Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Abang Dey Challenge , Viral!

Abang Dey Challenge , Viral!

Zik · Nov 30, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Disebalik kekecohan yang berlaku di kuil Maha Mariamman, hari itu ada kecoh sikit pasal video uncle yang buat video . Nama dia adalah S Kanagarajah. Peniaga yang duduk berdekatan di kuil sana.

Lelaki yang menjadi punca cabaran #DeyyChallenge yang tular di media sosial menanggapi parodi terhadap videonya yang penuh emosi dengan bersahaja, dan berkata beliau tidak kisah memandangkan ia telah menggembirakan ramai orang.

S Kanagarajah yang merupakan seorang peniaga yang membesar di Estet Seafield – kini USJ25, lokasi Kuil Sri Maha Mariamman – berkata orang ramai melihat rakamannya sebagai jenaka dan bukan secara negatif.

“Saya tak terima apa-apa ugutan. Setakat ini saya tengok parodi mereka sebagai lucu.

“Kalau itu buatkan mereka gembira, biarkanlah mereka gembira,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Shah Alam hari ini.

Kanagarajah ke sana untuk pendengaran permohonan penangguhan dan injunksi terhadap pemindahan kuil tersebut yang dilaporkan berusia lebih 100 tahun. 

Ditanya tentang videonya yang kini tular, lelaki berusia 43 tahun itu berkata ia berpunca daripada kekecewaan yang dirasainya ketika kekecohan itu.

“Ia selepas melihat ada orang yang diserang sehingga darah mengalir, saya pergi tolong.

“Kita tidak cari gaduh dengan sesiapa, kita hanya buat upacara dalam kuil saja. Saya kecewa dengan apa yang telah berlaku.”

Beliau menegaskan insiden itu bukan pertembungan antara kaum dan berkata kedua-dua orang Melayu dan India adalah mangsa dalam peristiwa itu.

“Kalau anda tanya perasaan saya sekarang, mungkin saya boleh menangis memikirkan apa yang berlaku kepada kami.

“Bukan kami yang mulakan pergaduhan, orang yang memulakannya duduk dalam bilikaircond. (Tetapi) sekarang kami dan kawan-kawan Melayu yang jadi mangsa,” katanya lagi.

Ditanya jika beliau bimbang akan kesan susulan video itu, Kanagarajah berkata beliau tidak merasakan telah melakukan apa-apa kesalahan.

“Orang yang kenal saya faham apa yang saya lakukan.

“Saya tak takut (kesan video itu). Saya tak buat jenayah, tak pegang pistol atau pisau. Saya tak kata apa-apa, cuma emosional,” katanya lagi.

Deyy challenge. !! part 1

Part2

Part3

Part4

Mungkin ada yang sama, cuma wa cedok jer dari yotube channel diaorang nih. huhu.

Bagi aku inilah uniknya malaysia kita.. yang nak gaduh kompom tak jadi gaduh… sebab kita tak ambil serius ini semua.. kerana akan merosakkan negara bangsa dan anak cucu cicit kita semua jugak.. dan kalau kita pandang lebih jaoh..ini melibat kan masa depan kita semua rakyat malaysia.. cina melayu india iban dan lain2.. sekarang kita hidup aman dan damai..kerja pon ok…rumah pon beli dah.anak2 membesar dgn elok… nanti tak pasal2 hilang semua tu.. bak kata pepatah.. akibat nila setitik dua rosak susu sebelanga.. banyak lagi perkara2 yang akan berlaku kalau kita tak bersatu.. ekonomi negara jatuh..sbb orang takut nak melabur kat malaysia.. pelancong pon tak datang..takut punya pasal.. sbb apa? Sbb malaysia dah tak aman macam dulu lagi ..korang pikir laa baik2.. adakalanya memaafkan adalah lebih baik daripada dimaafkan.. nampak gentle.. korang pikir la baik2.. sekian..

Share this on WhatsApp

Drama biodata uncle dey challenge, dey challenge, dey challenge tular di media sosial, koleksi video dey challenge, parody dey challenge, siapa yang buat dey challenge

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.