

Kita harapkan pemain dapat lakukan yang terbaik dalam pertemuan final kedua di stadium Mydinh Hanoi Vietnam pada hari sabtu ini 15 disember 2018.
Penjaring gol penyamaan, Safawi Rasid lega apabila akhirnya mampu menjaringkan gol namun perjuangan masih belum tamat untuk Malaysia kerana perlawanan masih berbaki 90 minit di Hanoi nanti.
Bintang muda negara itu, turut memuji semangat juang rakan sepasukannya yang berjaya bangkit meskipun ketinggalan dua kali dalam perlawanan separuh akhir pertama.

“Pertama saya akhirnya dapat jaringkan gol tetapi perlawanan masih berbaki 90 minit di Hanoi dan sudah pasti di sana nanti perlawanan yang sukar buat kami namun tiada yang mustahil. Kami akan beri yang terbaik untuk membawa pulang piala ke Malaysia.
“Rakan-rakan pasukan telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Mungkin kesilapan lepaskan gol di minit awal dalam perlawanan tadi namun secara keseluruhan kami telah beri yang terbaik,” katanya.
Dalam aksi final pertama, Malaysia berjaya bangkit untuk mengikat Vietnam 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Pasukan Harimau Malaya akan berkunjung ke Hanoi dalam aksi final kedua di Hanoi, Sabtu ini. Hari ini pasukan harimau malaya sudah sampai di hanoi, keadaan semua ok. Cuaca disana agak sejuk 16 darjah celcius. Kita harapkan pemain dapat sesuaikan keadaan disana nanti. All the best buat pasukan harimau malaya ok!!
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply