• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / 28 maut dalam kemalangan ngeri di Simpang Pulai 20 disember 2010!

28 maut dalam kemalangan ngeri di Simpang Pulai 20 disember 2010!

Zik · Dec 16, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Youtube video kemalangan di simpang pulai 20 disember 2010!!

KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 27 orang. Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga lagi rakyat tempatan. – Foto Berita Harian

Satu berita tragis lagi setelah bulan-bulan yang lepas mengenai kemalangan yang mengorbankan ramai orang. Kali ini bertambah lagi. Aiyo apa nak jadi nie? Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, hari ini yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.

Dalam nahas pada 11.10 pagi tadi, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Kemalangan terburuk melibatkan sebuah pas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping.

Saksi: – mayat bergelimpangan.

IPOH: Seorang pelajar berkata dia melihat mayat bergelimpang di atas jalan raya sejurus selepas bas pesiaran yang membawa pelancong Thailand terbabas di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai menyebabkan 28 terbunuh setakat ini.

“Saya juga nampak ada kanak-kanak terbaring di longkang dipercayai tercampak dari bas,” kata Mohamad Shafwan Mohd Nan, 17, yang mengikuti rombongan sekolahnya dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands.

Mohamad Shafwan berkata ketika sampai di tempat kejadian, beliau nampak beberapa mangsa yang cedera dan berlumuran darah keluar dari bas yang terbalik itu. Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang pemandu bas yang dikenali sebagai Omar Shahidan dari Kangar, Perlis, terbunuh apabila bas pesiaran itu terbalik ke dalam longkang ketika turun dari pusat peranginan itu pada jam 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.Mereka yang cedera dibawa dengan ambulans ke hospital manakala mayat dibawa dengan lori polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

Setakat ini, polis telah mengesahkan mangsa yang mati adalah 12 lelaki dan 15 wanita manakala identiti seorang lagi belum dikenal pasti. Wartawan dan jurugambar yang bekejar ke tempat kejadian terpaksa berjalan tiga kilometer ke tempat kejadian kerana laluan itu telah ditutup kepada semua lalu lintas bagi memudahkan kerja menyelamat.

Usaha untuk mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku semasa kejadian agak sukar kerana semua penumpang lain dan dua lagi rakyat Malaysia iaitu pembantu pemandu dan pemandu pelancong mengalami cedera parah.

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, yang mempunyai banyak cerun, dibuka kepada lalu lintas pada 2003 dan menjadi laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah. Ia juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi Gua Musang melalui Lojing di Kelantan.

Sehubungan dengan itu, buat masa ini pihak polis setakat ini mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 28 orang semuannya yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, 11.40 pagi tadi.

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia.
2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)
3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)
4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan) 12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)
18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
19. Rung Da (perempuan)
20. Darunee Songserm (perempuan)
21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)

Sumber :- bernama.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Isu semasa 28 maut kemalangan di simpang pulai, 28 orang nama mati di simpang pulai, apa yang terjadi sebenarnya di simpang pulai, blog kemalangan di simpang pulai, gambar kemalangan ngeri di simpang pulai, kemalangan ngeri di simpang pulai, kemalangan ngeri di simpang pulai 2010, kemalangan of the year 2010, kemalangan paling tragis 2010, kenapa berlaku di simpang pulai, punca kejadian kemalangan di simpang pulai 2010, punca kemalangan di simpang pulai, senarai nama yang mati dalam kemalangan di simpang pulai, utube videp kemalangan ngeri di simpang pulai, Youtube video kemalangan di simpang pulai 20 disember 2010

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

Gambar kemalangan ngeri, 28 maut di Simpang pulai 20 disember 2010!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGDibawah ini ada disertakan gambar kemalangan y…

%d bloggers like this: