

Bercuti atau lebih kurang dipanggil, digantung tugas.
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin perlu bercuti daripada menjalankan tugas-tugas parti selepas berdepan dengan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram hari ini. So siapa yang akan ganti beliau sebagai presiden parti umno?? Tok mat boleh ganti seketika. Atau akan ada pemilihan semula presiden parti?? Jeng-jeng.
Tadi juga, bekas perdana menteri yang ke 6 Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir memberikan sokongan moral katanya kepad DS Zahid Hamidi. Baca disini lebih lanjut
Kalau Khairy Jamaluddin, hari tuh yang dipilih jadi Presiden . Umno mungkin tiada masalah untuk meneruskan menjadi pembangkang yang kuat hari ini. Namun, undian telah dijalankan, mandat telah diberikan pada Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalannya, Datuk Mohamad Hassan (di atas), memberitahu pemberita bahawa Umno mempunyai prosedur operasi standard (SOP) pada tahun 2009 yang memerlukan pemimpin tinggi bercuti jika berdepan tuduhan jenayah di mahkamah.
“Ia (amalan ini) digunakan untuk mengggantung pemimpin yang menghadapi tuduhan, tetapi SOP baru memerlukan mereka yang didakwa bercuti.
“Bagaimanapun, jika mereka kemudiannya didapai tidak bersalah, pemimpin berkenaan boleh meneruskan kedudukan mereka,” katanya di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 10.20 pagi ini.
Beliau menambah bahawa SOP dibuat dengan tujuan untuk melindungi Umno daripada dituduh atau dikaitkan dengan sebarang salahlaku.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Tok Mat di kalangan ahli Umno, berkata perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan oleh jawatankuasa pengurusan parti itu.
Keputusan dari mesyuarat itu, katanya, akan dibawa ke Majlis Tertinggi Umno untuk membuat keputusan.
credit to malaysiakini.com.my
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply