Assalamualaikum dan salam sejahtera.
(UPSR) Ujian penilaian Sekolah Rendah bakal bermula pada 21 september 2010 diseluruh negara. Aku dulu UPSR tahun 1997. Aku tak ingat lagi simpan result UPSR aku. Nanti kalau dah jumpa ingat nak tunjuk kat korang semua. Haha, walaupun ia result yang agak memalukan. Nantilah.
Peringatan kepada Adik-adik UPSR 2010, selaku peminat zikrihusaini.com (adake??) menasihatkan supaya korang semua jangan mengelabah untuk masuk exam nanti. Berikut adalah nasihat yang boleh kita amalkan, untuk menghadapi peperiksaan bukan untuk UPSR sahaja, apa-apa sahaja bila dah dekat peperiksaan.
Tips menghadapi Peperiksaan.( Edisi UPSR punya!)
1. Semak jadual :ninja:
Eh, korang kena semak jadual periksa. Takut salah subjek nie kang. Ikut pengalaman, memang tak pernah salah masuk jadual, cuma salah masuk paper la, eh samala tuh) Haha, memalukan!! Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari. Done!!!
2. Siapkan peralatan alat tulis. :unsure:
Hah, ini penting beb, tak pasal-pasal time tuh la , penggorek hilang, pemadam hilang, liqued habis (ada guna ke time upsr??). Pensil 2B, pembaris dan juga (toyol, haha !) Tak lupa juga pastikan no angka giliran betul, jangan main ikut meja mana-mana.
3. Tidur rehat secukupnya. :sleeping: :sleeping:
Ya sangat penting, itu perlu untuk mengelakkan overdose dan lambat datang ke sekolah ( kantoi subuh!). Biasanya preparation (latih tubi, study smart) dah buat lama kan, so malam tuh boleh rehat secukupnya.
4. Berdoa dan bertawakal
Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan. Bila kita dah usaha yang terbaik, insyallah Allah akan bantu/ bagi ilham nak jawab periksa tuh nanti.
Insyallah boleh dapat 5A UPSR. :w00t: :w00t:
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan menghadapi peperiksaan UPSR hari ini. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Jadi nak tanya, macam mana dengan persiapan peperiksaan adik-adik?? Semoga berjaya k!! Doa kalian ada dalam doaku, amin. :wub: :wub:
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
hanif says
tip yang bagus untuk adik2 yang menduduki UPSR..aku pnye sijil upsr mana ntah…result dia pun dah lupa hehe
donny says
tips baik ni zik..
lowongan kerja says
setuju… tips yang baik ni..
Mommy Lyna says
Teringat masa ambil UPSR dulu, semangat berkobar2 nak dapat 4A muahhaha.
zaman dulu 4A je, sekarang dah berbelas2 A jadinya. sian adik2 ku.
Zik says
itula.. dulu berapa A jer kan kak… hehe…
sabree hussin says
berbaik-baik la dengan pengawas yang jage dewan exam, insya allah dia akan tolong2 bagi hint time kita jawab exam tu
Zik says
huhu… tengok pengawas jugakla…
tehr says
dah siap sedia semuanya
dewan, label calon, plan kedudukan, jadual
…aku ni sup
Zik says
mantap…. semog berjaya adik2 upsr..hehe
samanosuke_04 says
kekeke, tak silap aku UPSR laa exam yang paling byk soklan bocor. haha, adek aku cakap sume soklan UPSR dia dia penah jwb dalam kelas.. mane tak 5A.. haha, papepun goodluck laa utk bebudak kecik sekalian.. jangan jadi cam aku.. haha!
Zik says
hum nasib baik time aku tak bocor… kalau tak kena repeat amik sekali lagi…kalau sekolah tuh kantoi…ada orang bagitau..huhu
Saya Laa Dia says
Salam~
Tips yang bagus deh! =) Teringat kenangan ambik exam UPSR. Belajar sampai nak muntah saat-saat akhir. Hehe. ^^,
Zik says
hurm sampai nak muntah tuh…
botak says
hehehe kelakar jugak bila ingt zaman upsr dulu..sekarang bila dah masuk U, rase mcm tip2 semester kena amek SPM la pulak..pening kepala aku
Zik says
hehe steady bro… 🙂
Khairol Ghani says
dulu zaman UPSR dah start menipu dalam exam..siap tinggalkan note kat toilet la..pakat buat signal la..nasib baik la perangai tu tak bawa ke besar..
Zik says
huhu…cerita dulu takpala … huhu
Kamal Mustafa says
Selamat-Selamatlah semuo yo…..dengar radio Era ari nei…mcm-mcm mak bapak nak bagi kalau dapat 8A…hu hu hu
Zik says
ya selamat….
dedoku says
sape yang ada anak2 dan adik2 yg bakal amik upsr boleh r follow tips zik ni. semua aku setuju ngan tips ni. persiapan itu penting, usaha yg berterusan dan doa yang tak putus-putus. 😎
Zik says
insyallah… 🙂
Ezany-Kun says
patut la aku tak dapat sume A.. haha..
Zik says
hehe… dulu dapat berapa A?? huhu
donny says
UPSR aku?..cukup makan je.
Zik says
hehe… takpe cerita dulu….
madlut says
ohh..upsr..hahaha, seingat aku, aku tak takut ambik upsr..sebab apa aku pun tak taw…akhirnya result memang hampeh..hehe…tp upsr dan pmr, sama je…ada nilainya, kalau dapat tak elok pn…tak menjejaskan apa2…(pandangan aku je la)
Zik says
spm paling cuak…. tak berapa nak prepare…
ejoncb says
ahaks!!..adik saya tgh UPSR hari ni. Hmm.. UPSR tak pentin sgt bagi saya PMR penting tuk tentu aliran. SPM plg penting kot. hehe.. Biar lah kanak-kanak nikmata masa kanak-kanak mereka dgn gembira tnpa dok risau nk exam
Zik says
yup spm tak boleh main2…
etomyam says
UPSR ni paling objektif penilaiannya pasal kena jawab soklan objektif…. tak der human faktor daripada pemeriksa kertas ngehehe 😀
selamat menjawab
Zik says
karangan ada jugak… hehe..
zezebel says
Selamat menduduki UPSR.
Zik, ambik UPSR jugak ke? Hehehehe….
Gurau jer.
Zik says
hehe… amik nie… baru settle 2 paper hari nie..
MR.Z says
teringat zaman2 upsr dulu..
kadang2 rasa kelakar pun ada..macam2 karenah time nak jawab soalan tu..hehe
Zik says
tuhla pasal… rasa kelakar jer….
suri says
wahu perihatinnya zik heee.. 🙂
Zik says
mana yang termampu….
nik says
patut bagi aku time aku upsr dulu wuuwuwuu 🙁
Zik says
aiyakk… tahun bila spm???
Ismail N says
Tambah satu lagi – Tengok Channel 100 Astro (Tutor TV) selalu. 😀
Zik says
dah last minute tak sempat dah nie.. bagi yang ada astro ok la… 🙂 yang takda tengok cerita dragon ball.. 😎
aimannajmy says
UPSR?? hoho pengalaman menyedihkan~ cukup2 mkn ja..dulu mls blajaq hahaha
Zik says
hehe kisah dulu jangan dikenang,,,, 😎
darkbatman says
gudluck utk adik2 yg amek upsr..teringat time fes tym amek exam beso..hehe. sonok je biler ingat balik
Zik says
hehe tuhla pasal…
nash says
adik aku pon ader yang amek upsr..tapi dye mcm tak serius ajerk nak amek upsr..
tak study pon..
tensen2..
hahhahaa..aku ingat lagi tahun 2002 aku amek upsr..dapat 2A jerk…
hahahaha..
Zik says
okla lah tuh ada jugak A…
kulanz says
tip yang bagus ni bro..
moga lebih ramai adik-adik yang berjaya UPSR tahun ni..
Zik says
insyallah..semoga adik2 berjaya…
Amir Said says
adik bongsu ambik UPSR. hrp dpt jawab dgn tenang..
Zik says
wah bagus2…
ishak says
tip yang bagus untuk adik adik kita yang ambik upsr…..hem teringat pulak zaman upsr dulu..memang seronok
Zik says
hehe…. nostalgia betul….