Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Ahli bomba , Muhammad Adib Meninggal dunia (kes kuil sri maha mariamman)

Ahli bomba , Muhammad Adib Meninggal dunia (kes kuil sri maha mariamman)

Zik · Dec 17, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ahli bomba meninggal dunia, ahli bomba meninggal dunia kes kuil sri mariamman, muhammad adib meninggal dunia,

Setelah  hampir sebulan lebih, Adib bertarung nyawa, Allah lebih sayangkan beliau. Allahuakbar.

KUALA LUMPUR: Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam ini.

Perkara itu turut disahkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan malam ini.

“Dukacita dimaklumkan Pegawai Bomba Muhammad Adib Kassim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada jam 9.41 malam.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” kata kenyataan media berkenaan.

Anggota bomba berumur 24 tahun itu merupakan salah seorang yang dikejarkan ke lokasi rusuhan pada Nov lalu.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi berhampiran, perusuh menyerang lori bomba dan van perubatan yang menyebabkan Muhammad Adib dan rakannya yang lain terpaksa berundur.

Muhammad Adib dilaporkan diheret keluar dari kenderaan yang dinaikinya sebelum dipukul dan menyebabkan beberapa tulang rangkanya patah selain mengalami kecederaan dalaman.

Dia kemudian dihantar ke hospital perubatan di Subang Jaya oleh orang awam. Pada 28 Nov, Muhammad Adib dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun, awal pagi kelmarin, kesihatan Muhammad Adib dilaporkan merosot.

Lebih menyayat hati, perkahwinannya direncanakan hujung bulan ini.

Jenazah akan diuruskan malam ini di IJN dan terus dibawa menggunakan ambulans ke kampung halaman Allahyarham di Kedah untuk dikebumikan.

“Selepas itu, jenazah arwah akan dibawa menaiki helikopter untuk dihantar pulang ke kampung halaman di Kedah.

“Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor,” katanya pada sidang media di IJN, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, keluarga anggota bomba itu berada di sisi Adib ketika arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

“Keluarga Adib dimaklumkan mengenai keadaan semasa Adib sejak pagi tadi.

“Keluarga arwah termasuk ibu bapa dan adiknya berada di sisi Adib dari pagi tadi hingga malam ini,” katanya.

Semalam, IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.

Pada 26 Nov lalu, pemaju yang juga merupakan pemilik tapak tanah Kuil Sri Maha Mariamman cuba mengambil alih kawasan kuil susulan kelulusan dari mahkamah.

Pemaju bagaimanapun didakwa mengupah samseng untuk tujuan berkenaan yang menimbulkan kemarahan penganut Hindu dan seterusnya menyebabkan pergaduhan.

Pemaju sebelum ini menafikan mengupah samseng seperti yang didedahkan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Rusuhan berlanjutan pada keesokan harinya. Muhammad Adib diserang pada hari berkenaan.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

AlFatihah. 

Semoga rohnya di tempatkan bersama2 orang2 beriman dan diampunkan segala dosanya..amin…

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman ahli bomba kritkal sebulan meninggal dunia sebulan, ahli bomba meninggal dunia, ahli bomba muhammad adib meninggal dunia, muhammad adib meninggal dunia kes kuil sri maha mariamman

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.