

Salam ada berita yang kurang enak untuk diberitahu. Sebenarnya aku baru pulang dari Johor menghala ke Kuala Lumpur. Jadinya sampai di simpang pedas, apa yang aku perasan jalan tol menghala ke johor bahru ditutup, oleh orang plus. Mula-mula aku ingat kenapa ya.
Aku dari muar johor, kemudian ke melaka Masjid Tanah berhenti sekejap di rumah sedara. Kemudian lepas isyak menuju ke destinasi ke kl lalu jalan dalam ke kl. Sampailah di tol pedas, tuh memang jammed teruk gila menghala ke selatan.
Cerita yang sebenarnya.
Lokasi seremban. Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang semalam.
Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.
Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan ini, tetapi pemandunya dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti. Nanti akan diupdatekan seberapa cepat yang mungkin.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.
Kemalangan itu sememangnya telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. Rakyat malaysia yang prihatin. Apapun, aku ingin ucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Sumber gambar dari utusan.com.my
Video rakaman, yang sempat diambil oleh saudara eiman23x di youtube.com
Sumber bharian.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
huhu baru gak kat utusan online tadi.. seramlaa naik bas express.. dari dulu sampai skang.. tak penah sunyi dari kemalangan.. nauzubillah…
nie yang aku makin takut nak naik bass….. wahh
Merbahaya betul. Innalillahhiwainnalillahirojiun.. Semoga roh ditempatkan dengan org yg beriman. Ngantuk berhenti rehat, even bawa bus.
ya betul mengantuk kena rest…
takziah dan al-fatihah kepada keluarga mangsa…teringat pulak kes dulu bas ekspress sani..tapi kali ni..Ya Allah lagi ngeri..berlaku waktu siang plak tu..tgk brita td punca masih blum tau
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa…
bas tu dah tentu over laju tu… sudahnya penumpang juga menjadi mangsa.. takziah..
yang menjadi mangsanya selalu penumpang…
Al Fatihah buat arwah..
memang sungguh tragis kemalangan ini..
sungguh2 tragis…
ketentuan dan takdir begini mmg la hakikat , tapi boleh dielakkan sekiranya pemandu dan pengguna lain berkompromi.Amat sedih melihat keadaan sebegini menimpa keluarga mangsa .A-fatihah kepada yg terlibat Amin.
ya betul tuh…. Alfatihah…
haish.. skang ni pemandu bas suka drive laju2.. aku bwk 100km/h pun sng2 dia pecut.. tp tak tau la kot ade sebab lain bas tu gagal dikawal..
aku pun tak pasti puncanya….
Bahayanya….
Ni bas ni mesti laju gila kan? Kalau tak, takkan sampai jadi macam ni pulak.
ya betul tuh….
innalillah wainnailahirajiun..sedihnya….kenapa jd sedemikian…
isk3…tak habis2 kes pasal exsiden bas…
baik naik kereta je…
huhuhu..
naik apa2 pun belum tentu selamat… innalillah…
aku pun kena juga jem zik, kul 8.30 di rnr ayer keroh, pastu jem sampai ke tol alor gajah kul 10…highway ditutup dan terpaksa lalu jalan biasa ke tampin, rembau seremban…kul 12.30 baru sampai kl, huhu
owh yeker… memang jammed gila..
jom ramai2 buat kempen boikot Bas Ekspress selama 6 bulan. Kita tgk mcm mana pengusaha-pengusaha ni nak hidup…
Mungkin lps tu baru mereka lebih ambil berat ttg keselamatan penumpang bas mereka…
ya harapannya macam tuhla….
salam..
sedih kan?…takziah buat
keluarga mangsa…
takziah juga diucapkan….
Ya Allah, hindarkan kami daripada semua ini. Aamiin. :pouty:
pada keluarga yg mengalami nasib bgni sabar,,kuatkan smgat…
Innalillah… kalau dah smpai ajal, duduk kat rumah sekali pun nyawa boleh hilang.
setuju….bahaya ada dimana-mana…
tragis sungguh.. bas ape yang warne merah tue ek…
xde pulak yang nk share nama syarikat bas tue…
kalau tak silap aku…bas delima rasenye…
bas Delima…
bas tu yg masuk jln sebelah tu…
salam,
Owh ngeri juga kemalangan ni,rasanya dulu ada kes bas ekspress eksiden dan diaorang nak pantau keselamatan bas serta pemandu bas…takziah keatas keluarga mangsa.
