Ini benda yang selalu terjadi bila lepas SPM. Biasa yang result just so so inilah yang menjadi kacau bilau bila dah dapat surat tawaran dari kolej swasta lah, inilah itulah. So kebetulan, baru jer minggu ini keputusan SPM 2016 diumumkan. Untuk tahun 2016, ada sedikit penurunan dari graf keputusan cemerlang spm kali ini. Itu kita tak ambil kiralah ya. So, sekarang ini ialah mengenai hala tuju pelajar spm kita ini, nak masuk tingkatakan 6 ker?
Masing-masing ada pendapat sendiri. So disini aku telah menggariskan beberapa panduan untuk entri yang lepas, mengenai hala tuju pelajar selepas SPM.
So bagi yang nak sambung belajar masuk tingkatan 6 ini, jangan muka terus mencuka bila tengok kawan korang tuh dapat sambung Matriks, Diploma, Sijil ke. Sebenarnya tingkatan enam ini ada kelebihan yang korang tak tahu. Biasa cikgu kat sekolah akan bagi galakkan untuk korang sambung belajar nih.
Terus Sambung Ijazah (degree)
Ada setengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma adalah membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama, atau lebih seperti membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan 6 adalah sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang baik, maka boleh lah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung Ijazah selepas itu. Laluan tikus tuh beb, lebih kurang matriks jer, tapi matriks setahun jer. Ada jugakla inisiatif kita terus ke ijazah kan. Tapi result nak kena gempak, dan syarat mininum nak ke U tuh mesti lepas. Dah dah lepas, lagi mahu sembang nak sambung degree.
Tempoh Setahun Setengah (masa singkat)
Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan 6 juga adalah merupakan satu pilihan yang bijak kepada bakal pelajar ini jika sambunglah kan. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui Diploma (3 tahun, tiga tahun setengah) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka melalui laluan Tingkatan 6 (1 1/2 tahun) adalah lebih menjimatkan.
Kerja Kursus (assignment)
Melalui sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang baru, dengan adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred yang selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin. Ada kelonggaran disitu. Banyak lagi boleh diimprove lagi.
Murid : Guru
Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru.
Peluang ke IPT
Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana kebenarannya tak pula dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6 yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.
Setaraf Diploma
Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Kalau korang mohon Kerja kerajaan, (askar, gaji mungkin sama grednya bahkan mungkin lebih ikut sijil STPM nih. Hurm menarik tuh kan.
Yuran Murah.
Ini memang diakui, yuran pengajian bagi Tingkatan 6 adalah jauh lebih murah berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Bayar ikut tahun, bukan ikut semester bro. Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah antara pilihan yang paling tepat, buat sementara waktu. Ikutlah mana yang mampu.
Ulang Subjek Gagal
Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem Tingkatan 6 yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.
Kursus Perguruan
Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti kursus perguruan adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan pilihan memberikan kelebihan kepada pelajar Tingkatan 6 untuk diutamakan. Ada percentage dia kalau tak salah lah.
Biasiswa
Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar negara. Itu terpulang kepada result kita tuh nanti. Kalau dulu, bagi yang layak ada dapat biasiswa untuk setiap bulan bagi pelajar tingkatan 6. Tak pasti kalau sekarang nih macam mana?
Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar
Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu. Tapi bahasa lain penting juga, english tuh kita kena improve bila dah masuk ke peringkat lebih tinggi, Universiti. Sebab ia bahasa Internationale. Tak salah kita memartabatkan bahasa kita, tapi bahasa lain kalau kita improve , itu lagi bagus.
Anything else?
Bagi aku, mungkin dari segi pakaian ada lain sikit dari pelajar lain. Sebab tingkatan enam nih kira paling senior dalam sekolah. Cuba korang senaraikan lagi kelebihan masuk tingkatan 6 nih? Kot-kot ada nak tambah ke, macam mana ke?
credit to cikgu hailmi.com
akubiomed says
Tingkatan 6 kurang popular tetapi adalah option terakhir sebelum ke menara gading. Lebih ramai memilih untuk masuk kolej dapatkan diploma dan seterusnya sambung ke peringkat ijazah.
Syahid says
Tajuk lama tp baru baca. Sbnrnya form 6 ni better la pd aku walau aku pon hanya sempat duduk 6 bawah je.x sempat nk 6 atas sbb masuk uitm. Aku tmbh skit la apa yg admin ckp. Form 6 ni ada biasiswa/elaun. Masa aku dlu aku class sains.so dpt dlm rm550 utk 6 bln 6 bawah. Clas sastera dpt rendah sikit. Xtau la skrg ada lg x. Lg 1, form 6 ni cikgu/skolah x kacau sgt dgn pelbagai xtvt bagai. So agak free sikit banding form1-5.
Sekian