Seperti yang kita ketahui, UPSR (UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH) 2019 telah pelajar lalui pada beberapa bulan yang lepas. Jadinya hari ini adalah hari penentu atau keputusan seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekarang ini mesti korang tengah cari cara bagaimana cara untuk semak keputusan secara offiline dan online. Mudah sahaja sebenarnya tuh ok.
Jangan pening-pening semua. Aku tahu semua tengah kalut, takut pun ada. Hari ini mesti ramai mak bapak yang exicted nak tahu keputusan anak-anak cemerlang ke gagal ke. Mungkin dah standby rotan kat rumah. Haha. Bilakah tarikh pengumuman UPSR nih?
Tarikh keputusan UPSR 2019 diumumkan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). telah mengumumkan tarikh 21 November sebagai tarikh keputusan UPSR dikeluarkan.
- Pergi Sekolah Ambil slip. (pelajar)
- SMS,
- ONLINE,
Berikut pula adalah cara pelajar mahupun ibu bapa boleh membuat semakan keputusan UPSR 2019.
Tarikh Semakan – 21 NOVEMBER 2019
PERGI SEKOLAH
Semakan di sekolah Hadir kesekolah dengan berpakaian kemas pada pukul 10 pagi bagi mendapatkan slip keputusan. Biasanya pelajar akan pakai baju sekolah lagi bagus kan.
SECARA SMS
Semakan Melalui SMS : Taip UPSR <jarak> Angka Giliran hantar ke 15888
SECARA ONLINE.
Semakan Online: KLIK SINI
Anda boleh semak keputusan peperiksaan dalam tempoh berikut :
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 : 21/11/2019 (Khamis) 10:00 AM – 28/11/2019 (Khamis) 10:00 AM
Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2019 : 21/11/2019 (Khamis) 10:00 AM – 28/11/2019 (Khamis) 10:00 AM
Nota: Bagi calon persendirian pula, boleh terus berhubung ke Pejabat Pendidikan Daerah tempat anda mengambil peperiksaaan.
Kepada semua calon peperiksaan UPSR yang akan ambil slip keputusan peperiksaan kami dari warga kerja zikrihusaini.com ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada anda yang akan mengambil keputusan UPSR 2019.
Leave a Reply