• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Bas persiaran terbalik, 7 maut di Lebuhraya Karak- Genting Highlands

Bas persiaran terbalik, 7 maut di Lebuhraya Karak- Genting Highlands

Zik · Oct 30, 2010 · 59 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

gambar kemalangan lebuh raya karak genting, bas ekspress di lebuh raya karak, nahas jalan raya di karak-genting, 7 terbunuh nahas karak, bas tergolek di lebuh raya karak, nahas di genting highlands

Sadis!! pada malam tadi hujan yang agak lebat di kota kuala Lumpur, menambahkan lagi faktor kemalangan di Lebuhraya Karak, Genting Highlands.

Tidak cukup dengan insiden yang berlaku di Seremban pedas tempoh lalu, kejadian yang tidak diigini kembali menghantui kepada yang menggunakan bas awam. Aku juga pengguna bas awam apabila ingin pulang ke kampung.

Dilaporkan 7 terbunuh (seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital) apabila sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik berhampiran susur naik ke Genting Highlands dekat sini malam semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas yang membawa 44 orang termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.

(Video) Kemalangan Bas Di Genting Sempah – 7 Terbunuh 29/10/10 (RTM tv1)

Kegembiraan  belia bercuti bertukar menjadi tragedi!!

7 mangsa yang terbunuh.

  1. Muhammad Yussof Akhit, 16
  2. Muhammad Khairi Muhammad Marzuki, 14
  3. Muhammad Firdaus Rosedi, 16
  4. Mohd Ridzuan Husin, 17
  5. Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17
  6. Muhamad Amirul Mohamad Isa, 13
  7. Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28 meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang

Sedekahkan Al-Fatihah kepada Mangsa nahas.

Punca kematian:-

Semua mangsa meninggal akibat tersepit dan tercampak daripada kenderaan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Husin Omar, berkata ketika kejadian kira-kira jam 7 malam itu, bas berkenaan menuruni bukit di susur Genting dan dikatakan mengalami kerosakan brek sebelum terbabas dan terbalik.

“Akibat kejadian itu, empat penumpang tercampak keluar dan dua tersepit.

“Seramai 21 penumpang lagi cedera, kebanyakannya tersepit dibawa ke hospital dan seorang daripadanya meninggal dalam perjalanan. Penumpang lain termasuk dua pemandu dilaporkan selamat,” katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Selayang, Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bas yang disewa Gerakan Belia 4B dikatakan sampai di pusat peranginan itu kira-kira jam 8 pagi tadi (semalam) sebelum bertolak pulang ke Kedah jam 5.30 petang.

Punca kejadian:

Ketua Polis Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat kerosakan brek sebaik bas menuruni susur keluar ke lebuh raya.

Menurut penumpang, sebaik tiba berhampiran terowong itu, bas berkenaan tiba-tiba gagal dikawal lalu melanggar penghadang tengah jalan sebelum terbaring merintangi jalan.

Pemandu kedua, Abdul Ghani Ahmad, 56, yang mengalami kecederaan ringan berkata, ketika kejadian, beliau sedang tidur dan berasa bas dalam keadaan bergoyang sebelum terbalik.

“Kebanyakan penumpang ketika itu sedang tidur kerana masing-masing letih… saya hanya mampu melihat keadaan panik dan masing-masing menjerit.
“Malah, dua penumpang tersepit, manakala empat lagi tercampak keluar daripada bas itu,” katanya.

Mangsa, Mohd Zainol Hafizan, 15, ketika ditemui di HKL berkata, sepanjang perjalanan, beliau tertidur akibat kepenatan sebelum terjaga apabila menyedari bas bergoyang.

“Dalam sekelip mata, bas sudah terbalik. Semua penumpang hanya mampu menjerit kerana terlalu terkejut sebelum keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Rakannya, Ahmad Amirul Shahrul, 13, berkata, beliau hanya sedar selepas terdengar bunyi bising dan ketika itu bas sudah terbalik.

“Saya tidak mengalami kecederaan teruk teruk selepas keluar dari tingkap. Rakan-rakan lain juga mengambil langkah sama kecuali mereka yang tersepit,” katanya.

Laporan lanjut di Bernama, Bharian, Utusan

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman (Video) Kemalangan Bas Di Genting Sempah – 7 Terbunuh 29/10/10, 7 terkorban nahas di lebuh raya karak, gambar kemalangan di lebuh raya karak 2010, kemalaangan di lebuh raya karak, kemalangan ngeri di lebuhraya karak, nahas jalanraya di lebuhraya karak genting, punca kemalangan di lebuh raya karak, utube kemalangan di genting sempah, video kemalangan di lebuh raya karak genting

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. mancai says

    October 30, 2010 at 8:14 am

    Al-Fatihah

    Reply
    • akubiomed says

      October 30, 2010 at 11:10 am

      Ya Allah yang meninggal semua muda-muda. Pemuda harapan bangsa

      Reply
      • dnoBiz says

        October 30, 2010 at 1:30 pm

        tua gugur, muda pun gugur cuma seboleh bolehnya tak macu dengan cara yang sebegin

        Reply
      • Hadi Rofiee says

        October 30, 2010 at 2:38 pm

        Peringatan untuk semua. :pouty:

        Reply
    • Hadi Rofiee says

      October 30, 2010 at 2:36 pm

      Al-Fatihah.

      Reply
  2. syahrilhafiz says

    October 30, 2010 at 8:15 am

    ~al-fatihah buat mangsa..

    p/s lepas ni tak de bas dah kot..
    ganti keta lembu pulak..lebih selamat..heee

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 10:47 am

      bulan depan baru sampai…huhu…

      Reply
  3. ehyprobulksms says

    October 30, 2010 at 8:46 am

    Kemalangan bas digembar gemburkan kerana ianya pengangkutan awam, padahal ianya satu trends “musim kemalangan bas” macam musim durian gak.

    p/s- Al-Fatihah buat mangsa.

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 10:48 am

      erm betul tuh….

      Reply
  4. izulman says

    October 30, 2010 at 10:54 am

    tk snggup nk dgr crite2 mcm ni, sedih rasenye. alfatihah utk mangsa, teringat masa kecik accident sbg penumpang bas, bas driver bawak sgt laju, trauma naik bas.

    tolongla walau ape pun kite naik, jgnlah speeding ingatla org lain n keluarga tersyg,

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 10:48 am

      erm bro ada pengalaman… memang trauma…

      Reply
  5. dnoBiz says

    October 30, 2010 at 1:28 pm

    Macam Bermusim je kejadian macam ni..
    harap pihak berwajib dapat cari penyelesaiyan segera untuk mengatasi masaalah ni

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 10:49 am

      dah la ..pemandu takda lesen… huhu

      Reply
  6. Hadi Rofiee says

    October 30, 2010 at 2:35 pm

    Lepas2 subuh, dengar TV3, memang terkejut. Ya Allah, kemalangan bas lagi. Lebih memilukan, muda2 lagi mereka yang mati.

    Peringatan untuk kita semua. :ermm:

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 10:49 am

      ya betul tuh.. tak sangka…

      Reply
  7. Ismail N says

    October 30, 2010 at 3:05 pm

    Takziah dan simpati kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah.

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 10:56 am

      Mangsa semua muda2… lagi…

      Reply
  8. sarah says

    October 30, 2010 at 3:25 pm

    al-fatihah..
    smua yg t’libat sgt2 dkenali..
    slah sorg bru ja jmpk mgu lpas…ssah sgt nk pcaya bla tba2 dpt brita ni…
    sgt sedih bla khilangan adk2 yg sgt baik…
    b’kurang pmuda2 harapan baling…
    hope kwn2 yg tlh khilangan adk n org kg tbah mnghadapi dgaan ini…
    smoga mereka smua d tmptkn d klangan org2 yg b’iman…

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 10:57 am

      owh yeker.. saya bersimpati dengan keadaan yang berlaku… semoga Allah merahmati roh2 mereka semua.. amin

      Reply
  9. zulkbo says

    October 30, 2010 at 3:44 pm

    salam..
    memang sedih..
    khabarnya telah di kebumikan
    satu liang lahat..semoga di cucuri
    rahmat ke atas roh mereka..

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 10:57 am

      insyallah… semoga Allah merahmatinya…

      Reply
  10. abgreds says

    October 30, 2010 at 4:03 pm

    salam zik…
    takziah pada keluarga yg terlibat. peristiwa peringatan untuk kita semua menuju alam barzakh..

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 10:58 am

      ya betul tuh…

      Reply
  11. NK says

    October 30, 2010 at 4:04 pm

    kalau tak silap, ade bace report yang kate pemandu bas ni takde lesen memandu!

    dahsyat betul,

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 10:58 am

      memang takda lesen ….

      Reply
  12. akuBlog says

    October 30, 2010 at 4:26 pm

    Pemandu bas sekarang ni bawak bas macam s***n.. Aku ada rekod video aritu tp unable to capture the plate no. Ciss..

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 11:01 am

      rata-ratanya… memang macam tuh… lepas tangan…

      Reply
  13. kami says

    October 30, 2010 at 4:28 pm

    dah datang musim bas accident balik..
    ni yang buat seram naik bas…

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 11:02 am

      takut juga nih… sebab pengguna bas express juga nih…

      Reply
  14. padin says

    October 30, 2010 at 4:31 pm

    salam zikri
    memang menyayat hati.. kadang2 menakutkan,
    sebab aku pun balik kampung, memang bas ekspress menjadi kenderaan utama

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 11:25 am

      samalah kita….

      Reply
  15. reezluv says

    October 30, 2010 at 5:12 pm

    semakin fobia nak naik bas

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 11:47 am

      menghantui pengguna jalanraya…

      Reply
  16. Zezebel says

    October 30, 2010 at 5:19 pm

    Al-Fatihah buat semua mangsa.

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 11:51 am

      takziah diucapkan kepada keluarga mangsa…

      Reply
  17. fitri says

    October 30, 2010 at 5:55 pm

    semakin takut nak nek bas…

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 11:52 am

      naik apa agaknya lepas nie… kenderaan yang selamat..

      Reply
  18. donny says

    October 30, 2010 at 6:17 pm

    wah..lengkap sekali info ni bro…

    Reply
  19. Fitrihadi.com says

    October 30, 2010 at 6:28 pm

    makin menjadi-jadi kes bus terbalik ni..adoiii

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 12:42 pm

      harap pihak tertentu takes note…

      Reply
  20. anuarkarimz says

    October 30, 2010 at 7:15 pm

    kemalangan memang tak berbau tapi sikap pemandu yg bila pegang stering akan berputar 360 darjah. masalah berpunca dari manusia itu sendiri. al-fatihah pada mangsa yg terlibat, memang sedih budak sekolah lagi tu…

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 12:45 pm

      kecewa… dah la takda lesen…

      Reply
  21. ishak says

    October 30, 2010 at 7:38 pm

    al fatihah…terjadi lagi kejadian sebegini,maka baru sahaja berlalu kemalangan ngeri yang lepas

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 1:06 pm

      semalam ada lagi kejadian ngeri di titwangsa..kalau tak silap…tapi bukan bas la…

      Reply
  22. ARieF says

    October 30, 2010 at 10:08 pm

    mungkin dah ajal mereka.
    muda lagi diorang.
    al-fatihah

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 1:09 pm

      hurm betul tuh.. Allah lebih mengetahui segalanya…

      Reply
  23. tehr says

    October 31, 2010 at 1:22 am

    pengangkutan awam yang paling banyak dan mudah terlibat dalam kemalangan ialah bas
    nampaknya selepas ini pengusaha bas perlu mengambil langkah keselamatan yang lebih ketat lagi

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 1:12 pm

      dan pastikan kotak hitam.. lesen pun kena ada…

      Reply
  24. Rahsia Buah Pinggang Sihat says

    October 31, 2010 at 7:21 am

    Assalamualaikum zikri,

    Dah selalu sangat dah kita dengar dan baca tentang kemalangan-kemalangan ngeri melibatkan bas-bas ini.Sekarang ni saya jadi takut dah untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

    Kadang-kadang saya sendiri melihat ketika dilebuhraya ada sesetengah pemandu bas ni memandu dalam keadaan yang sangat bahaya tanpa memikirkan keadaan penumpang.

    Saya merasakan perkara ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak yang berkenaan.Sekurang-kurangnya pengguna akan kembali percaya dan berasa selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas ekspres di masa akan datang.

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 1:24 pm

      itu yang menakutkan sebenarnya… perkara2 seperti ini harus dititikberatkan…

      Reply
    • sheryna says

      April 28, 2011 at 3:06 pm

      Itu la pasal..saya pun ada pengalaman yg sama. Pemandu bas ni drive laju sangat sehingga mambahayakan pengguna jalan raya yang lain. Dan yg lebih menyakitkan hati, pemandu tu dh berumur..siap memaki hamun lagi kat penumpang yang lambat turun dari bas. Tidak patut..sbb tu saya fobia naik bas express.

      Reply
  25. wazy says

    October 31, 2010 at 1:12 pm

    Al-Fatihah buat semua mangsa

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 1:30 pm

      innailliah ..kepada keluarga mangsa.. harap bersabar.. dengan dugaan… yang menimpa…

      Reply
  26. suri says

    November 1, 2010 at 10:36 am

    Al-Fatihah pada keluarga mangsa…

    Reply
  27. suri says

    November 1, 2010 at 10:37 am

    sedih hati mendegar berita ini..

    zik nanti singgah di blog ini ya http://loveisshearing.blogspot.com

    Reply
    • Zik says

      November 1, 2010 at 1:33 pm

      ok..akan disinggah ke sana.. sudah maklumkan kepada rakan2 blog yang lain di entri terkini zik….

      Reply
  28. mijie says

    November 1, 2010 at 4:00 pm

    sekali lagi peristiwa di bulan oktober

    Reply
  29. aizuddin says

    November 2, 2010 at 7:39 am

    macam menakutkan pulak naik bas zaman sekarang ni..tapi kalau dah takdir benda tu nak berlaku..

    Reply
    • aidah says

      July 10, 2011 at 7:53 pm

      tol tol semua allah yg tentukn

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

SENARAI MAJIKAN YANG LULUS BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Berita baik buat majikan dan pekerja. Bagi ya…

Pengumuman

Dividen kwsp 5.2 konvensional, 4.9 peratus shariah 2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG TERKINI | KWSP umum dividen 5.20 peratus deng…

Pengumuman

Kemaskini borang Brim/Br1m online dan offline 2017

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Pengemaskinian maklumat peribadi penerima Ban…

%d bloggers like this: