• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Politik / Kenapa DS Muhyiddin Yasin Disingkirkan??

Kenapa DS Muhyiddin Yasin Disingkirkan??

Zik · Jul 28, 2015 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

muhyiddin yassinDesas desus ini memang dah lama tersebar sejak sebelum kemelut 1mdb lagi. Namun ianya menjadi kemuncak apabila 1mdb dilihat semakin pincang, ibarat telur dihujung tanduk.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib mengumumkan demikian di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib bla bla bla berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

“Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka.

“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama,” katanya, mengulas keputusan untuk menggugurkan Muhyiddin.

Berikut antara perubahan baru yang diumumkan Najib:

Wan Junaidi – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Reezal Merican – Timbalan Menteri Luar
Shabery Cheek – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

So, pendapat aku sendirilah, bukan betul pun. Apa kenyataan yang telah ds najib buat petang tadi dapat kita simpulkan ada bebebrapa perkara yang menyebabkan ds muhyiddin harus disingkirkan dalam kabinet.

1. Survival politik dalam dunia politik.

Kita tahu, ia juga pernah dibuat oleh Tun Ds Mahadthir Mohamad yang mengakui dulu pernah memecat anak buahnya yang tidak sehaluan dengannya. So dalam kemelut ini, apabila 1 mdb tidak dilihat seperti tiada jalan penyelesaianya, Ds muhyiddin yasin menegaskan 1mdb ini perlu diperjelaskan kepada rakyat jika tidak pembangkang akan mengambil kesempatan dalam isu ini.

Ds muhyiddin yasin dilihat sebagai duri dalam daging apabila dalam parti. Ini dilihat apabila ds mengumumkan pemilihan umno sepatutnya tahun ini ditangguhkan kepada tahun depan, kita dah nampak apa plan yang sedang dirancang ini. Seakarang ini memang ramai ahli umno tidak menyokong ds najib. So, apabila muhyiddin yasin dah takda dalam kabinet dilihat macam dah takdad powerla. Tetapi apabila ds zahid hamidi dah naik jadi timbalan, sudah tentunya taat setianya kepada ds najib akan terjaga rapi. Selamat disitu.

2. Muhyiddin mengkritik 1mdb secara terbuka.

Muhyiddin sebelum ini antara yang lantang mengkritik 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengumpul hutang mencecah RM42 bilion dalam masa 6 tahun beroperasi. Terbaru, beliau membuat kejutan di mesyuarat Umno bahagian Cheras pada Ahad, apabila secara terbuka mengkritik cara perdana menteri, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan menteri kewangan mengendalikan syarikat itu.
Beliau turut mendedahkan ada meminta Najib melepaskan jawatan sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB itu tetapi ia tidak diendahkan. Beliau juga mengakui mengambil serius laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang yang didakwa disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib, mengatakan presiden Umno itu perlu menjelaskannya sendiri, bukan hanya melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri. Muhyiddin juga mendedahkan beliau membangkitkan perkara tersebut beberapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet.
Beliau juga berkata, Barisan Nasional akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan dalam tempoh terdekat ini.
3. Nasihat/Menegur. Muhyiddin pernah berkata dengan najib agar Ds najib berundur/letak jawatan secara terhormat diatas masalah 1mdb yang sedang berlaku. Tetapi Ds najib dilihat tidak mahu mendengar nasihat dari ds muhyiddin yasin. Ini sudah tentunya sebagai perdana menteri jawatan no1, dia punyai ada ego tersendiri. Dia rasa dia mahu meneruskan khidmat baktinya dan masih yakin akan kemampuannya sepertimana Tun Mahadhir yang mentadbir malaysia selama 22tahun dan dia kata dia pun boleh maa. Disebabkan teguran itu, dia rasa dia tidak perlu pembantu seperti ini. Dia mahukan pembantu/timbalan yang menyokong penuh segala apa yang dilakukan tanpa prejudis.
Boleh baca di blog lain.
1. Kedah la nie.
2. Wak labu

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Politik kenapa ds muhyiddin yassin dilucutkan jawatan timbalan perdana menteri, punca utama muhyiddin yasin dilucutkan jawatan dari timbalan perdana menteri, punca utama muhyiddin yassin digugurkan dalam kabinet, sebab utama muhyiddin yassin digugurkan oleh ds najib

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: