• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Motivasi / 5 perkara yang harus kita lakukan awal waktu pagi

5 perkara yang harus kita lakukan awal waktu pagi

Zik · Sep 14, 2011 · 39 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Banyak perkara sebenarnya nak dibuat pagi-pagi buta nih. Bagi business man, awal-awal pagi macam benda yang nak kena siapkan dari segi cari barang mentah, suratkhabar lah, itulah inilah.  Inilah  kehidupan seharian yang harus kita tempuhi. Insyallah, doakan aku jadi jutawan, jutawan ilmuwan pun jadilah.

Disenaraikan 5 perkara yang harus kita lakukan sebagai seorang manusia normal yang cemerlang.

tips cemerlang dato fadzilah kamsah, ustaz fadzilah kamsah, 1. Cari info Motivasi

Kita ini macam dah biasa sangat  dengan  bila  pagi dekat warong kopi, baca surat khabar pada awal pagi lagi. Perbuatan ini tak berapa bagus sebenarnya. Ini adalah kerana sekiranya kita membaca surat khabar pada awal pagi, mind set otak kita secara tidak langsung telah dibebani dengan permasalahan yang diceritakan.Yelah, baca suratkhabar jer, kemalangan, minyak naik harga, politik sana sini, topup naik 6%, saham turunlah dan macam-macam lagilah. Ini juga akan mempengaruhi komitmen kita terhadap kerja yang kita bakal lakukan.

Kita dinasihatkan untuk baca buku motivasi, ataupun tengok kat tv rasanya ada banyak. Kaset, cd pun ada maa. Kuliah subuh pun ok jer. Lagi bagus. 

2.Fikir dan lakukan. (things to do).

think, fikirkan, apa yang bermain diminda, fikirkan dalam seharian

Yang rutin harian itu tak mengapa, cuma lagi bagus perancangan itu ditulis dalam nota ataulagi bagus simpan nota dekat handphone canggih (apa guna handhpne  mahal tak tahu guna!) . Kenapa waktu pagi?? Sebab masa ini, kepala tengah fresh. Ada juga yang plan waktu sebelum tidur, itupun ok juga.  Ini adalah sebagai panduan dan membuatkan kehidupan kita lebih tersusun dan sistematik.

Tujuan untuk kita merancang ialah agar kita tidak terpinga-pinga dalam kepala otak nih, apa aku nak buat hari nie?? macam ada sesuatu yang tertinggal. Bila dah lupa, buat-buat lupa. Oleh yang demikian rujuk semula nota canggih korang tuh. Dah ada?? Bagus. Apa lagi???

lakukan dan fikirkan, things to do, apa yang harus dilakukan, action, aksi,

3. Berfikiran positif.

Positive.jpg Think Positive

Tahukah anda bahawa pemikiran anda pada awal pagi lah yang akan menentukan mutu tahap kerja/prestasi disekolah mahupun universiti yang akan anda tunjukkan pada hari itu. Kalau pagi-pagi dah fikir pasal masalah kerja, kewangan, keluarga, assignment, test, atau sebagainya, adakah anda fikir anda mampu untuk menunjukkan hasil kerja yang terbaik yang boleh anda lakukan??

Anda dinasihatkan untuk membiasakan berfikiran positif sejak awal pagi lagi. Tetapkan bahawa hari ini lebih baik daripada semalam. Setiap masalah pasti ada penyelesaianya. Percayalah!

4. Udara segar

Udara segar diwaktu pagi memang sangat segar kerana kenderaan memang tak banyak lagi yang bergerak. Tujuannya adalah untuk terapi, apabila udara segar masuk ke dalam otak, otak dapat berfungsi dengan baik sekali. Udara bersih banyak di taman-taman, dan diakui kita kesuntukkan masa sebelum pergi kerja. Pilihannya ialah sama ada tunggu di kenderaan kereta, atau berjogging.

5. Sarapan

Mengikut kajian memang ramai pihak yang bersetuju bahawa sarapan adalah perkara yang amat penting untuk dilakukan pada awal pagi. Apa yang penting ialah sarapan yang bakal kita ambil itu pastikannya ianya berkhasiat, jangan terlalu berat kang pagi-pagi dah sakit perut.

Tujuannya adalah untuk mengelak dari mengantuk. Bila dah mengantuk, tak berapa nak produktif nak kerja. Ini akan menjejaskan hasil kerja anda nanti. Kalau tak sempat sangat, beli roti dan air kotak satu.

Sumber ilham: top5reason.com

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Motivasi 5 perkara yang patut kita lakukan pada waktu pagi, perkara rutin yang anda harus lakukan, perkara wajib yang harus anda buat ketika pagi, perkara yang bagus kita lakukan pada waktu pagi

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. nizamghazi says

    September 14, 2011 at 7:01 am

    Boleh tak cakap skunk ni ak tengah tergelak tgok gambar si
    johan tu. Pagi2 dah buat ak ceria. tengs 🙂
    Nice tips…
    Paling sllu dibuat pagi2 adalah things to do
    Next baru udara segar dan bekfas

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 11:24 am

      gambar lama dah upload…. mula2 nak upload gambar dtuk fadzilah kamsah… tiba2 teringat johan ada tiru cara dia…. hehe

      Reply
  2. Esempoi says

    September 14, 2011 at 8:08 am

    hmm… amik nafas jom.. hehe

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 11:27 am

      amik udara yang bersih..hehe

      Reply
  3. anif says

    September 14, 2011 at 8:13 am

    Kalau dapat lakukan sedikit senaman pun bagus juga pagi-pagi ni 😀

    Reply
    • Suri says

      September 14, 2011 at 10:51 am

      senam kaki ke sanam gosok gigi heee..
      senam dlm rumah ok jagk bro anif heee

      Reply
  4. yusuf laili says

    September 14, 2011 at 8:19 am

    salam;
    Maknanya..ambik angin dululah.kosongkan otak..
    ikut jadual kadang2 bagus jugak dan kadang2 merimaskan,

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 11:39 am

      ikut mana yang senang… anjal…

      Reply
  5. chii says

    September 14, 2011 at 9:43 am

    chii setuju sgt..point 1 tu..mmg kalo leh elakkan baca paper awl2 pagi. sebab terlalu byk perkara negatif dlm paper..sedangkan point yg no 3 nak kan kita sentiasa berfikiran positif..

    part udara segar..krg ni susah sket sebab dengan keadaan yg tgh berjerebu ni. x berapa nak elok sgt kan..ehehe..

    sarapan pg mmg wajib amik..kalo x..camne nak dapat tenaga utk jam2 seterusnya kan…

    apa pun..chii sokong dan setuju dengan 5 point di atas.. 😀

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 11:47 am

      terima kasih,,, cerita kat tv/suratkhabar banyak sangat yang -ve…

      Reply
  6. Suri says

    September 14, 2011 at 10:49 am

    sslu sebelum masuk tdo suri akan senarikan keja2 utk disiapkan pagi besok ..

    yang lain sllu berdoa bila bagun pas solat smeiga harni lebh baik dr smlm heeee

    Reply
  7. Suri says

    September 14, 2011 at 10:50 am

    gosok ggi jgn lupa ye heee..pastu kena sarapan baru bertenaga badan nak jana kuasa heeee

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 2:52 pm

      itu perkara rutin harian

      Reply
  8. titan says

    September 14, 2011 at 11:25 am

    sarapan itu penting setiap pagi maa. hehe..

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 2:53 pm

      kalau tak , takda tenaga pagi tuh…

      Reply
  9. muhammad fakhruddin says

    September 14, 2011 at 1:56 pm

    Rasanya solat/meditasi yang penting di pagi hari selepas bersihkan diri.

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 3:02 pm

      Itu yang terbaik

      Reply
  10. tehr says

    September 14, 2011 at 5:18 pm

    lepas tekan punch card
    aku cari sarapan dulu
    lepas tu baru senang nak pikir apa2…
    hehe

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 3:03 pm

      hehe… isi perut…

      Reply
  11. zulkbo says

    September 14, 2011 at 5:34 pm

    salam..
    ermm..info menarik
    bolehlah ikut lepas nih
    asyik stress je kerja
    sekarang..huhu
    😀

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 3:04 pm

      release tension sekali sekala…. hehe

      Reply
  12. akuzle ayu says

    September 14, 2011 at 5:38 pm

    babs sarapan tuh mmg sy buat. yg lelain ikut mood….ehehehehhe

    Reply
  13. Pejuang Kesenian Extreme says

    September 14, 2011 at 7:06 pm

    Nampak gayanya aq kena tukar habis aq la sebab suka baca surat khabar awal pagi..Pasal bagi aq,aq tak ada masa nak baca semua tu waktu lain…

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 4:13 pm

      nih dah tahap busy nih… aku ada masa lagilah nak baca surat khabar… aku tak baca pun…. sekali imbas n ikut mood jugak…

      Reply
  14. nuriz says

    September 14, 2011 at 8:22 pm

    lama tak membaca motivasi, memang kalau nak bermulanya hari tu, kalau kita tak berfikiran positif atau baik pd hari tu, memang semua jadi tak ok..biasa la kan kita ni kdg2 tak ok kdg2 hormon tak betul heeee

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 4:15 pm

      perempuan selalu hormon tak ok…hehe…

      Reply
  15. kopisoda says

    September 14, 2011 at 11:26 pm

    aku akan cuba lakukan tips2 ini. memang berguna untuk diri sendiri 😉

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 4:03 pm

      Insyallah…sama2 aku pun kena berusaha jugak.

      Reply
  16. syahrilhafiz says

    September 15, 2011 at 12:48 am

    bagus tip ni, suka yang sarapan tu
    kalau tak memang tidur dalam kelas..hehe

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 3:49 pm

      tidur. buat peta.. hehe

      Reply
  17. Amirez says

    September 15, 2011 at 9:34 am

    setuju dengan point baca surat khabar awal pagi tu. dalam surat khabar lebih berita masalah daripada hal-hal yang baik. secara tak langsung boleh buatkan kita sedikit atau banyak morale down atau lemah semangat

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 3:44 pm

      kepala bertambah serabut jadinya.. huhu

      Reply
  18. bEe says

    September 15, 2011 at 4:29 pm

    Alamak zik…
    bEe bgn skang ni dah tak sempat nak pikir mcm yg zik list kat atas…
    Bgn terus pikir nak buat susu anak, salin pampers anak…. nak kemas brg2 utk suami (kalau sempat nak msk pagi) kuikuikui

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 3:43 pm

      buat mana yang termampu jerlah sis.. hihi

      Reply
  19. akubiomed says

    September 15, 2011 at 4:30 pm

    Kalau di kolej dahulu saya suka tampal kata semangat di dinding kerana setiap kali bangun dari tidur mata akan tertumpu poster berkenaan. Cara ini dipanggil subconscious mind control(kawalan minda bawah sedar) biasanya kita lebih banyak mengunakan logik tapi ini berlainan sedikit.

    Jangan pula yang tampal poster gambar artis di dinding pula 🙂

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 2:34 pm

      artis tuh nanti lain pulak dibuatnya…hehe… yang kata2 semangat tuh ada jugak buat…

      Reply
  20. dnoBiz says

    September 15, 2011 at 11:28 pm

    aku biasa pikir dan rancang sebelum tidur…
    Pagi hanya laksanakan…
    Ps : masuk bab motivasi apa yang terbayang di kepala aku hanyalah Dr Fadzilah Kamsah 😀

    Reply
    • Zik says

      September 16, 2011 at 2:33 pm

      come to mee…

      Reply
  21. Introducer maybank says

    August 31, 2016 at 11:35 pm

    Slmt pagi semua….pagi yg ceria…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Motivasi

Jangan berhutang dengan Along!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGKami bukan along, kami mahu tolong ma!! Salam …

Motivasi Pengumuman

Selamat hari guru!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGSelamat hari guru! Assalamualaikum dan salam s…

Motivasi

Video: Jangan pernah berputus asa, (kisah benar!)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Penulisan dari Brother Hairil Hazlan (mancai)…

%d bloggers like this: