Asal-usul permainan congkak

Permainan di waktu masih kecil. Ia mengingatkan zaman kanak-kanak. Tersimpan 1001 kenangan permainan ini. Bila terkenangkan, nak terketawa jugak. Walaupun bukan pemain yang tegar, sekurang-kurangnya tahu jugak rules dia sikit-sikit. Namun permainan ini sebenarnya lebih sesuai dimainkan oleh kaum perempuan.

Berasal dari mana ek?

Menurut sumber website melayu online permainan congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh (NATIONAL GEOGRAPHIC) menjumpai kepingan batu kapor yang mempunyaidua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke asia melalui pedagang-pedagang Arab.

Apabila ia mula merebak ke tanah melayu pada ketika itu, Melaka menjadi pusat  perdagangan yang sangat terkenal dan berpengaruh (lebih kurang ibu negara, teringat pulak subjek sejarah walaupun ngam2 soi jer result sejarah nih). Permainan ini mula berkembang ketika di zaman kesultanan melaka pada abad 15, dimainkan oleh puteri-puteri, dan juga dayang-dayang istana.

Bagaimana bentuknya??

congkak, gambar congkak, bentuk congkak,

Menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji congkak biji guli dan lain-lain. Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak ialah diperbuat daripada batang pokok perahu besar yang diukir seperti perahu dan dihujungnya diukirbentuk kepala haiwan seperti burung. Lubang-lubang congkak diperbuat dalam dua barisan antara satu sama lain dan lubang-lubang itu dinamakan kampung.

Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dinamakan rumah. Jumlah kampung yang didapatkan di congkak itu adalah lima-sembilan sebaris.

Akan datang, cara untuk main (undang-undang), strategi bermain congkak, jenis-jenis congkak dan part3. Tunggu!

Sumber malaysiana.pnm

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. says

    apelah sy tanye mcm mane congkak ni leh wajud.contohlah perkataan congkak itu di ambil oleh kematian seseorang apabila ianya cube bermain congkak

  2. says

    pernah dengar cerita orang asli kat malaysia kebanyakannya dari benua afrika yang dibawa oleh pedagang2 dulukala.. jadi tak mustahil permainan ini memang daripada sana….

  3. says

    salam zik,
    lama tak singgah sini. sinagarimba dah tukar kepada shafizums
    dulu-dulu ada jugak main congkak ni. tapi lama-lama bila budak perempuan kata, kurang jantan main congkak ni, ni budak perempuan main, terus tak main.
    tapi best jugak main cingkak ni. teringatlah kisah dulu-dulu

  4. says

    hehehe, teringat masa school dolu2… Suka sgt main congkak! Tp tak sangka pulak rupanya congkak bukan dari bangsa Melayu sbnrnye… Hurrmmmm

  5. says

    Kat rumah LC ada papan congkak. Dulu masa zaman sekolah rajinla main.. Dah besau ni keberatan pulak..hehehe Kalau LC main congkak dengan adik mesti kena tipu dengan LC, tu sebab selalu menang. wakakaka

  6. says

    kanak2 dulu slalu gak didedahkan ngan permainan congkak..
    tp kanak2 zaman cyber…leh dikira jari..brp kerat je yg tau permainan congkak..mereka lebih selesa dgn psp,sony wii…

    jgn main waktu mlm…x elok..ahaha..jangan pandang belakang kalo main congkak ye :p
    chii recently posted..Mari2 jadi Pengikut Yang Setia -pMy Profile

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge