Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hutang ini kadang-kadang ia menyebabkan hati ini tak tenteram, mungkin sebelum tidur tuh ada lah terfikir-fikir macam mana nak langsaikan hutang juta-juta nih. Ada yang dibawa dalam mimpi sekali. Coobaan! Kita kena ingat, kalau kita hutang roh kita akan berada diawang-awangan. Biarpun kita masuk syurga pun, kita akan ditarik balik, selagi hutang itu tidak diselesaikan.
Namun, ada orang berpendapat…
1) Mustahil untuk hidup tanpa hutang
2) Kadang-kadang hutang perkara yang bagus
3) Kalau tak berhutang susahla nak hidup
Hutang sebenarnya bukanlah semuanya mencengkam hidup kita. Ada juga yang baik sebagai contoh, membuat pinjaman untuk kursus/sijil yang boleh meningkatkan kerjaya kita atau memulakan pernigaan. Semuanya bergantung kepada niat dan keperluan individu masing-masing yer tak?
Mustahilkah untuk hidup tanpa hutang?Aku rasa mungkin boleh diusahakan. Hutang rumah dikecualikan. Antara yang boleh diusahakan:
- Hutang Kad Kredit(KK)– Ini yang paling mudah. Tak payah ada KK, jadi kita takkan ada hutang KK. Jadikan tabiat untuk berbelanja kurang dari pendapatan anda. Jika ada perbelanjaan besar macam percutian, anda sudah boleh mula menyimpan lebih bulan-bulan sebelumnya. Sekarang ini KK sangat mudah diperolehi , tanpa perlu slip gaji! Malah ada yang blacklist pun boleh lepas?? apa cerita?? Bank-bank sudah tentu mempunyai alasan tersendiri mengapa dengan mudah memberi kad plastic tersebut kepada orang ramai. Apa-apa pun ada orang berpendapat ada KK Nampak cool. Betu ker?
- Hutang pendidikan- Boleh dielakkan dengan membuat simpanan bagi dana pendidikan sejak anak kecil atau pergi ke IPT kerajaan (biasasiswa penuh) seperti mara, JPA dan sebaigainya yang berpatutan atau pergi bekerja sambil belajar ( kalau anak aku nanti tak digalakkan, pakai duit PAMA jer, insyallah) atau jika murah rezeki, insyallah boleh dapat biasiswa mengikut result pointer! Sebolehnya elakkan dari pinjaman PTPTN
pttiputipan .Tapi tak salah sebenarnya nak pinjam dengan ptptn, sebab sekarang ptptn sudah ada cara yang baik dan tersusun untuk kita elakkan hutang dikemudian hari. Boleh baca lebih lanjut mengenai ptptn, bayaran, syarat pinjaman dan sebagainya disini - Hutang kereta- Buat simpanan. ( Aku sedang berusaha mengumpulnya). Mengidam juga kereta baru tetapi memandangkan lesen pun takda lagi. Jadinya tak payah fikir lagi. Namun, kereta sekarang ini mempunyai susut nilai dengan cepat. Setakat ini tiadalah pula orang yang komen negatif mana kereta kau?? tetapi sudah terlalu ramai suruh amik lesen. Tetapi bagi yang berkeluarga, disarankan duit yang sepatutnya dibayar untuk kereta baru, gunakan untuk simpanan dana pendidikan, dan persaraan.
- Hutang perumahan – Yang ini pun rasanya amat sukar untuk kita elakkan. Tapi kita boleh menyimpan untuk membuat bayaran awal yang tinggi mungkin sehingga 20%. Cara lain, mungkin dengan tidak membeli rumah yang besar. Rumah besar memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dan kos utiliti yang tinggi. Walaupun belum memiliki lagi, tetapi ada juga berhasrat. Untuk masa hadapan yang cemerlang. Ada pendapat mengatakan, hutang rumah bayar bulan-bulan lebih menguntungkan berbanding beli secara cash.
- Hutang kahwin – Erm, anda mesti tertanya, ada ker orang buat? Jangan tak percaya, sekarang nie memang ada. Tak tahulah berapa banyak mereka nie pinjam, seboleh-bolehnya buat ala-ala kadar jer. Kos barang-barang yang naik di zaman kemelesetan ekonomi ini, dijangka akan naik lagi kos kahwin nie. Aduh pening kepala aku! (akan dibincangkan akan datang secara lanjut mengenai kos perkahwinan).
- Hutang insurans yang tertunggak. Di zaman sekarang ini banyak sangat insurans yang nak kena bayar, aku pun agak pening insuran motor, kereta , insuran company(pekerjaan), insuran life(personal, keluarga dan sebagainya). Tapi hutang, insurans nie takda effect, cuma ia akan berlaku bila masanya akan tiba. Wallahuallam. Yang dimaksudkan disini ialah hutang life. Masih lagi dalam perbincangan, diantara keperluan atau tidak.
- Hutang lain-lain– Ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu untuk membeli sesuatu, jangan letakkan dalam senarai “barang untuk dibeli”. Hidup biarlah sederhana sudah. Warren buffet yang kaya, dan owner facebook.com Mark Zuckberg hidup sederhana jer (duduk rumah sewa tuh).
Buat setakat ini, Alhamdulillah (syukur jugak tuh) aku hanya ada hutang pinjaman MARA. Insyallah, bulan hadapan aku azam mula bayar, kalau ada rezeki lebih bayar lah sikit-sikit untung settlekan secepat mungkin.
Kalau ada jenis-jenis hutang yang lain, boleh kongsikan bersama-sama. Insyallah, akan membincangkan lagi mengenai topik hutang ini. Masih lagi dalam siasataj. Sekian terima kasih.
X salah berhutang, biarlah hutang itu diukur dibadan sendiri, jangan terlebih saiz, kalau terlebih, maka bertambah ramailah kaum muflis..
kena ikut kemampuan dan berapa gaji kita nih kan bro jai…
Betul tu bro… Tapi kan, ada jugak yang berhutang sampai lupa diri… Contoh macam personal loan la… Selagi boleh overlap, selagi tu nak buat…he3
Tapi sekarang ni nak kawin simple-simple pun memang perlukan banyak duit. Kenduri sahaja perlukan RM5K. Harga barang-barang dah makin mahal.
betul2 harga barang dah naik … susah nak jimat….
Hidup tanpa hutang memang mustahil tapi boleh dicapai. kalau tak percaya tanya Tuan Zamri Nanyan, sifu internet marketing tanah air 🙂
nak mencapai, duit dan ilmu serta cara untuk mengawalnya…
Saya jarang hutang pasal tak de bank nak bagi hutang kat blogger cam saya,melainkan along hehe!!!minta simpangla
hehe bagusla…. aku nih hutang belajar banyak lagi tuh….
Kalau duk KL ni rasanya susah nak elak bab utang ni.. kena manage je lar… jgn over spend dan beli mende yg tak patut..
duduk bandar memang banyak duit kena keluar…
tentang insurans yg aku tau aku cuma install third party je untuk motor aku..insurans lain aku tak tau huhu..
dan aku tunggu entri kos perkahwinan..
insuran third party motor sekarang nie pun dah tak banyak company nak cover… sebab deme rugi…
saya pernah satu ketika dahulu pernah mengelak daripada hutang … tetapi selepas sahaja berkahwin terus terjerbak …. adakalanya berhutang boleh menyelesaikan banyak masalah tetapi ingat … setiap hutang perlu dibayar …
kadang2 macam keperluan… sebab benda yang nak diguna tuh urgent , guna hari2.. contohnya kereta..
hutang perumahan tue bg aku mmg wajib jer.. hehe..
yang tuh long term…
Saudara/i,
Mohon laluan untuk perkenalkan perkhidmatan penjimatan interest hutang rumah.
Peminjam mampu bebas dari bebanan interest yg banyak dikenakan ke atas hutang rumah mereka. Penjimatan yg sangat efektif dan mennguntungkan peminjam untuk bebas dari beban interest yg tinggi
MRP consultant
Mr Kamarul
019-7015710
email: eryick@gmail.com
pertanyaan lanjut bagi yg berminat atau yg nak tahu amat dialukan.
Salam Perkenalan.
khidupan kita telah diatur utk berhutang dsbbkan kehendak duniawi..hmm..mmg perit bila berhutang..
hutang, buat hidup tak tenteram…
takat ni hutang pijaman jer zik huuu…
lencuh di ingatkan mmg wajib bayr heeee
Hutang dengan JPA bayarannya ialah tempoh perkhidmatan dengan kerajaan. Yang jadi penyakit bab kahwin pun kena hutang. Patutnya mudahkan nikah, barulah zina tak berleluasa macam sekarang.
hutang dengan JPA kalau tak nak berkhidmat dengannya boleh, dengan syarat kena bayar duit pinjaman tuh..
sikit nye hutang.. Donald trump pun hutang berbillion…
donald trump tuh.. kaya tapi hutang juta2… muka pun masih rileks jer…hehe
Ye, mustahil hidup tanpa hutang zikri! Kredit kad pon hutang jugak….
Semua serba serbi hutang lah dlm kehidupan. Solat pun hutang manusia kpd Allah jugak 🙂
yang hutang tuh wajib dibayar…
aku pon banyak hutang, PTPTN yg plg utama, dari abes study smpai skrg. klu boleh kawen nnt tak nak la hutang..
sbb tu aku tgh developt cara bayo hutang mudah..moga2 bjya.
wah bagus2x… harap dapat bayar on time…
taw x pew.. aq mmg cuba elak utk berhutang tp x dpt.. huhu
Nur Kasih The Movie Thriller Nur Kasih The Movie
memang susah….
Hutang kereta dengan rumah memang tak boleh nak elakkan. Yang lain masih boleh diatasi. InsyaAllah.
hutang kahwin jangan yer… hehe
awas!
jangan buat hutang baru untuk bayar hutang lama
gali lubang kubur tu…
harus dielakkan..
dulu ingt xmo berutang gak..tp x boleh..
utang stadi byk lagi…ada dlm 40++….haishh..
leh dpt kete sebijik tu
lebih kurang zik… adooii..
Dengan taraf hidup yg agak tinggi,berhutang memang tak boleh dielakkan tapi perlula mengikut kemampuan kita juga.
kena pandai manage hutang nya tuh
Aku masih ada hutang pendidikan semasa belajar dengan hutang kereta
kadang-kadang termiss nak bayar
bayar pakai manual lah ek??? kalau nak auto debit pun boleh.. cuma kena isi borang.. sign2 sikit.. leceh gak la…
Semua peringkat lapisan masyarakt berhutang tidak kita golongan pertengahan dan golongan atasan. Cuma jumlah hutang berbeza mengikut golongan kalau beli kereta dan perumahan adalah hutang jangka masa panjang. Ada yang buat pinjaman ASB sebab tidak modal untuk simpan didalam ASB.
lagi tinggi golongan atasan . lagi lah tinggi hutangnya….
AS salam..
Mmg tak dpt nak elak hutang…
terutamanya ptptn, kereta, rumah…
kalau tak berhutang, tak ada harta la..
susah kan…. kena banyak kali fikir sebeblum nak berhutang.. tengok mampu atau tidak..
kalau dah terpaksa..apa nak buat. tapi seboleh-bolehnya elakkanlah berhutang. seksa jiwa raga huhu. kalau nak berhutang pun biarlah pandai cari jalan untuk bayar balik
kena pandai cara untuk manage hutang ni..
Sekarang ni sedang belajar lagi. Melihatkan hutang ptptn yang nak dibayar nanti kadang-kadang terfikir jugak, sempat ke nak bayar semua tu walaupun dah kerja nanti.
takpe buat masa nie fikirkan strategi buat duit online..hehe
hai zik,
hidup biar sederhana… janji bahagia..
zik,tq sebab datang jenguk blog saya wpun x leh komen tu.. problem tul“
sederhana … hidup yang sangat aman… huhu
memang mustahil kebanyakan dari kita takda hutang. tapi hutang boleh diminimumkan. kalau boleh start keje dah simpan duit, jangan berhutang selagi ia tidak terlalu penting dan yang paling penting jangan guna kad kredit. kad kredit ni musuh dalam senyap. kalau guna kad kredit untuk bisnes aku sokong sangat
kalau business.. untung banyak la… cuma payment pun kena bayar on time…
biasanya kalau buat kontrak pembekalan kecil-kecilan memang berbaloi guna kad kredit. dapat payment bayar balik.hehehe
Klau cerita bab hutang ni…silap2 boleh pening kepala…tapi kalau kita pandai urus hutang dan tak suka hutang byk2…insyaAllah..hidup tenang sikit… 😀
hutang no 5 tu kena elak sgt…baik biar lambat asal selamat di kemudian hari…setuju zik?
setuju… no5 tuh kalau boleh nak elak lah nie..hehe
Agak agak hutang kawin tu kalau takleh bayar, bang tarik balik tak isteri tu ?? 😀
tak tahulah nak buat aper…
selagi boleh elak, eloklah elak. kalau dah tak boleh nak elak, ukurlah kemampuan sendiri. nak kumpul 40k utk beli sebuah kereta secara cash mungkin entah tahun bila dapatnya!
tapi kadang2 terpaksa juga berhutang, tengah sempit mesin basuh rosak, tv meletup, kena jugak jumpa tokey kedai singer. nak basuh baju manual tanpa mesin kesian kat org umah,bukan sikit baju nak basuh setiap hari. malam2 dok santai tanpa tv, kesian kat isteri dan anak2..
hutang yang harus dibayar… jangan dibiarkan .. kalau tidak sampai masanya , memang habisla… semua kena tarik…
hutang ptptn aku baru bayar ciput huhu ish ish.. dekat harga sebijik kancil jenuh nak membayarnya
bayar2 sikit…. nanti income blog dah masyuk… hehe
hutang memang tak dapat dielakkan lebih2 lagi masa betul2 kesempitan… apa pun jgn hutang kat along dah leee..
hutang dekat along cari penyakit namanya…
memang susah nak lari dari hutang ni. Setakat ni, hutang ptptn, insya-Allah tahun ni habis. hutang kereta dengan hutang rumah aje yang tak pas-pas lagi nih..mudah-mudahan habis hutang cepat.
yeker tahun dah nak habis..congrate lah bro titan…
Memang mustahil pun untuk mengelakkan diri daripada berhutang.Namun begitu,kalau boleh jangan jadikan berhutang ini sebagai amalan..Sakit rasanya nak membayarnya.Tidak dapat dituntut didunia,dituntut pula diakhirat ..
pewaris terpaksa settlekan.. kalau tidak… wallhuallam…
saya pantang berhutang.. hutang buat diri rasa ada beban lain.. bila kita nak beli sesautu, teringat hutang hari tu..
hutang menyebabkan rasa keluh resah…
betul tu. nak kata zaman sekarang ni mana tak lari drpd hutang. semuanya hutang. tapi kalau boleh elakkan berhutang drpd benda2 yg x berfaedah.
yer hutang2 yang bukan betul keperluan.. seeloknya janganlah… kena fikir masak2 dulu…