Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Politik / Sah, Tun Faisal digantung Dari Umno selama enam tahun.

Sah, Tun Faisal digantung Dari Umno selama enam tahun.

Zik · Mar 28, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

tun faisal digantung umno 6 tahun

 

MKT UMNO gantung keahlian Tun Faisal selama enam tahun.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini mengesahkan seorang ahlinya digantung selama enam tahun.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat MT malam ini mengesahkan keputusan Jawatankuasa Lembaga Disiplin berhubung pergantungan berkenaan.

Walau bagaimanapun, Ahmad enggan mendedahkan nama ahli UMNO yang terlibat.

“Saya hanya boleh memaklumkan mesyuarat MT malam ini mengesahkan keputusan lembaga disiplin berhubung pergantungan itu.

“Surat pergantungan ini baru sahaja dihantar kepada individu berkenaan sebentar tadi,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Menara Dato Onn di sini, malam ini.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memaklumkan individu berkenaan adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Dalam pada itu, Tun Faisal berkata beliau masih belum menerima surat pergantungan berkenaan.

“Saya tunggu dahulu kenyataan rasmi daripada MT UMNO,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, dah kecoh sebenarnya ada yang mendedahkan Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipercayai menggerakkan agenda bagi menyekat peluang Tun Faisal menjadi calon bagi kawasan Parlimen Putrajaya.

Menurut sumber, ini selepas Ahli Parlimen Putrajaya itu dikatakan merancang agar Tun Faisal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti dengan membuat aduan atas kesalahannya mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber itu yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian Putrajaya mendakwa, perancangan dibuat melalui satu pertemuan tertutup dengan sekumpulan kira-kira 50 ahli jawatan kuasa bahagian dan ketua cawangan untuk menyokong tindakan tersebut dengan diminta setiap orang menandatangani surat sokongan.

Sementara itu, Ahmad Maslan turut mengesahkan kehadiran tetamu kehormat esok yang terdiri daripada Presiden Pas dan timbalannya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu, Presiden dan Timbalan Presiden MIC serta MCA turut hadir pada persidangan Perhimpunan Agung UMNO berserta Timbalan Presiden PBRS, Setiausahanya dan Friends of BN.

– Credit to UTUSAN ONLINE

 

 

 

tun faisal kena gantung

Share this on WhatsApp

Politik tun faisal, tun faisal digantung keahlian umno selama 6 tahun, tun faisal digantung selama 6 tahun

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.