• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT FARDU, 5 waktu , subuh,zuhur, asar, maghrib, isyak

PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT FARDU, 5 waktu , subuh,zuhur, asar, maghrib, isyak

Zik · Feb 10, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

panduan solat,

PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT FARDU

Oleh : Firdaus Yusof

PENGENALAN

Solat adalah merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Ibadat solat adalah merupakan rukun yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Hal ini dibuktikan daripada hadis Rasulullah SAW Umar al-Khattab yang bermaksud :

Maksudnya : Islam itu terbina atas lima perkara : Naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa solat adalah merupakan salah satu daripada asas binaan di dalam Islam. Selain itu, terdapat juga hadis lain yang menyatakan bahawa solat itu adalah tiang agama. Daripada Ibnu Umar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : Sesiapa yang tidak solat maka tiadalah agama kerana solat adalah merupakan tiang agama.

  (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Oleh yang demikian, sebagai seorang Islam adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk menunaikan ibadat solat dalam apa jua cara kerana Islam telah memberikan pelbagai kaedah yang sesuai jika seseorang itu tidak dapat menunaikan solat secara normal. Antara hikmah solat ialah pertama, mengingatkan manusia kepada identitinya yang sebenar iaitu hamba kepada Allah SWT. Dengan menunaikan solat manusia akan sentiasa ingat akan kedudukannya. Apabila seseorang itu terlupa hakikat tersebut disebabkan kesibukan duniawi dan hubungannya dengan orang lain, maka dengan datangnya waktu solat akan memperbaharui ingatannya bahawa dia adalah hamba yang dimiliki oleh Allah. Kedua, jiwa manusia akan sentiasa merasakan bahawa tidak ada yang akan memberi bantuan dan nikmat yang sebenarnya melainkan Allah SWT.

DEFINISI SOLAT. 

Solat dalam bahasa Arab digunakan dengan makna berdoa untuk mendapatkan kebaikan. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 103 :

surah al taubat

Maksudnya : Dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka.

 (Q:S Surah al-Taubah : 103)

Menurut istilah para fuqaha, solat bermaksud satu kalimah yang digunakan dengan makna, perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Ia dinamakan solat kerana ia mengandungi pengertian kalimah tersebut dan doa yang merupakan sebahagian besar perkara yang terdapat dalam solat. Oleh itu, kalimah yang menunjukkan sebahagian kandungannya digunakan untuk menggambarkan perkara yang menyeluruh.

DALIL PENSYARIATAN SOLAT

Terdapat banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menyatakan tentang kewajipan mendirikan solat. Antarannya ialah, firman Allah SWT al-Nisa ayat 103 :

Maksudnya : Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.

(Q:S Surah al-Nisa : 103)

Selain itu, Rasulullah SAW bersabda bagi menjawab soalan yang ditanyakan oleh seorang Arab badwi yang bertanya kepada baginda mengenai kewajipan menunaikan solat. Lalu sabda baginda :

Maksudnya : Lima waktu solat sehari semalam, Si badwi bertanya lagi, Adakah diwajibkan ke atasku selain itu? Jawab baginda : Tidak! Kecuali jika kamu ingin melakukan yang disunatkan.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

RUKUN SOLAT

Rukun ialah bahagian asasi daripada sesuatu benda. Sebagai contoh, dinding adalah merupakan salah satu daripada bahagian asasi bagi sesuatu bilik. Maka oleh yang demikian, solat tidak akan berlaku dan tidak akan sah kecuali semua bahagian asasinya telah sempurna dan dilakukan secara tertib sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang diambil oleh Jibril A.S.

Secara umumnya, rukun solat mempunyai 13 rukun. Rukun-rukun solat adalah seperti berikut :

  1. Niat
  2. Berdiri ketika solat fardu bagi yang mampu
  3. Takbiratul Ihram
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Rukuk
  6. I’tidal (bangun) selepas rukuk
  7. Sujud dua kali dalam setiap rakaat
  8. Duduk di antara dua sujud
  9. Duduk ketika membaca tahiyat akhir
  10. Membaca tasyahhud pada tahiyat akhir
  11. Memba selawat ketika tahiyat akhir
  12. Memberi salam yang pertama
  13. Tertib (mendahulukan mengikut susunan rukun solat)

 

PANDUAN MENUNAIKAN SOLAT FARDHU

Secara umumnya, kita mengetahui bahawa solat yang diwajibkan ke atas setiap muslim yang mukallaf ialah solat subuh, asar, maghrib dan isyak. Kelima-lima solat ini telah disyariatkan oleh Allah SWT ketika nabi SAW diisrakkan ke Baitul Maqdis kemudian diangkat ke langit. Allah SWT telah mewajibkan ke atas nabi SAW dan seluruh orang Islam dengan 50 waktu sehari semalam. Kemudian Allah SWT meringankannya kepada lima waktu. Lima waktu solat ini bersamaan dengan 50 waktu solat akan ganjaran yang akan diterima. Berikut adalah cara untuk mengetahui bilakah masuknya waktu solat lima waktu :

  1. Subuh :Sabda nabi SAW yang bermaksud : Waktu solat subuh bermula daripada terbit fajar (sadiq) sehingga selama mana matahari belum terbit. (Hadis Riwayat Muslim).
  2. Zohor :Sabda nabi SAW yang bermaksud : Waktu zohor ialah apabila matahari tergelincir dan bayang seseorang akan menjadi sama panjang dengannya, selama mana Asar belum masuk. (Hadis Riwayat Muslim)
  3. Asar :Waktu asar bermula apabila berakhirnya waktu zohor dan ia berlanjutan sehingga terbenamnya matahari. Sabda nabi SAW yang bermaksud : Sesiapa yang mendapat satu rakaat daripada solat asar sebelum terbenamnya matahari, maka sesungguhnya dia telah mendapat solat asar. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  4. Maghrib :Waktunya bermula dengan terbenamnya matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya merah dan tidak ada lagi kesannya di sebelah barat. Waktu maghrib berterusan selama mana cahaya merah belum hilang.
  5. Isyak :Waktunya bermula apabila berakhirnya waktu maghrib. Ia berterusan sehingga terbit fajar sadiq.

 

PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT FARDU. 

SOLAT SUBUH :

Solat subuh dua rakaat. Pada solat subuh di rakaat yang kedua menjadi sunat bagi kita untuk membaca doa qunut. Sesiapa yang tertinggal doa qunut seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam. Cara sujud sahwi ialah melakukan dua sujud seperti sujud-sujud yang lain. Orang yang solat hendaklah berniat sujud sahwi ketika melakukannya.

LAFAZ NIAT SOLAT SUBUH :

  1. Solat sendirian :

lafaz solat subuh arab

(Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat kerana Allah Ta’ala)

  1. Solat berjemaah (Imam) :

lafaz solat subuh berjemaah

 

(Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat imam kerana Allah Ta’ala)

  1. Solat berjemaah (Makmum) :

lafaz solat subuh berjemaah

(Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala)

SOLAT ZOHOR

Solat zohor empat rakaat.

LAFAZ NIAT SOLAT ZOHOR

  1. Solat sendirian :

lafaz solat zohor sendiri

(Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat kerana Allah Ta’ala)

  1. Solat berjemaah (Imam) :

lafaz solat zohor imam

(Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat imam kerana Allah Ta’ala)

  1. Solat berjemaah (Makmum)

lafaz solat zohor makmum arab

(Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat makmum kerana Allah Ta’ala)

SOLAT ASAR

Solat asar empat rakaat.

LAFAZ NIAT SOLAT ASAR

  1. Solat sendirian :

lafaz solat asar sendirian

(Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat kerana Allah Ta’ala)

  1. Solat berjemaah (Imam) :

lafaz solat asar imam arab

(Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat imam kerana Allah Ta’ala)

  1. Solat berjemaah (Makmum) :

 lafaz soalt asar makmum arab

(Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat makmum kerana Allah Ta’ala)

SOLAT MAGHRIB

Solat maghrib tiga rakaat.

LAFAZ NIAT SOLAT ASAR

  1. Solat sendirian :

lafaz solat maghrib sendirian arab

(Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat kerana Allah Ta’ala)

  1. Solat berjemaah (Imam) :

lafaz soalt maghrib imam arab

(Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat imam kerana Allah Ta’ala)

  1. Solat berjemaah (Makmum) :

lafaz solat maghrib makmum arab

(Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat makmum kerana Allah Ta’ala)

 

SOLAT ISYAK

Solat isyak empat rakaat.

LAFAZ NIAT SOLAT ISYAK

  1. Solat sendirian :

lafaz solat isyak sendirian arab

(Sahaja aku solat fardu isyak empat rakaat kerana Allah Ta’ala)

  1. Solat berjemaah (Imam) :

lafaz solat isyak imam arab

(Sahaja aku solat fardu isyak empat rakaat imam kerana Allah Ta’ala)

  1. Solat berjemaah (Makmum) :

lafaz solat fardhu isyak makmum arab

(Sahaja aku solat fardu isyak empat rakaat makmum kerana Allah Ta’ala)

PENUTUP

Secara kesimpulannya, sebagai solat muslim, kita wajib menunaikan solat yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Hal ini kerana, ia adalah merupakan cara kita bersyukur serta berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang dikurnaikannya adalah dengan cara kita menunaikan solat yang telah ditetapkan agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang kufur akan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan cara nak sembahyang subuh, panduan lengkap solat fardu, panduan solat, panduan solat asar, panduan solat fardu, panduan solat isyak, panduan solat maghrib, panduan solat subuh, panduan solat zuhur

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: