
Video kekecohan diKuil USJ pada 25 november 2018
Part1
Part2 :
Berlaku kekecohan di kuil awal pagi tadi.
Kumpulan yang didakwa menceroboh kuil Sri Sakthi Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya hari ini dilapor menjadikan beberapa anggota jawatankuasa kuil itu sebagai “tebusan”.
Menurut seorang ahli jawatankuasa Badan Bertindak Kuil Seafield, Elangovan Annamalai kira-kira 200 orang penceroboh terlibat dalam kejadian awal pagi hari ini. Pihak polis bagaimanapun menganggarkan jumlah itu sekitar 50 orang.
“Kekecohan bermula lebih kurang pukul 2.10 pagi. Kumpulan penceroboh lebih kurang 200 orang memasuki ke perkarangan kuil dan mencederakan penganut kuil yang bermalam di kuil.
“Mereka turut menjerit ini tanah ‘One City’ dan mengarahkan kami keluar dari kuil.
“Penceroboh juga mengambil lima anggota kuil sebagai tebusan termasuk Pengerusi Badan Bertindak Kuil, Ramaji dengan meletakkan parang di lehernya,” katanya kepadaMalaysiakini.
Elangovan mendakwa bahawa pihak polis hanya tiba pada jam 4.30 pagi dan tidak bertindak sehingga kumpulan penganut lain cuba mengusir penceroboh berkenaan.
“Kumpulan ini juga membaling batu dan senjata ke arah penganut India yang berada di luar kuil selepas pintunya dikunci. Namun, masih tiada tindakan dari pihak polis.
“Pada pukul 4.30 pagi, penganut yang yang berada di luar kuil memecah pagar dan masuk ke perkarangan kuil untuk mengusir kumpulan penceroboh ini. Masa itulah polis bertindak.
“Kami sangat kesal dan ini jelas satu tindakan berat sebelah,” kata Elangovan yang menerima sepuluh 10 jahitan selepas mendakwa dicederakan dengan parang.
“Saya ada bukti rakaman video untuk (membuktikan) kenyataan saya,” katanya.
Elangovan turut menafikan kenyataan pihak polis IPD Subang yang mendakwa bahawa kekecohan itu tercetus antara dua kumpulan India.
“Ia tidak betul. Saya ada lebih 30 kad pengenalan tercicir milik penceroboh,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak jawatankuasa kuil akan membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari yang didakwa cuba mengelirukan orang ramai.
Dari Bharian. com.my
SUBANG JAYA: Seorang lelaki warga asing dipercayai buruh binaan dibelasah orang ramai selepas didakwa memulakan kebakaran di sebuah rumah kongsi di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.
Lelaki berkenaan dilihat keluar dari bahagian belakang rumah kongsi itu cuba diselamatkan pihak berkuasa, namun dibelasah orang ramai kerana dikatakan memulakan kebakaran rumah kongsi terbabit.
Suasana di sekitar kuil itu yang pada awalnya tenang, bertukar kecoh akibat tindakan berkenaan. Kenderaan polis turut dihalang orang ramai yang menyerbu serta menghalang lelaki terbabit keluar dari perkarangan kuil berkenaan.
Keadaan kembali terkawal selepas kenderaan polis berjaya membawa lelaki berkenaan keluar dan dilihat sepasukan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di lokasi.
Selepas kejadian itu, pihak bomba dilihat memasuki kawasan kuil bagi memadamkan kebakaran rumah kongsi terbabit.
Terdahulu, rusuhan tercetus di kawasan kuil berkenaan selepas perselisihan faham di antara dua kumpulan kira-kira jam 2 pagi tadi.
18 kenderaan terb akar termasuk 16 buah kereta dan 2 motor.
Dalam kejadian itu, 18 kenderaan termasuk dua motosikal di kawasan sekitar kuil berkenaan turut dibakar.’
SUBANG JAYA: Sebanyak 18 kenderaan dibakar dalam kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil berkenaan sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.
Difahamkan, perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil terbabit menjadi punca pergaduhan dalam kejadian awal pagi tadi itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata sebaik menerima laporan kejadian itu, pihaknya tiba ke lokasi bagi memastikan keadaan terkawal tanpa berlaku sebarang rusuhan.
“Polis akan melaksanakan tugasan mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam ketika proses pemindahan kuil berusia lebih 140 tahun itu. Keadaan di lokasi dilaporkan baik dan terkawal.
“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.38 pagi tadi.
“Seramai enam pegawai dan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikerahkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, kami mendapati dua kenderaan di tepi jalan lokasi berkenaan sedang terbakar.
“Ketika itu, anggota tidak dapat memadamkan api kerana diganggu oleh perusuh dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak polis yang berada di lokasi,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Katanya, kebakaran itu membabitkan 18 kenderaan di lokasi kejadian iaitu dua kenderaan di tepi jalan, 16 kenderaan di tapak pembinaan dan dua motosikal.
“Kejadian ini tidak membabitkan mangsa,” katanya.

Leave a Reply