi dalam pkpb memandangkan kita tahun ini tak boleh balik kampung. So kenaikan pangkat buat ketua keluarga yang belum pernah lead sembahyang hari raya dan bertakbir hari raya tahun ini pastinya kita mahu bersiap sedia untuk menjadi imam dan kalau berani baca khutbah di hari raya tinggal esok jer nih.
LAFAZ_TAKBIR_HARI_RAYA PDF FILE FORMAT (JAWI)
LAFAZ TAKBIR HARI RAYA PDF FILE FORMAT (RUMI) pdf
Jom kita bertakbir.
Versi Rumi.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
3x.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Allahu akbar kabiiraa
Walhamdulillaahi katsiiraa
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Laa ilaaha illallallahu
Walaa na’budu illaa iyyaahu
Mukhlishiina lahuddiin
Walau karihal kaafiruun
Laa ilaaha illallallahu wahdah
Sadaqa wa’dah
Wanashara ‘abdah
Wa a’azza jundahu
Wahazamal ahzaaba wahdah
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’.
VERSI JAWI,
VERSI JAWI, ARAB DAN MAKSUDNYA.
Allahu akbar
Allah Maha Besar
Allahu akbar
Allah Maha Besar
Allahu akbar
Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
********* 3 kali ********
Allahu akbar
Allah Maha Besar
Allahu akbar
Allah Maha Besar
Allahu akbar
Allah Maha Besar
Allahu akbar kabiiraa
Allah Maha Besar sebesar-besarnya
Walhamdulillaahi katsiiraa
Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang
Laa ilaaha illallallahu
Tidak ada Tuhan melainkan Allah
Walaa na’budu illaa iyyaahu
kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya
mukhlishiina lahuddiin
dengan ikhlas untuk agama (Islam)
Walau karihal kaafiruun
walaupun dibenci oleh golongan kafir
Laa ilaaha illallallahu wahdah
Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa
sadaqa wa’dah
yang benar janji-Nya
wanashara ‘abdah
dan yang menolong hamba-Nya
wa a’azza jundahu
dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)
wahazamal ahzaaba wahdah
dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
SEMOGA BERMANFAAT!
Itulah dia lafaz takbir yang dibacakan pada Hari Raya Aidil Fitri, bermula pada malam Raya sehinggalah sebelum imam menunaikan solat Hari Raya. Diharapkan dengan perkongsian ini, kita akan menjadi lebih semangat untuk melafazkannya apabila kita faham maksudnya.
Semoga confident untuk lead lafaz takbir hari raya untuk kali ini. Amin.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply