• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Cara meramal permintaan dalam perniagaan part2

Cara meramal permintaan dalam perniagaan part2

Zik · May 5, 2011 · 46 Comments

Share this on WhatsApp

ramal permintaan dalam perniagaan, ramalan dalam perniagaan, forecast sales, forecasting in sales, Dalam meramal dalam  permintaan dalam perniagaan nie, kadang-kadang bukan betul 100%, bahkan kadang ianya hanya tepat dalam 60-80% mengikut kajian dalam pakar ekonomi dalam majalah business times. Namun peratusan yang tinggi, kadang-kadang hanya menjadi disebabkan kebetulan ataupun salah dalam perkiraan. Kalau salah kena menjawab, betul pun kena jawab dengan boss. Aduhai.

Sambungan dari entri yang lepas yang mana lebih kepada teori dan asas dalam meramal permintaan dalam perniagaan tak kira apa-apa bentuk perniagaan ada produk atau servis.

Mengukur Permintaan(market) Pasaran hari ini.

Pihak pengurusan  perlu membuat anggaran iaitu tiga aspek dari permintaan pasar sekarang. Ada tiga kaedah yang praktikal untuk kita anggar permintaan ini, iaitu jumlah permintaan pasaran wilayah (kawasan), permintaan pasar, dan hasil jualan sebenar.

1) Menggangar jumlah Permintaan Pasar

Jumlah permintaan pasar suatu produk adalah jumlah kuantiti yang dibeli oleh sekelompok pengguna tertentu dalam suatu wilayah geografi tertentu selama jangka waktu tertentu dalam suatu lingkungan pemasaran tertentu.

Salah satu kaedah praktikal untuk mengagak jumlah permintaan pasar adalah dengan menggunakan persamaan :

Q = n x p x q

dimana :

Q   =  jumlah permintaan pasar

n  =  jumlah pembeli di pasar

p =  harga purata satu produk

q  = jumlah yang dibeli oleh rata-rata pembeli per tahunan

2) Menggangar Wilayah (kawasan) Permintaan Pasar

Dalam hal memilih kawasan yang terbaik, serta menempatkan anggaran pemasaran yang optimum,  dapat dilakukan dengan dua kaedah, iaitu kaedah Market-Build Up dan Market Factor Index. Kaedah Market-Build Up digunakan terutama oleh perusahaan barang industri untuk mengenal pasti semua potensi pembeli dalam setiap pasar dan mengenal pasti  potensi pembeliaan, sedangkan kaedah Market Factor Index digunakan terutama oleh perusahaan  barang konsumer, dengan mengenal pasti faktor-faktor pasar yang ada hubung kait dengan potensi dan menggabungkannya ke dalam sebuah indeks yang telah kita timbang tarakan.

3) Menggangar Penjualan sebenar dan jualan Saham.

Perusahaan perlu mengetahui penjualan sebenarnya dari industri berkait rapat yang terjadi di pasar, jadi ia harus mengenal pasti para pesaingnya dan mengganggar penjualan mereka. Data dapat dikumpulkan baik dari persatuan atau dari lembaga penyelidikan.

Meramal Permintaan Akan datang (future demand).

Setelah kita tahu cara-cara mengukur permintaan sekarang, selanjutnya pihak pengurusan perlu mengkaji permintaan mendatang. Ada banyak cara untuk meramal penjualan masa datang, di antaranya dipaparkan berikut dibawah ini :

  • Survei nilai pembeli, iaitu dengan bertanya kepada mereka secara langsung dengan harapan mereka akan menjawab secara objektif.
  • Pendapat para tenaga penjual (peniaga), iaitu perusahaan meminta para tenaga penjualnya untuk meramal penjualan tiap produk untuk daerah mereka masing-masing, kemudian semua menganggar  individu dijumlahkan untuk mendapat ramalan penjualan secara keseluruhan. Dalam meramal jualan,   bermacam-macam data diperlukan. Bukan satu dua jer.

Contohnya :

Misalnya, para peniaga setelah menghabiskan melakukan jualan, dimana untuk membuat laporan yang sering disebut Laporan Kunjungan (guest sign-book). Laporannya, contohnya  seperti berikut :

  • rata-rata jumlah orang datang kekedai per hari,
  • rata-rata jumlah waktu mereka datang dan buat survey (tak beli pun) per lawat,
  • rata-rata jumlah belian dalam per lawat,
  • rata-rata jumlah pendapatan per lawat,
  • rata-rata kos jamuan per kunjungan, (bagi restoran) ,
  • menyerahkan jumlah pesanan per 100 per lawat jualan, (bagi restoran) ,
  • jumlah pelanggan baru per tempoh tertentu, (bagi restoran) ,
  • kos peniaga(gaji), jika merupakan peratus dari jumlah penjualan.

Penting untuk kita ambil rekod seperti diatas.  Untuk kita membuat analisa sendiri dan dari data jadikan dalam bentuk graf, akan nampak dia punya gambaran. Lebih mudah untuk kita membuat ramalan dan andaian. Semua ini perlu diterjemahkan dalam bentuk yang lebih fleksibel untuk kepentingan bersama.

Jadinya dari data di atas diharapkan jumlah perkiraan yang dibuat dalam permintaan produk dapat ditentukan. Walaupun kadang-kadang tidak tepat, kerana ada banyak faktor lain yang akan mempengaruhi. Iaitu faktor-faktor semula jadi, musim, perayaan dan juga bencana alam.  Itu memerlukan banyak perkiraan yang lain.

Sumber syafrizal materiskb

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi Cara meramal permintaan dalam perniagaan, cara untuk meramal perniagaan dalam business, formula meramal peniaga, perkiraan dalam meramal perniagaan, ramal permintaan dalam berniaga

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. tengkorak emas says

    May 5, 2011 at 6:03 am

    fuh..mencabar tu..
    kalau dalam perniagaan perkhidmatan nampak mcm lebih meluas bentuk permintaannya..

    sekadar pandangan biasa seorg pengguna..

    Reply
    • benjy says

      May 6, 2011 at 1:25 am

      Namun perniagaan perkhidmatan sungguh mencabar terutamanya nak mengekalkan kualiti kerana ia di kaitkan dengan manusia (pekerja) yang membuat perkhidmatan tersebut … mod manusia sukar di ramal dan ia mempengaruhi kualiti perkhidmatan yang diberikan.

      Reply
  2. kaki sosial says

    May 5, 2011 at 8:56 am

    permintaan melebihi penawaran…….mcmner nk dpt product camtue….

    Reply
    • benjy says

      May 6, 2011 at 1:26 am

      Biasanya barang makan boleh jadi cam tu seperti Gula, tepung dan banyak lagi.

      Reply
  3. intankuterpilih says

    May 5, 2011 at 12:02 pm

    wah… betul2 otak bisness ni…

    Reply
    • benjy says

      May 6, 2011 at 1:27 am

      betul tu … b3njy pun tak sangka blogger Zik mempunyai analisis sebegitu … tahniah Zik.

      Reply
  4. suri says

    May 5, 2011 at 4:03 pm

    alahai terperincinya terasa bagai pensyarah baru bagi note kat saya 😉

    Reply
    • LiFe KaMi says

      May 5, 2011 at 9:29 pm

      memang bagus pada yg ingin membuka perniagaan,
      dari dulu lg cita2 nak berniaga tapi modal asik tak cukup je,ada pula member yg dah nak lingkup tu yg rasa lg payah nak meniaga..

      Reply
      • benjy says

        May 6, 2011 at 1:30 am

        betul tu … kalau tak cukup ilmu nak berniaga sah gulung tikar …. sebab b3njy pun pernah stop berniaga IKS sebelum sempat gulung tikar.

        Reply
      • nasslimdiet2 says

        May 6, 2011 at 11:48 am

        kalau dah minat teruskan je. kalau modal tak cukup, buat kecik je. nak tunggu modal cukup memang kita tak akan mula. rezeki masing-masing tak sama. yang penting kita rajin usaha dan tak mudah putus asa

        Reply
    • chii says

      May 5, 2011 at 11:54 pm

      tu la pasal..time blaja dulu pun..chii x pasti sama ada lecturer ada ajar ke idak ttg ni..ehehe..

      Reply
  5. Ali ridha says

    May 5, 2011 at 4:21 pm

    Anda ingin jadi bos sendiri? tanpa perlu
    berkerja dengan orang lain.maka itu, ini la
    jawapanya.beli buku usahawan internet pak net.

    perniagaan kita kena ikut masa kini
    dan kena ada kelainan sedikit.buat la
    goreng pisang madu lebah.nampak tak
    ada kelainan sedikit.

    Reply
    • benjy says

      May 6, 2011 at 1:32 am

      Memang betul kelainan itu boleh membawa kejayaan tetapi perlu bersabar sehingga ramai orang kenal produk baru tersebut … kena ada modal pusingan untuk kekal berniaga …

      Reply
  6. decrewz says

    May 5, 2011 at 11:19 pm

    Uish.. Boleh jadi bisnessman dah nih.. Siap ada kira2..he3

    Reply
    • Zik says

      May 9, 2011 at 12:47 am

      ini basic lagi.. ada lagi.. lagipun kalau teori tak semuanya akan betul… dalam keadaan yang sebenar… mungkin lain dia punya senarionya..

      Reply
  7. tehr says

    May 5, 2011 at 11:36 pm

    macam minyak je ni
    permintaan sentiasa melebihi penawaran

    untung2…

    Reply
    • Zik says

      May 9, 2011 at 12:50 am

      minyak lebih kurang macam tuhla.. dengan ada orang atas yang control harga nie… tak tahulah siapa orangnya??

      Reply
  8. chii says

    May 5, 2011 at 11:55 pm

    sure zikri praktikkan dlm kehidupan seharian kan teori2 ni =)

    Reply
    • benjy says

      May 6, 2011 at 1:35 am

      b3njy cukup setuju … jika kita sesuaikan sedikit dengan kerja kita/hidup kita ia akan banyak membantu.

      Reply
  9. samanosuke_04 says

    May 6, 2011 at 12:14 am

    arghhhh, kompleksnye… baca separuh pun daa pening daa.. haha, byk sgt istilah.. hoho, yang penting dapat untung dlm bisnes.. aku amik prinsip nie jelah dulu.. hohoho

    Reply
    • Zik says

      May 9, 2011 at 12:51 am

      hehe.. tak sama bidang… kot??

      Reply
  10. Mrs.Ayie says

    May 6, 2011 at 12:28 am

    Baca tiga kali baru dapat gambaran 🙂 Bukan mudah nak meramal permintaan dan penawaran dalam perniagaan. Berubah-ubah

    Reply
    • benjy says

      May 6, 2011 at 1:38 am

      Yer betul tu … cam musim buah-buahan … permintaan berubah-ubah mengikut musim nya.

      Reply
  11. benjy says

    May 6, 2011 at 1:22 am

    B3njy nengok ramai peniaga baru tak tahu menganalisis permintaan barangan itu yang ramai gulung tikar tu … selain itu tiada kekuatan dalam diri juga menyebab mereka gulung tikar … namun bagi PKS membuat survey adalah sukar kerana ia meningkatkan kos operasi.

    P/S: Analisis seperti ini boleh di convert ke lain2 bidang kerja dan ia akan membantu kalau kena caranya.

    Reply
    • Zik says

      May 9, 2011 at 12:52 am

      yaya.. kalau ada dia punya senarionya lebih kurang.. boleh diconvert.. dan diubahsuai..

      Reply
  12. linkedn says

    May 6, 2011 at 1:31 am

    produk dri brg kesihatan pun boleh dianggap permintaan melebihi penawaran…

    Reply
    • Zik says

      May 9, 2011 at 12:54 am

      betul juga..sebabnya susah nak ada benda ini..

      Reply
  13. yas says

    May 6, 2011 at 3:59 am

    Meniaga ni kene modal dan daya tahan yg tinggi, bukan sembarang org gak bleh lyn meniaga. Aku pun penah gak meniaga..tp kecil2lan jer…last2 untung dok kaver time “rm” tgh sesak…x gi kemana gak laa…huhuhuhu

    Kalau P Romlee dulu dia panggil nujum Pak Belalang je nihh….hehehe

    Reply
    • Zik says

      May 9, 2011 at 12:56 am

      lebih kurang macam tuh… takpe.. dalam berniaga… kecil2lan … untung belakang cerita.. huhu

      Reply
  14. nasslimdiet2 says

    May 6, 2011 at 11:49 am

    nak meramal permintaan pengguna memang susah. yang penting dalam bisnes, benda ni memang kene buat kalau nak maju.

    Reply
    • Zik says

      May 9, 2011 at 1:04 am

      dapat buat sikit pun jadilah… yang penting kita ada usaha…

      Reply
  15. Rajdev says

    May 6, 2011 at 6:13 pm

    Ne seperti kajian niche hpk kan

    Reply
    • Zik says

      May 9, 2011 at 1:06 am

      kajian yang dalam pada masa yang sama cuba mempraktikkan..

      Reply
  16. titan says

    May 6, 2011 at 11:13 pm

    teringat aku masa kelas mikro dan makro ekonomi..

    Reply
    • Zik says

      May 9, 2011 at 1:07 am

      memang ada … tapi dulu belajar english… hadoi…

      Reply
  17. akubiomed says

    May 6, 2011 at 11:53 pm

    Saya pernah terlibat secara tidak langsung didalam duniaan perniagaan bukanlah semudah teori. Banyak kemahiran yang perlu dipelajari menempuh pengalaman berniaga sebenar itu sendiri.

    Kalau syarikat yang sudah establish perlu buat kertas kerja dengan membuat kajian market survey @ market intelligence untuk mengetahui produk yang bakal terjual di pasaran atau tidak, penyediaan bajet, projection P&L, ROI, Breakeven, SWOT dan macam lagi. Sangat teknikal 🙂

    Reply
    • Zik says

      May 9, 2011 at 1:11 am

      swot , roi , p&l akan dibincangkan.. dalam masa yang agak lama sikit….

      Reply
    • aimannajmy says

      May 11, 2011 at 9:43 pm

      wah banyak tui term2 yang tak berapa nak paham ish ish huhu, kena tggu zik hurai la nnt

      Reply
  18. bEe says

    May 9, 2011 at 2:08 pm

    Bukan senang nak meramal masa depan dlm perniagaan…
    Mcm bEe yg bekerja di syarikat perniagaan pun ada untung & ada naiknya. Especially perkhidmatan kpd manusia… Susah sket sbb sentiasa berubah mood manusia ni

    Reply
    • Zik says

      May 10, 2011 at 1:19 am

      takda sale… takda lah untung…

      Reply
  19. mancai says

    May 9, 2011 at 2:54 pm

    tq bro membantu info ni… kebetulan aku tengah mengisi borang pendaftaran perniagaan

    Reply
    • Zik says

      May 10, 2011 at 1:33 am

      wah dah nak start niaga apa agaknya???

      Reply
  20. aimannajmy says

    May 11, 2011 at 9:42 pm

    pergh rumit sungguh dunia bisnes ni kalo betul2 nak berjaya tarik customer kena ada cara yang sebetulnya

    Reply
    • Zik says

      May 16, 2011 at 4:55 pm

      semuanya memerlukan masa dan ‘action’

      Reply

Trackbacks

  1. Cara meramal permintaan dalam perniagaan part2 « news@yoys says:
    May 6, 2011 at 6:14 am

    […] Continue reading here: Cara meramal permintaan dalam perniagaan part2 […]

    Reply
  2. Mesin donut maker, – Zikri Husaini says:
    January 24, 2019 at 2:41 pm

    […] Tujuan mesin ini dihasilkan agar dapat membantu pengeluar dan pengusaha donat. Secara tidak langsung, dapat menghasilkan kuih donat dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa. Apabila demand ada, permintaan ini harus ditunaikan. Amboi teringat pasal keluk2 dalam ekonomi.  […]

    Reply

Leave a Reply to Zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Nota peperiksaan online PTD n29 2021
  • 5 Idea Bisnes Yang Anda Boleh Mulakan Pada Hari Ini
  • Panduan Peperiksaan online PTD n19 2021
  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Ekonomi

Cara meramal permintaan dalam perniagaan 1.

Share this on WhatsApp Meramal dalam permintaan dalam dunia perniagaan bukan ses…

%d bloggers like this: