• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Motivasi / Tips rahsia menjadi insan cemerlang

Tips rahsia menjadi insan cemerlang

Zik · Jul 1, 2011 · 18 Comments

Share this on WhatsApp

tips cemerlang dato fadzilah kamsah, ustaz fadzilah kamsah,

Insan yang cemerlang datangnya dari akal dengan jiwa yang mantop!!!

Alhamdulillah perkongsian yang berbentuk motivasi hari ini semoga ianya bermanfaat untuk anda dan diri ini sendiri. Insyallah. Rahsia menjadi insan cemerlang ini di inspirasikan oleh Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah sendiri. Mungkin anda pernah dengar banyak kali di tv ataupun di radio.

Adab dalam makan dan minnum.

  • Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa insyaAllah, Allah akan lipat gandakan rezeki.
  • Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyallah, kita akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.
  • Makan buah-buahan sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam, ikut sunnah dan dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri 0%.
  • Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama, biarkan air dalam mulut selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan seterusnya boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.
  • Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib. Ikut sunnah, Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi cemerlang menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul 8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa makan waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam.

Adab di bilik air

  • Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit). Boleh mengelakkan daripada mendapat batu karang.
  • Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri. Ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar

Adab dalam mendidik anak.

  • Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan. Sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan lebih “lapang” dan “lega” dan mudah berdegup, iaitu perjalanan darah sempurna dan otak anak akan berkembang pesat.
    Bagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan atau jangan pakaikan baju warna orange. Sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih nakal, sentiasa bersemangat waja dan exuberant.

Tatacara didik diri sendiri

  • Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari berturut-turut. Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu itu akan mati.
  • Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif, emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia:-

  1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
  2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
  3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Sumber : irwanirah.multiply

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Motivasi adab dalam bilik air, adab dalam makan dan minum, adab menjada anak, potensi diri sendiri, rahsia cemerlang, tip cemerlang dari dato fadzilah kamsah, tip cemerlang diri sendiri, Tips rahsia menjadi insan cemerlang

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. anif says

    July 1, 2011 at 6:57 am

    Tips yang bagus untuk dijadikan panduan hidup.. Terima kasih kerana mengingatkan. 😀

    Reply
  2. MDHAFiZ.NET says

    July 1, 2011 at 7:31 am

    sememangnya terbaik…setiap sunnah Rosululloh itu terdapat 1001 kebaikan 🙂

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      July 1, 2011 at 10:03 am

      Bukan setakat kebaikan dunia, bahkan ganjaran akhirat juga bagi sesiapa yang menghidupkan sunnah baginda apatah lagi di akhir zaman ini. 🙂

      Reply
  3. syahrilhafiz says

    July 1, 2011 at 8:18 am

    bagus tips ni, tapi gambar tu macam cite dalam astro je..hehe

    Reply
  4. iza says

    July 1, 2011 at 10:08 am

    Assalam..
    Bagus tips ni, pernah amalkan masa sekolah dulu2, mmg berkesan dan mudah terima ilmu. Terima kasih atas peringatan…

    Reply
  5. zulkbo says

    July 1, 2011 at 10:53 am

    salam..
    islam agama yang mudah
    dan serba lengkap..maka
    islam adalah cara hidup
    🙂

    Reply
  6. nasslimdiet2 says

    July 1, 2011 at 11:30 am

    bagus tips ni. aku memang biasa amalkan minum 15-30 minit selepas makan. Nak try amalkan makan buah sebelum makan nasi la.

    Reply
  7. bEe says

    July 1, 2011 at 1:14 pm

    Wah, byknyer tipss….. Suka bace Adab di bilik air… Rasanya ramai yg tak tahu kot 🙂

    psst : Gambar tu mcm Ah Chai jek (Johan) hehe

    Reply
  8. Shaffik says

    July 1, 2011 at 2:45 pm

    Gambar tu terbaik laa….hahahahahaha

    Reply
  9. Sabahan Bloggers Club says

    July 1, 2011 at 3:47 pm

    Banyak dah tips ni. Kira bagi tips untuk kuruskan badan juga ni sekali. 🙂

    Reply
  10. titan says

    July 1, 2011 at 4:52 pm

    hoho..aku tak nak jadi celaka..

    Reply
  11. tehr says

    July 1, 2011 at 6:34 pm

    selalu juga terpedaya
    harapnya lepas ni berjaya

    Reply
  12. Kamarul Azri™ says

    July 1, 2011 at 7:39 pm

    terima kasih bro, ha kadang² perkara yang sikit pun dapat disiplin kan diri kita jua, ambil contoh mudah… bangun awal pagi apa yang kita akan buat dulu.. 🙂

    Reply
  13. Mrs.Ayie says

    July 1, 2011 at 9:01 pm

    InsyaAllah, semoga setiap usaha melayakkan kita dalam kategori berjaya 😀

    Reply
  14. Hans says

    July 1, 2011 at 10:50 pm

    harap2 sentiasa menjadi orang yang berjaya 🙂

    Reply
  15. Aku learn says

    July 2, 2011 at 11:17 pm

    bagus2 tips kat sini… semoga kita menjadi insan yg cemerlang dunia dan akhirat….

    Reply
  16. aimannajmy says

    July 4, 2011 at 12:06 am

    selami hati dan selami lautan dalam huhuhu

    Reply

Trackbacks

  1. 5 perkara yang harus kita lakukan waktu pagi | Zikri Husaini says:
    September 14, 2011 at 6:39 am

    […] dinasihatkan untuk baca buku motivasi, ataupun tengok kat tv rasanya ada banyak. Kaset, cd pun ada maa. Kuliah subuh pun ok jer. Lagi […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: