PRA SEKOLAH TAHUN SATU- DUA 1 MAC, TAHUN 3-6 8 MAC 2021
Kuala Lumpur: Sesi persekolahan bagi murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua akan bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dibenarkan hadir ke sekolah pada 8 Mac ini.
SEKOLAH MENENGAH 4 -5 APRIL 2021.
Bagi pelajar sekolah menengah kategori kumpulan A iaitu di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah pula akan bermula pada 4 April diikuti 5 April membabitkan kumpulan B bagi negeri lain.
Selain itu, kolej vokasional bagi Sijil dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (Semester dua) juga dibenarkan beroperasi pada 1 Mac manakala sekolah antarabangsa serta pusat tuisyen bermula 8 Mac.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.
Menurutnya, apa yang menjadi keutamaan semua pihak perlu mematuhi SOP bagi memastikan murid dan pelajar meneruskan sesi persekolahan dalam keadaan selamat.
“KPM memutuskan supaya prasekolah, Tahun Satu dan Dua kembali ke sekolah terlebih dulu bagi memberi ruang kepada guru membiasakan anak-anak ini dengan SOP baharu di sekolah.
“Pembukaan sekolah menengah selepas cuti pertengahan penggal sekolah pula berikutan memberi laluan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memerlukan lebih ruang.
“SPM kali ini dilaksanakan sedikit berbeza dengan SOP ketat kerana bukan saja perlu menyediakan dewan, malah bilik khas seperti bilik alternatif, isolasi dan transit bagi memastikan anak-anak ini menduduki peperiksaan dalam tenang dan selamat,” katanya.
Pembukaan Sekolah di bawah KPM Wajar ke tidak?
Adakah kita benar-benar bersedia untuk kita menghantar anak-anak ke sekolah kerana penularan wabak Covid-19 masih di tahap yang agak bahaya (ketika entri ini ditulis, dalam 2000-dekat 3000 kes harian).
Pembelajaran online agak sukar.
Namun pada hakikatnya, pembelajaran secara online adalah tidak sempurna dan ramai dari golongan berpendapatan rendah mungkin tidak mempunyai komputer ataupun internet jalur lebar di rumah. Anak-anak kita semaking kecundangan berbanding negara seperti Thailand dan Singapore setelah lebih setahun belajar secara online.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply