Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for tema merdeka sehati sejiwa 2017

tema merdeka sehati sejiwa 2017

Tema dan Logo kemerdekaan , Negaraku Sehati sejiwa 2017

Zik · Aug 4, 2017 · 1 Comment

negaraku sehati sejiwa, logo sehati sejiwa, tema merdeka 2017,

Tema kemerdekaan tahun ini ialah Negaraku Sehati Sejiwa.

Sambutan kemerdekaan ke-60 tahun ini, bertujuan menzahirkan semangat sehati sejiwa dan meningkatkan gelora patriotik terhadap negara dalam kalangan rakyat. Sama seperti tahun lepas, cuma logo ada tukar lah.

Sesungguhnya nikmat keamanan, rakyat yang berbilang kaum paling banyak dalam negara kita ini, menjadikan sebuah negara yang unik tersendiri. Memang kadang-kadang ada isu perkauman yang berlaku dalam negara kita, tetapi semuanya tidaklah banyak. Kita harus tidak lupa perjuangan nenek moyang kita yang telah pertahankan kota kemerdekaan sejak dari dulu lagi.

Ekspresi menerusi hashtag #sehatisejiwa turut menunjukkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat yang lebih memahami Perlembagaan serta Rukun Negara yang merangkumi semua aspek iaitu saling menghormati dan meraikan kebersamaan.

Matlamat sehati sejiwa adalah mengenepikan perbezaan pandangan mahupun fahaman politik serta membentuk jati diri rakyat dalam meraikan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Maksud sehati sejiwa. 

Sama seperti tahun lepas sehati sejiwa punyai maksud yang tersurat dan tersirat,

Sehati Sejiwa yang menggambarkan keutuhan, perpaduan, kesefahaman, bersatu dalam menempuh saat kejayaan dan detik kesusahan seluruh rakyat negara ini. Rakyat Malaysia dituntut supaya taat setia tanpa berbelah bahagi. Jiwa raga dan kesetiaan hanya kepada tanah air tercinta.

Tanpa rasa curiga apatah lagi mewujudkan onak duri dalam usaha untuk memporakperandakan negara. Lebih malang lagi jika wujud tindakan cuba menggulingkan negara, ternyata mengundang kemusnahan dan ketidaktenteraman dalam kalangan warga di tanah air tercinta.

Jika kita mengamati bait-bait lirik Hari Kebangsaan sejak tahun 2015-17 ternyata lagu ini menyuntik semangat dan roh perjuangan rakyat Malaysia. Lirik ini mengajak kita agar memantap jiwa lebih tabah dan kental menempuh segala rintangan dan dugaan yang menimpa negara ini.

 

[Read more…] about Tema dan Logo kemerdekaan , Negaraku Sehati sejiwa 2017

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.