• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • Ad Block Detection Notice

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • Ad Block Detection Notice
You are here: Home / Akademik / Tema dan Logo kemerdekaan , Negaraku Sehati sejiwa 2017

Tema dan Logo kemerdekaan , Negaraku Sehati sejiwa 2017

August 4, 2017 by Zik 1 Comment

Share this on WhatsApp

hotTHE BERKAT DOT COMhot

negaraku sehati sejiwa, logo sehati sejiwa, tema merdeka 2017,

Tema kemerdekaan tahun ini ialah Negaraku Sehati Sejiwa.

Sambutan kemerdekaan ke-60 tahun ini, bertujuan menzahirkan semangat sehati sejiwa dan meningkatkan gelora patriotik terhadap negara dalam kalangan rakyat. Sama seperti tahun lepas, cuma logo ada tukar lah.

Sesungguhnya nikmat keamanan, rakyat yang berbilang kaum paling banyak dalam negara kita ini, menjadikan sebuah negara yang unik tersendiri. Memang kadang-kadang ada isu perkauman yang berlaku dalam negara kita, tetapi semuanya tidaklah banyak. Kita harus tidak lupa perjuangan nenek moyang kita yang telah pertahankan kota kemerdekaan sejak dari dulu lagi.

Ekspresi menerusi hashtag #sehatisejiwa turut menunjukkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat yang lebih memahami Perlembagaan serta Rukun Negara yang merangkumi semua aspek iaitu saling menghormati dan meraikan kebersamaan.

Matlamat sehati sejiwa adalah mengenepikan perbezaan pandangan mahupun fahaman politik serta membentuk jati diri rakyat dalam meraikan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Maksud sehati sejiwa. 

Sama seperti tahun lepas sehati sejiwa punyai maksud yang tersurat dan tersirat,

Sehati Sejiwa yang menggambarkan keutuhan, perpaduan, kesefahaman, bersatu dalam menempuh saat kejayaan dan detik kesusahan seluruh rakyat negara ini. Rakyat Malaysia dituntut supaya taat setia tanpa berbelah bahagi. Jiwa raga dan kesetiaan hanya kepada tanah air tercinta.

Tanpa rasa curiga apatah lagi mewujudkan onak duri dalam usaha untuk memporakperandakan negara. Lebih malang lagi jika wujud tindakan cuba menggulingkan negara, ternyata mengundang kemusnahan dan ketidaktenteraman dalam kalangan warga di tanah air tercinta.

Jika kita mengamati bait-bait lirik Hari Kebangsaan sejak tahun 2015-17 ternyata lagu ini menyuntik semangat dan roh perjuangan rakyat Malaysia. Lirik ini mengajak kita agar memantap jiwa lebih tabah dan kental menempuh segala rintangan dan dugaan yang menimpa negara ini.

 

Jiwa merdeka

Tema kali ini mengajar rakyat Malaysia agar dapat membina semangat sehati sejiwa di mana jua kita berada. k. Lirik ini jelas menyeru agar rakyat Malaysia sehati sejiwa tanpa curiga, memantap perpaduan demi kesejahteraan bersama. Malah jarak antara negeri-negeri Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bukanlah pemisah dan penghalang ke arah keutuhan bersama.

Sehati sejiwa turut membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta bersatu dalam apa juga kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara tercinta Malaysia.

Walaupun berbeza adat resam, kepercayaan dan budaya, namun bukan faktor untuk kita berselisihan. Masyarakat yang berjiwa merdeka meletakkan kepentingan umum lebih utama daripada kepentingan sendiri. Walaupun kita berbeza budaya, tapi kita masih mampu mencari titik pertemuan demi perpaduan dan kelangsungan bangsa Malaysia.

Suka dan duka bersama

Semangat sehati sejiwa ini terbukti ketika Malaysia ditimpa musibah, bencana atau kemalangan. Kejadian banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan di Sabah serta beberapa kawasan pedalaman dirasai bersama seluruh rakyat Malaysia. Kejadian gempa bumi di Sabah juga dirasai bersama oleh warga Malaysia. Tanpa diarah dan diminta, rakyat Malaysia membantu secara sukarela menyelamat mangsa banjir. Jelasnya, detik suka dan duka perlu dirasakan bersama dalam satu negara.

Begitu juga insiden misteri kehilangan MH370 dan tragedi MH17 yang menjadi polemik antarabangsa juga dirasai, dijiwai dalam hati nurani rakyat Malaysia. Walaupun kes ini belum lagi selesai, kita terpanggil untuk menyatakan hasrat dan doa agar semuanya mendapat jawapan yang pasti.

Ini sejajar dengan salah satu prinsip 'towering personality' iaitu individu yang berjiwa merdeka. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang proaktif dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Individu yang berjiwa merdeka ialah berfikiran kreatif, inovatif dan penyayang. Bukan sekadar pengguna namun mampu mencipta dan menampilkan idea-idea baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat, individu berjiwa prihatin saling bantu membantu dan bertoleransi demi kelangsungan bangsa dan negara.

Suntik semangat merdeka

Prinsip Kemerdekaan bukan sekadar bebas untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati. Masyarakat yang berjiwa merdeka mestilah seorang patriot, hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh.

Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin hingga mampu memartabatkan jati diri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan tidak berbelah bahagi.

Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri.

Jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan, tema atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara.

Memiliki jiwa yang merdeka bermaksud mempunyai ketenangan hati dan minda, kehidupan membahagiakan di samping insan-insan tersayang. Untuk memiliki jiwa merdeka bukan bermaksud menggunakan saluran apa sahaja untuk melebar luaskan pandangan dan menuduh pihak tertentu dengan sebebasnya sehingga melanggar undang-undang negara.

Hargai erti kemerdekaan

Semangat 'sehati sejiwa' perlu diterap dalam diri generasi muda masa kini ini agar mereka menghargai erti kemerdekaan seterusnya mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Program seperti Semarak Sehati Sejiwa Komuniti 1Malaysia dan program kemerdekaan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dapat membina semangat bersatu dalam menghadapi cabaran-cabaran yang ada.

Semangat semarak ini perlu ditekankan khususnya dengan perisian semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda kerana erti kemerdekaan itu bakal melahirkan kekuatan ekonomi negara. Semangat perpaduan tanpa huru-hara atau semangat curiga-mencurigai antara satu sama lain perlu ditanam dan disuburkan agar rakyat Malaysia menghayati nilai dan semangat kemerdekaan sebenar.

Roh dan semangat sehati sejiwa perlulah dihayati dan diinsafi. Jadilah rakyat yang setia kepada negara yang satu - Malaysia dan sejiwa dalam menempuh segala dugaan dan rintangan bersama demi negara tercinta.

Bermula dari satu hati dan satu jiwa yang mempunyai rasa yang sama sejurus akan mengundang kerjasama. Perkara ini perlu dirasai oleh setiap pemimpin, rakyat, keluarga mahupun suami isteri untuk mendatangkan rasa yang sama bagi membawa sebuah etika dan peradaban mulia dalam jalinan permuafakatan. Dari sudut perspektif agama Islam, sehati sejiwa amat diperlukan seiring dengan perpaduan dalam kalangan umat Islam bagi memastikan kehidupan yang harmoni dijalinkan antara kaum dan bangsa yang lain.

Teras utama dalam agama Islam yang merupakan cara hidup untuk mewujudkan kesatuan umat adalah menekankan kepada satu akidah iaitu iman yang kukuh berkeyakinan kepada ALLAH SWT. Hati yang beriman ini adalah kenal kepada ALLAH SWT dengan berasa takut dan meninggalkan larangan-Nya serta melaksanakan segala perintah-Nya. 

Lagu ini dinyanyikan oleh aliff satar, bukan aliff aziz ya. Hehe

More from my site

  • Sajak merdeka 2017, sehati sejiwa.Sajak merdeka 2017, sehati sejiwa.
  • Tema hari kemerdekaan 2015, Sehati sejiwaTema hari kemerdekaan 2015, Sehati sejiwa
  • Sajak merdeka 2016, sehati sejiwaSajak merdeka 2016, sehati sejiwa
  • Lirik lagu sehati sejiwa, kemerdekaan 2015Lirik lagu sehati sejiwa, kemerdekaan 2015
  • Menjadi lebih kreatif part2Menjadi lebih kreatif part2
  • Ikan laga dan cara penjagaan Ikan laga dan cara penjagaan

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Akademik Tagged With: maksud tema merdeka sehati sejiwa, sehati sejiwa, tema dan logo merdeka 2017, tema merdeka 2017, tema merdeka sehati sejiwa 2017

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Comments

  1. mrhanafi says

    August 4, 2017 at 10:08 pm

    negara merdeka dari jajahan fizikal..

    rakyat t terjajah dengan keadaan ekonomi tidak menentu..

    kita boleh merdeka hanya dengam kuasa ekonomi yang mantap..

    banyak duit dan banyak harta.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com







THE BERKAT

Doa Selepas Solat

Cara Solat Istikharah

Cara Solat Tahajjud

Cara Solat Taubat Nasuha

Cara Mandi Wajib

Recent Posts

  • Lirik lagu Hati, Hael Husaini
  • SAHIFAH: LEMBARAN HADIS RASULULLAH SAW
  • Live streaming Final Indonesia vs Vietnam sukan sea 10.12.2019
  • Live streaming Myanmar vs Cambodia sukan sea penentuan 3&4 10.12.2019
  • Gegar Vaganza 6 minggu ke 9 2019

Sponsored Links :

 

 

hotSiapa Cakap Nak Bercuti Macam Neelofa Kena Pakai Duit Banyak Giler?hot

 

 

 

 

 

eBook Google Ads For Newbie: 15 Minit Google Ads!

Buat duit dengan Applikasi Andriod




Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan


Buat Duit Dengan Blog Part1

Ada blog? Buat duit dengan blog denganPOPCASH.NET!!

Jom Shopping ke JD SPORT

Jana Income 4-5 angka Shopee Sebulan!!





 




Kategori/Sitemap

Archives

Langgan artikel blog ini ke email anda secara percuma!!

Enter your email address:




Delivered by FeedBurner





Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Copyright © 2019 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • Ad Block Detection Notice
%d bloggers like this: