Kepada yang tak tahu, kerajaan telah perkenalkan sistem MyDeposit. Tujuannya untuk membantu golongan M40 iaitu golongan isi rumah yang berpendapatan RM3,000-RM9,000 dengan membiayai deposit rumah pertama mereka. Skim ini sebenarnya dah ada, cuma akan dibuka semula pada november 2017. Setelah diumumkan ada peruntukkan dalam bajet 2018 oleh Ds Najib tun Razak.
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.