Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Kakitangan Honda perlekeh kematian Adib dibuang kerja

Kakitangan Honda perlekeh kematian Adib dibuang kerja

Zik · Dec 20, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

honda gantung tugas caryn ya

Pekerja wanita pusat edaran Honda Malaysia yang digantung baru-baru ini ekoran kenyataan tidak sensitif mengenai kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, telah dipecat.

“Kami ingin memberi makluman bahawa selepas siasatan dalaman dijalankan dan pekerja itu didapati melanggar dasar syarikat dengan salah lakunya, khidmat pekerja itu dengan Sri Utama Auto Sdn Bhd sudah ditamatkan serta-merta,” kata pengarah pusat edaran itu Wong Chee Keong.

“Kami sekali lagi ingin memohon maaf atas kesan yang berpunca daripada komennya. Kami akan lebih memberi perhatian dalam melatih dan mendidik pekerja kami dengan nilai moral dan sikap hormat kepada semua pihak pada setiap masa,” katanya lagi.

Pada 18 Disember lalu, komen pekerja wanita itu di media sosial menjadi tular, menyebabkan syarikat itu menggantung tugasnya dan melancarkan siasatan dalaman.

Pemuda Umno Setiawangsa membuat laporan polis terhadapnya dan beberapa individu lain berikutan komen mereka di media sosial.

Adib, 24, merupakan salah seorang anggota penyelamat yang ditugaskan selepas sejumlah kenderaan dibakar ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, 26 November lalu.

Polis mendakwa Adib diheret keluar daripada kenderaannya dan dibelasah, menyebabkan beberapa tulang rusuknya patah dan mengalami kecederaan dalaman.

Selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara, Adib akhirnya meninggal dunia pada 17 Disember. Polis mengklasifikasikan semula kes itu sebagai kes bunuh.

Share this on WhatsApp

Pengumuman caryn dibuang kerja dari honda, Kakitangan Honda perlekeh kematian Adib dibuang kerja

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.