Permainan di waktu masih kecil. Ia mengingatkan zaman kanak-kanak. Tersimpan 1001 kenangan permainan ini. Bila terkenangkan, nak terketawa jugak. Walaupun bukan pemain yang tegar, sekurang-kurangnya tahu jugak rules dia sikit-sikit. Namun permainan ini sebenarnya lebih sesuai dimainkan oleh kaum perempuan.
Berasal dari mana ek?
Menurut sumber website melayu online permainan congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh (NATIONAL GEOGRAPHIC) menjumpai kepingan batu kapor yang mempunyaidua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Apabila ia mula merebak ke tanah melayu pada ketika itu, Melaka menjadi pusat perdagangan yang sangat terkenal dan berpengaruh (lebih kurang ibu negara, teringat pulak subjek sejarah walaupun ngam2 soi jer result sejarah nih). Permainan ini mula berkembang ketika di zaman kesultanan melaka pada abad 15, dimainkan oleh puteri-puteri, dan juga dayang-dayang istana.
Bagaimana bentuknya??
Menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji congkak biji guli dan lain-lain. Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak ialah diperbuat daripada batang pokok perahu besar yang diukir seperti perahu dan dihujungnya diukirbentuk kepala haiwan seperti burung. Lubang-lubang congkak diperbuat dalam dua barisan antara satu sama lain dan lubang-lubang itu dinamakan kampung.
Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dinamakan rumah. Jumlah kampung yang didapatkan di congkak itu adalah lima-sembilan sebaris.
Akan datang, cara untuk main (undang-undang), strategi bermain congkak, jenis-jenis congkak dan part3. Tunggu!
Sumber malaysiana.pnm
muhammad fakhruddin says
Saya ada mendengar cerita-cerita orang, congkak kayu yang sudah berusia ada ‘angker’nya tersendiri. Selain itu ia boleh menjadi benteng kepada toyol!
Wallahua’lam
adele says
erk..betulkah? setiap benda ada ‘angker’nya kalau ada pemujaan terhadapnya..
Iklil says
emm… yup. rasenye mcm tu jgak la yg sy tau.. ble dpuja, wujudlah bnde yg x smena2…huhu
akubiomed says
Dulu semasa kecil, nenek selalu melarang main congkak waktu Mahgrib tetapi tidaklah tahu sebabnya.
aimannajmy says
macam seram pulak baca statement bro tuh huhu ish ish..
Amirez says
owh, patutlah ada filem jangan pandang belakang congkak. ada kisah rupanya
Ali ridha says
penunggu melihat kita dari belakang.
dnoBiz says
lebih kurang je dengan cerita yang aku dengar, tapi ada sikit berbeza, yang menjadi benteng pada toyol katanya gulu congkaktu, sebab nanti toyol akan ashik main dengan guli (fungsi guli tu macam kacang hijau la katanya)
Iklil says
owh.. dari afrika rupenye.. jauh jugak tuh.
nt cube selitkan unsur2 mistik ttg prmainan ni klau ade… sbb org mlayu ni slalu ckp, pd congkak..ada penunggunya.. @_@ wallahua’lam.. hehe..
Zik says
insyallah entri akan datang.. masih mencari lagi nih..hehe
Miss Tira says
Teringat permainan congkak ni. Dulu buah yang digunakan untuk bermain menggunakan biji asam jawa. Ada yang guna batu dan ada guna guli. Bagus info ni. 🙂
Ladfe Amir says
guna biji getah pun ada gak
adele says
congkak ni permainan wktu kecik2 dulu..skrg nak tgok congkak pun susah dah..huhu
Ladfe Amir says
kalu diletakkan sebagai aplikasi android ataupun iphone pasti laku game ni
afiq aiman says
sekarang ni dah tak main congkak yang kayu tu, hanya beli yang plastik je. nampak moden sikit hihi
Zik says
yang plastik aku tak pernah main… yang kayu klassik sikit lah.. siap ada angker..hik2
tips-kurus says
akulah heroin congkak. haha!!
– mase kecik2 belajar main congkak biji getah bwh rumah (korek lubang je). dah besar ni, beli congkak berguli kayu lipat portable. saye suke congkak!! 🙂
Zik says
cayalah … ada geng.. hehe
chii says
kanak2 dulu slalu gak didedahkan ngan permainan congkak..
tp kanak2 zaman cyber…leh dikira jari..brp kerat je yg tau permainan congkak..mereka lebih selesa dgn psp,sony wii…
jgn main waktu mlm…x elok..ahaha..jangan pandang belakang kalo main congkak ye :p
Zik says
ada angker lah pulak cerita congkak waktu senja , malam2 nih.. tunggueww
LadyComot says
Kat rumah LC ada papan congkak. Dulu masa zaman sekolah rajinla main.. Dah besau ni keberatan pulak..hehehe Kalau LC main congkak dengan adik mesti kena tipu dengan LC, tu sebab selalu menang. wakakaka
Zik says
hehe main mengelat lah pulak LC nie…
MDHAFiZ.NET says
jangan pandang belakang congkak tu… 🙂
Zik says
lebih kurang macam tuhla kot??? kwang2..
iza says
As salam…
Sejak kecil diajar main congkak sampaikan dah tau strateginya…
Bila ada pertandingan congkak, mesti join dan pernah menang tempat pertama di IPTA dulu dlm pertandingan congkak….
Ladfe Amir says
samalah dgn saya. siap ada langkah2 seterusnya utk menang besar. kalu lawan sure lawan akan kalah teruk. selalu yg jadi mangsa adalah mak kandung saya. tapi tak pernah masuh mana2 pertandingan
rusliesophian says
Apapun ia dah jadi permainan tradisi kita dan harus dikekalkan.
Hisyam says
Kena angkat permainan congkak ke peringkat antarabangsa ni. Bukan lagi sukan rakyat.
bEe says
hehehe, teringat masa school dolu2… Suka sgt main congkak! Tp tak sangka pulak rupanya congkak bukan dari bangsa Melayu sbnrnye… Hurrmmmm
Ladfe Amir says
antara permainan yg wajibdiketahui waktu kecil2 dulu
akubiomed says
Kalau ada info sejarah congkak mula berada di Malaysia tentu menarik kalau tahu hal ini
Zik says
nanti akan diusahakan…
Ladfe Amir says
aku akui aku memang rindukan permainan2 dulu2 ni. congkak, galah panjang, polis sentri…
sedar tak sedar..masih adakah lagi permainan ini dimainkan oleh kanak2 skrg. entahlah
Zik says
mungkin.. tetapi dah makin kurang sekarang nie….
decrewz says
Lama dah tak jengok congkak.. Kalau zaman kanak2 dulu kat kampung, abis tanah kat rumah berlubang kena korek buat lubang congkak..he3
Zik says
kreatif tuh buat macam nih…
Amirez says
terima kasih zik share pasal congkak ni.
baru tau asal-usulnya.
ingatkan memang asal dari Tanah Melayu,
rupanya dibawa oleh pedagang Arab
Zik says
ya betul tuh… aku pun tak sangka… dari jordan.. kemudian dibawa ke tanah melayu
Sabahan Bloggers Club says
Selama ni ingatkan congkak tu memang berasal daripada tanah melayu…. 😀
Zik says
rupa-rupanya dari tanah arab..
Hisyam says
Mak saya pernah citer masa dia kecik-kecik dulu main congkak bawah rumah. lubang congkak tu gali tanah buat lubang. Buah congkak pulak ambik biji getah tu.
Zik says
betul2 zaman dulu memang main congkak macam tuh…
Razlan says
Selalu juga maen congkak masa kecik2 dulu,selalu kalah ngan kakak je …
Zik says
hehe lepas nih aku bagitahu teknik… kalau repeat confirm boleh menang… keh2
tehr says
selama ni aku ingat congkak ni dari dunia melayu
afrika rupa asalnya…
Zik says
yer… tak sangka betul…
Nine says
masa kecik2 dulu layan congkak..best..yg seronok guli yer semua cantik2…
Zik says
dulu masa aku , pakai guli… kalau guli takder guna batu jer… huhu
affnan says
saya gitu gok dulu hahhaah
samanosuke_04 says
xsuke arh main congkak, selalu tak nampak kalo orang tue tipoo.. haha, aku kurang sket bab2 ‘sleight of hand’ nie…
Zik says
kena berlatih lagi tuh..keke…
shamizu says
salam zik,
lama tak singgah sini. sinagarimba dah tukar kepada shafizums
dulu-dulu ada jugak main congkak ni. tapi lama-lama bila budak perempuan kata, kurang jantan main congkak ni, ni budak perempuan main, terus tak main.
tapi best jugak main cingkak ni. teringatlah kisah dulu-dulu
Zik says
owh dah tukar shamizu… gud2
Mrs.Ayie says
Sampai sekarang kalau dapat main congkak tak kira, mesti nak usaha sampai menang.
*Orang-orang tua selalu larang main congkak waktu malam hehhe
Zik says
ada apa agaknya??? kwang2..
Notakaki says
dah lama xmen congkat ni..kat bawah katil umah aku ada congkak tp guli lak yg xde..hehe..
Zik says
pakai batu, takpun pakai biji getah pun boleh…
nasslimdiet2 says
teringat zaman kecik-kecik dulu, main congkak kat bawah rumah je. guna lubang kat tanah, abis kuku masuk tanah.hehehe
rugi la anak-anak zaman sekarang tak merasa main permainan tradisional.
Zik says
betul2.. zaman sekarang banyak main games ps, duduk cc 24 jam…
dnoBiz says
masa kecik dulu main congkak lubang tanah je, biji getah sebagai buah
Zik says
memang kebanyakkan main congkak macam tuh…
mimi says
kat mana asal usul congkak ya ???
wazy says
Permainan wajib masa kecik ni
seronok main sampai lupa nak siapkan kerja sekolah
tehehe
Zik says
kerja sekolah dilupakan… hik2
Jobberies says
congkak ini permainan tradisional.. dulu orang arab byk berpuak / kabilah dan selalu saja mau mencuri pengikut di kampung2 dan dimasukkan kedalam rumah untuk dijadikan ahlul bayt. Begitulah rasanya..
Zik says
owh macam tuh…. tak tahu pulak macam tuh yerk… kena buat ujikaji lagi nih… hehe
eira says
a ah lah klau x tahu kene berlajarlah kan
aimannajmy says
dah lama sungguh tak men congkak..time kecik2 dulu kerap le huhu.. err ade ke game congkak versi online atau flash games
Zik says
mungkin ada kot??? nanti aku cari.. kalau ada lah kan…
mancai says
pernah dengar cerita orang asli kat malaysia kebanyakannya dari benua afrika yang dibawa oleh pedagang2 dulukala.. jadi tak mustahil permainan ini memang daripada sana….
Zik says
yer memang betul… mereka yang bawak permainan ini ke tanah melayu..
nur hidayah says
mmg best maen congkak
manuj says
apalah panjang sangat macam mana mahu bacaaaa
Zik says
amik point jer ..
UjaiDidida says
pemalas ;p
eira says
apelah sy tanye mcm mane congkak ni leh wajud.contohlah perkataan congkak itu di ambil oleh kematian seseorang apabila ianya cube bermain congkak
eira says
very nice
Zik says
terima kasih ..diatas kunjungan saudari ke blog ini…