erm memang dari dulu kes nie memang pernah ada..huhu
Tragis sungguh… sedihnyer.
innalillah…. 🙁 🙁
salam semua…
berhati2 jln raya klu mgtok bhti d ruang rehat..
ya betul… tapi tak pasti apa punca kejadiannnya..
bas memang laju
bila perjalanan jauh, aku selalu je mengelak bila ada bas ekspress kat belakang, memang susah hati, tak selesa aku nak memandu bila bas tu ikut terlalu rapat
betul tu tehr…kalau ade bas follow kat belakang..aku kalau boleh…mmg elakkan…dekat jer follow…
alfatihah utk semua mangsa…moge mendapat rahmat Allah jua…ameen
risau bile tgk kejadian2 camni..nau’zubillahiminzalik…
Amin….
Dengar di Berita Radio tadi.. Bas yang kemalangan tu bukan sebuah bas yang problem.. sebab bas tu selalu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM.. Kepada ahli keluarga arwah yang meninggal.. Takziah diucapkan. Kepada pihak berkuasa, siasat lah betul-betul punca kejadian..
owh macam tuh… terima kasih diatas penerangan itu…
ade tengok gambar dan mangsa kejadian kat facebook. Memang tragis. Takziah buat keluarga mangsa dan sama-sama kita sedekahkan Al- Fatihah buat mereka yang terkorban! moga kejadian kemalangan ngeri begini tak berulang lagi
Harap2 semakin berkurang….
bas pandu laju ni…ngeri
ntah ler…
sah bawak laju giler…takziah utk keluarga mangsa…takut nak naik bas camni
itu la pasal
cubalah jika dah mengantuk berhenti dulu,tidur sekejap ke!……..takdelah melibatkan ramai orang menjadi mangsa kemalangan……..takziah
ya rehat bila dah penat…
pandu jimat jiwa selamat..takziah diucapkan pada keluarga mangsa
ya takziah juga diucapkan…
dah tak leh nak cakap apa-apa lagi dah, cuma takziah dan simpati kepada keluarga mangsa.., kepada bas? …..
??? teett
Sememangnya laju bas tu, hal ni haruslah dipantau lebih giat lagi. Semoga semua roh2 yg terbabit tu dirahmati Allah SWT..
semoga Allah merahmati kepad semua mangsa yang terbabit…
Video tu ngeri gila seh,..
Teruknya kemalangan ni, mayat2 disusun macam satay jer. :cwy:
isk2 kesian ..memang dah macam satay dibuatnya….
aku pun sedih dengar kemalang an tragis tu..apa-apa pun aku ucapkan takziah pada keluarga mangsa
sedih2x… kalaulah kena menimpa pada keluarga kita.. macam ne agaknya….
simpati juga dengan apa yang berlaku..
takziah kepada seluruh keluarga mangsa
ya turut bersimpati diatas kejadian ini… mungkin ada hikmahnya
Huh… nauzubillah… x tau nk ckap pe.. speechless ..
wallahuallallam.. 🙁 🙁
serius aku cakap,ni kes paling teruk kot..ada baca kat kosmo,ada girl ni terselamat,tapi masa nak keluar dari bas terpaksa pijak mayat2 yg bergelimpangan..tak dapat bayang situasi dia masa tu..kira sape yg terselamat tu memang trauma la..
isk2..kalau aku trauma dibuatnya… huhu
mangsa dalam bas delima menceritakn pada saya ketika saya merawatnya,bas yang dinaikinya itu memandu dengan sgt laju dan beliau tidak dapat tido kerana dapat merasakan akan terjadi suatu kemalangan yg dasyat kemudian tidak berapa lama kemudian kemalangan benar2 berlaku..beliau bersyukur kerana beliau selamat cume mngalami kecederaan yg teruk di tgn sahaja krn beliau duduk di sit tgh..sdey mndgr cerita dr beliau ape2 pun takziah kepada semua mangsa n keluarga mgsa..
owh , terima kasih diatas penerangan itu..
takziah kepada mangsa
sekarang ni memang banyak kemalangan yang melibatkan bas
pihak berkuasa patut ambil tindakan kepada pihak bas express agar kemalangan seperti ini tidak terjadi lagi.