Sudah tiba masanya untuk kita #PantauKerajaanBaharu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10. Bagaimana bentuk Kerajaan Perpaduan yang bakal dibentuk? Siapa akan menjadi individu yang terpilih sebagai ahli jemaah kabinet baharu? Berapa jumlah menteri lantikan kabinet kerajaan Perpaduan ini?
Jumlah menteri kabinet 28 menteri termasuk perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan barisan senarai anggota kabinetnya yang turut dianggotai oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri I. Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula dilantik sebagai timbalan perdana menteri II. Senarai penuh barisan kabinet itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk diperkenan Tuanku.
SENARAI PENUH MENTERI KABINET KERAJAAN PERPADUAN 2022-2027
- PM & Menteri Kewangan – DS Anwar Ibrahim
- TPM & Menteri Desa dan Wilayah: Zahid Hamidi
- TPM & Menteri Perladangan Komoditi: DS Fadillah Yusof
- Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
- Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
- Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
- Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
- Menteri Pertahanan: Mohamad Hassan
- Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi
- Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution
- Menteri MITI: Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz
- Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin
- Menteri MOSTI: Chang Li Kang
- Menteri Pembangunan Wanita: Nancy Shukri
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup: Salahuddin Ayub
- Menteri Di JPM (Undang2 dan Reformasi Institusi): Azalina Othman
- Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
- Menteri Pembangunan Usahawan Koperasi: Ewon Bendecik
- Menteri Luar Negeri: Zamry Abd Kadir
- Menteri Pelancongan: Tiong King Sing
Macam mana dengan barisan kabinet kerajaan perpaduan kali ini? Tak suka? Korang kena hadap jerla. Sebab ini adalah kerajaan campuran, sebab masing-masing tak dapat majoriti semua ada campur , kena give and take lah. Mana yang baik kita sokong, yang tak baik kita bangkang. Kena jadi pembangkang yang baik, jangan membabi buta jer.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply