Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Kerohanian/Keagamaan

Kerohanian/Keagamaan

Rasul Dan Nabi Dikalangan Malaikat

Zik · Mar 3, 2021 · 3 Comments

 

jam pasir

  Nabi dan Rasul merupakan jawatan yang diisi dari kalangan hamba hamba Allah SWT yang mantap akidahnya,akhlaknya,imannya dan terunggul dalam banyak aspek.Rasul dan Nabi merupakan petunjuk kepada jalan yang benar dan pembawa khabar gembira bagi orang beriman dan pemberi amaran kepada pihak yang kafir.

Dan penyandang jawatan ini adalah dari golongan lelaki.Serta pemimpin yang terbaik pilihan Allah SWT.
   Namun Senarai nama para Anbiya dan rasul tidak semua diterangkan didalam Al-Quran dan jika ada mereka adalah Nabi Nabi dan Rasul yang terbaik dari yang terbaik ,dan ada pula yang tak diterangkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran atas sebab tertentu seperti mana tercatat dalam surah AL Nisa’a ayat 164.
   Manakala jumlah para Nabi dan rasul ada yang berbeza pendapat namun tercatat dalam riwayat Abu Dzar Al Ghifari R.A menyebut Jumlah Nabi seramai 124 ribu manakala Rasul seramai 313 orang.( Sahih Ibnu Hibban 361).
  Bagaikan cendawan selepas hujan penulisan penulisan mengkaji bahawa adanya Rasul dan Nabi Allah dari kaum jin begitu banyak semua dari penulis penulis Indonesia malah ada yang dapat senaraikan semua nama 313 Rasul!.
  Bagi penulis andaian adanya Nabi dan Rasul dari kalangan Jin tidaklah terlaluan kerana berpegang pada sifat Allah swt Maha Bijaksana dan Maha Adil.di tambah dengan firman Allah SWT ayat Al An’am 130 berbunyi

[Read more…] about Rasul Dan Nabi Dikalangan Malaikat

PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT FARDU, 5 waktu , subuh,zuhur, asar, maghrib, isyak

Zik · Feb 10, 2021 · Leave a Comment

panduan solat,

PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT FARDU

Oleh : Firdaus Yusof

PENGENALAN

Solat adalah merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Ibadat solat adalah merupakan rukun yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Hal ini dibuktikan daripada hadis Rasulullah SAW Umar al-Khattab yang bermaksud :

Maksudnya : Islam itu terbina atas lima perkara : Naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa solat adalah merupakan salah satu daripada asas binaan di dalam Islam. Selain itu, terdapat juga hadis lain yang menyatakan bahawa solat itu adalah tiang agama. Daripada Ibnu Umar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : Sesiapa yang tidak solat maka tiadalah agama kerana solat adalah merupakan tiang agama.

  (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Oleh yang demikian, sebagai seorang Islam adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk menunaikan ibadat solat dalam apa jua cara kerana Islam telah memberikan pelbagai kaedah yang sesuai jika seseorang itu tidak dapat menunaikan solat secara normal. Antara hikmah solat ialah pertama, mengingatkan manusia kepada identitinya yang sebenar iaitu hamba kepada Allah SWT. Dengan menunaikan solat manusia akan sentiasa ingat akan kedudukannya. Apabila seseorang itu terlupa hakikat tersebut disebabkan kesibukan duniawi dan hubungannya dengan orang lain, maka dengan datangnya waktu solat akan memperbaharui ingatannya bahawa dia adalah hamba yang dimiliki oleh Allah. Kedua, jiwa manusia akan sentiasa merasakan bahawa tidak ada yang akan memberi bantuan dan nikmat yang sebenarnya melainkan Allah SWT. [Read more…] about PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT FARDU, 5 waktu , subuh,zuhur, asar, maghrib, isyak

SEMAK SEBELUM SEBAR!

Zik · Jan 29, 2021 · Leave a Comment

semak sebelum sebar,

SEMAK SEBELUM SEBAR

Pendahuluan. 

Mutakhir ini pelbagai berita serta maklumat yang diterima oleh masyarakat yang menyebabkan masyarakat kita mudah menyebarkannya serta mempercayai akan kesahihannya. Hal ini terjadi adalah kerana di Negara kita pembangunan teknologi dan maklumat begitu pesat membangun. Oleh kerana itu, pelbagai maklumat boleh didapati hanya dengan beberapa detik sahaja. Perkembangan teknologi yang kiat pesat membangun di Negara kita menyebabkan masyarakat tidak dapat membezakan antara maklumat yang benar atau palsu. Maka, oleh yang demikian, Islam sangat menitik beratkan konsep tabayyun iaitu semak atau tapis sesuatu maklumat yang diterima. Hal ini adalah bagi mengelakkan kita menyebarkan berita-berita palsu dan tidak benar. Penyebaran berita-berita palsu adalah merupakan suatu kesalahan disamping dapat menjatuhkan maruah seseorang jika ia berkaitan dengan seseorang individu. Oleh itu, artikel ini akan membahaskan tentang konsep tabayyun agar ia dapat dipraktikkan di dalam kehidupan masyarakat di Negara kita.

Definisi Tabayyun.  [Read more…] about SEMAK SEBELUM SEBAR!

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 4
  • Page 5
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Interim pages omitted …
  • Page 94
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.