Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / Mahkamah tolak permohonan tangguh ambil tapak kuil- Kes Kuil Maha Mariamman USJ Subang Jaya.

Mahkamah tolak permohonan tangguh ambil tapak kuil- Kes Kuil Maha Mariamman USJ Subang Jaya.

Zik · Nov 29, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

rusuhan kuil,

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut Hindu kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya untuk menangguhkan pelaksanaan interim penghakiman persetujuan dan writ milikan oleh One City Development Sdn Bhd (One City), bagi mendapatkan semula tapak kuil itu.

Hakim M Gunalan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar permohonan plaintif, S Thangaraju, 37; M Mohanakrishnan, 59; dan S Nagarajah, 52.

Selain One City, ketiga-tiga mereka turut menamakan K Chellappa, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Selangor, kerajaan Selangor dan M Nagaaraju sebagai defendan.

Peguam Claudia Cheah yang mewakili One City ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata, mahkamah membuat keputusan itu atas alasan, antaranya, permohonan plaintif tiada locus standi dan One City adalah pemilik sah tapak kuil berkenaan.

Ketiga-tiga plaintif memfailkan permohonan pada 12 Nov lepas bagi mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan interim penghakiman persetujuan bertarikh 11 Mac 2014 dan writ pemilikan untuk mendapatkan semula hartanah kuil berkenaan pada 22 Nov 2018.

Permohonan itu dibuat berikutan plaintif memfailkan saman terhadap kesemua defendan pada 10 Nov lepas bagi menuntut, antaranya, perintah injunksi bahawa defendan atau orang lain dilarang daripada masuk, dan berada atau menggunakan kekerasan untuk mendapatkan semula hartanah kuil itu.

Selain itu, saman itu difailkan bagi memohon perintah bahawa penghakiman persetujuan tersebut adalah batal dan tidak sah, salah di sisi undang-undang serta tidak berkuasa, selain kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Isu pemindahan kuil itu mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak 1km dari kuil tersebut.

Sehingga hari ini polis menahan 30 individu bagi membantu siasatan.

– Bernama

Komen nitizen

So disini kita ke simpulkan, ikut sahalah perintah mahkamah sudah pun memberi kata putus. Dsini bukan kita nak cakap pasal soal kaum atau agama, Masalahnya Pihak Kuil dah terima duit orang 1.5 Juta, dan syarat syarat sudah di persetujui, Agama Hindu melarang umatnya menipu

Selvam Vengadasalam
Betul u cakap tanah dibagi dan 1.5juta dibagi lepas itu tak setuju pulak. Pemaju kasi wang sebagai sedekah. Kalau dia tak nak bayar pun siapa pun tak soal. Tak guna salahkan pemaju patut berterimakasih pd dia. Ketua kuil patut disiasat dan pecat sbb tak tahu mengtakbir kuil.
Setuju. Terbaru di beritakan wakil kuil dah terima 1.5juta dan 2plot tanah dari pemaju..satu plot tanah dah di jual balik kpd pemaju dgn harga 1juta dan kuil baru dah siap di bina di satu lagi plot tanah.. maknanya pihak kuil dah ada 2.5juta cash dan kuil yg dah siap di bena pada tahun lepas 2017???.. Kenapa tak beri pemaju robohkan kuil yg lama???. 
Mengapa menteri perpaduan boleh melayan tuntutan dengan membelakangi perintah mahkamah.Perinsip the rules of laws mesti dipertahankan
Sebenarnya pehak One city adalah pemilik sah hartanah berkenaan. 
Tj Tp
Kalau mahkamah suruh pindah, jawatan kuasa kuil tidak mahu memindahkan, suruh lah patung patung itu pindah kosongkan sendiri, tiada tuduh menuduh siapa salah atau betul,kerana rela hati berpindah sendiri demi kepentingan , pemaju .jawatan kuasa kuil, India perusuh dan melayu samseng.Kerana masalah kuil ini , isu kaum betapi apikesannya, penjawat awam cedera parah, polis bertambah kerja, harta swam musnah, harta kuil dan harta syarikat turut juga musnah. Malaysia pun boleh kearah musnah sebab kuil 150 tahun lebih ini. 
Cuma dua cara sahaja utk kes ini iaitu yg pertama jikalau boleh pemaju OneCity merancang balik pelan induk mereka dan cuba elakan pembangunan di tapak Kuil. Pilihan yg kedua pihak kuil kena terima hakikat bahawa tanah atau tapak sekarang ini sudah jadi hak miliki pemaju OneCity jadi kena pindah lah. 
Malaysia tidak perlukan extremis agama. Cukuplah peristiwa Masjid Babri di Ayodha, di Utar Pradesh yang di robohkan oleh extremis hindu setelah di hasut oleh pemimpin Parti Bhartiy Janata (BJP), cukuplah Mahatma Gandhi, Indra Gandhi dan Ravij Gandhi di bunuh oleh pelampau hindu. Di Malaysia belum ada lagi pemimpin negara di bunuh oleh extremis agama dan belum ada lagi mana-mana rumah ibadah di robohkan oleh exremis agama. Malaysia perlukan akta pencegahan seperti ISA agar keharmonian negara dapat di kekalkan.
Share this on WhatsApp

Isu semasa isu kuil, keputusan mahkamah kuil sri maha mariamman, kuil sri maha mariamman, mahkamah sudah arahkan kuil sei maha mariamman di pindahkan

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.