• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Ucapan semoga berjaya buat calon UPSR 2019!!

Ucapan semoga berjaya buat calon UPSR 2019!!

Zik · Sep 3, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

upsr, poster upsr , poster ucapan selamat menduduki upsr 2016,

Setelah beberapa percubaan dalam peperiksaan.  Hari ini adalah penentuan dalam peperiksaan yang sebenar dalam ujian penilaian Sekolah rendah bagi sessi 2019.  Bagaimana dengan persediaan para pelajar dalam (UPSR kali ini).? Kita harap semua sudah siap untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan kali ini.

Hari ini adalah hari yang amat ditunggu-tunggu oleh pelajar darjah 6 seluruh Malaysia. Peperiksaan UPSR bermula hari ini. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia.

Baca juga : Jadual penuh peperiksaan UPSR 2019,

Ucapan khas buat anda semua seluruh malaysia. Bila UPSR kali ini, aku teringat masa UPSR dulu-dulu tuh ha. Masa tuh first time UPSR 5A, sebelum tuh ada 4 A jer. Satu subjek yang ditambah ialah Sains. Expectation dari cikgu-cikgu memang tinggi. Tapi takpalah aku dapat satu A jer pun. Haha..

Aku doakan agar segala usaha yang dilaburkan selama ini akan membuahkan hasildan harapnya Allah beri ketenangan dan diterangkan hati semasa menjawab soalan peperiksaan UPSR pada minggu ini. Insyallah.

Selamat Berjaya! ?

Poster ucapan selamat menghadapi peperiksaan UPSR 2019.

ucapan selamat menduduki peperiksaan upsr 2019,

selamat menduduki peperiksaan upsr

selmamat menduduki peperiksaan upsr 2019,

 

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN .
Berikut di sertakan doa ibu-bapa untuk anak dalam menghadapi peperiksaan.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

 

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik daoa sebelum peperiksan, poster ucapan UPSR 2019, poster upsr, selamat menduduki peperiksaan upsr 2019, ucapan peperiksaan upsr 2019, ucapan selamat menduduki peperiksaan upsr 2019, upsr 2019

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Cara nak claim(tebus) bantuan E wallet RM 100
  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa1 mula 24 Februari 2021 -menteri kewangan
  • Live streaming friendly sabah vs kuala lumpur 23.2.2021
  • Live streaming Sri Pahang FC vs UiTM FC Shah Alam City Cup 23.2.2021
  • Ucapan selamat menyambut peperiksaan SPM 2020

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2012!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG  Wahhhh, esok dah bermulanya kick start …

Akademik Pengumuman

BPPT 2019 dibayar mulai hari ini (SEMAK DISINI)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG  BANTUAN Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT…

Akademik Personal

Realiti dalam mencari kerja pilihan era millenium!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGSemua orang ada kerja impian yang mudah, senan…

%d bloggers like this: