Merupakan sinopsis drama mengenai titian cinta. Drama ini trending kerana ada pelakon hensem fattah amin, owh bukan zul ariffin. Semua duk melting. Drama Titian Cinta ni digarap dari imiginasi seorang wanita. Isu-isu yang dibangkitkan pun adalah perkara remeh yang biasanya bermain diminda wanita.
- Keluarga orang kampung.
- Masih belajar di Institusi Pengajian
- Duduk rumah sewa yang fully furnished berdua saja di Shah Alam.
- Tiba-tiba berkenalan dengan lelaki kacak dan kaya.
- Benci yang akan diakhiri cinta
- Watak jahat yang wajib ada sifat tamak dan mengada-ngada.
- Dah nikah tapi suami tak sentuh, hehe tapi sentuh juga malam pertama jerla duk asing2 kan.. (tapi ehem2 jugak)
Kelakar!
Nasib baik Zul Ariffin yang berlakon.
Sedap juga mata menontonnya.
Kalau awak yang berlakon, saya rela jadi heroinnya. Ouch!?
Cerita dia lebih kurang macam nih. Kiranya sepatutnya harris dan Sofia dijodohkan atas pilihan mak harris nihla kan. Tapi harris memang tak berkenanla. Apatah nenek dia pun memang tak langsung. Disebabkan Datin Sri nora baik dengan mak Sofea, so match maker jerla. Hurm..Sofea nih masih lagi belajar dengan kawannya aisy nih. Duduk satu rumah.
Nak dijadikan cerita, masa kawan aisy nih siapa Daniel memang berkawan dari kecil, kira satu kampunglah. So diaorang pun sambung belajar dekat MSU jugak. So daniel nih memang suka bangat sih dengan Sofea. Apa-apa permintaan dia nak daniel akan buat yang Sofea inginkan, walaubagaimanapun Danial bukanlah ciri lelaki yang dicari Sofea. Sementara itu, Sofea cuba memenangi hati Harris dengan bantuan ibu Harris, Puan Sri Nora. Danial yang cemburu mengambil keputusan untuk menculik Sofea. Namun sebaliknya, Aisy yang diculik. Aisy berjaya melepas diri dan terserempak dengan Ryan meminta pertolongan.
Hubungan Ryan dan Aisy menjadi lebih rapat selepas insiden tersebut dan Ryan telah melamar Aisy untuk menjadi tunangnya. Sofea mula cemburu dengan hubungan mereka berdua. Dia menganggap bahawa dirinya lebih bagus daripada Aisy selama ini. Pada suatu hari, Aisy telah mendapat berita bahawa tunangnya itu telah ditangkap khalwat dengan Sofea, Aisy tergamam. Ini memang rancangan Sofea untuk kahwin dengan Ryan.
Hati Aisy hancur berkecai. Harris telah memutuskan pertunangannya dengan Sofia. Aisy juga membuat keputusan yang sama. Hajah Mariam amat bimbang dengan emosi Aisy dan memaklumkan bahawa cucunya Harris akan dikahwinkan dengan Aisy.
Kisah percintaan mereka berdua bermula bila aisy balik dari London.
Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.
Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.
Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.
Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.
Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula.
Masalah aisy boleh mengandung atau tidak setelah keguguran disebabkan kemalangan (langgar lari) plan oleh sofea. Ibu sofea suruh harris kahwin lain dengan (poligami) bila dia ada point aisy tak boleh mengandung.
Ayah sofea meninggal dunia apabila Datin sri datang ke rumah tunjukkan gambar mirip aisy yang 4 tahun dahulu. Menyebabkan Ayah aisy jatuh diserang penyakit Jantung. Meninggal dunia di hospital. harris mahu siasat perkara ini , siapa dalang yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Sudah tentunya datin nora kena tanya dengan harris, sofea juga mahu melarikan diri setelah keadaan dah kantoi. Sementara aisy dalam menenangkan fikiran di kampung, ryan datang ke terengganu nak tengok aisy.
Boleh lagi dia buat macam tuh, Aisy pengsan kat tepi pantai masa Ryan nak kejar bagitahu dia masih ada hati dengan Aisy. Dalam masa tuh jugak, Harris dah sampai jugak, terus kena sebijik ryan. Bawak terus ke hospital sebab ada pendarahan. Masa dekat hospital ada berita baik rupanya. hurm. Kuasa Allah kan.
Tapi orang dengki nih memang tak akan berputus asa, Sofea mahu gugurkan kandungan itu lagi. Daniel pun ada rancangan tersendiri, ryan pun jumpa dengan mak haris. Keadaan dah kacau bilau nih. Bila siasat punya siasat. Rupanya Puan Sri Nora ibu tiri kepada ryan, Tan Sri hakim dah kahwin dua rupanya, memang frust giler Puan Nora. Maka Ryan dan Harris adalah adik beradik tiri.
Apakah kesudahan cerita ini? Nantikannya..
Watak dan role.
Zul Ariffin sebagai Umayr Harris
Farah Nabilah sebagai Rahadatul Aisy
Tisha Shamsir sebagai Sofea
Daler Yusuf sebagai Ryan
Shah Jaszle sebagai Danial
Dian P. Ramlee sebagai Hajah Mariah
Marisa Yasmin sebagai Puan Sri Nora
Arash Mohd sebagai Tan Sri Hakim
Kuza sebagai Hajah Mariam
Rahim Jailani sebagai Haji Helmi
Dottie sebagai Sakeena
Adam Shadan sebagai Fahmi
Feiyna Taj sebagai Farah
Zul ariffin . (Harris)
Dia lebih lebih kepada ego. Seorang anak, dan suami kepada aisy. Dia sibuk dengan kerja. Bisnes apa aku pun kurang pasti. Tengok plan2 lukisan ye ye oh jer. Dia kerja jer memanjang. Memanglah kalau nak dibandingkan dengan bisnes Ryan tuh lagi besar. Tapi bukan itu yang menjadi ukuran untuk seorang yang mendambakan kebahagian. Kuat cemburu, tetapi bila jadi baik, Ya Allah pijak semut pun tak matilah. Baik sangat..
Farah Nabila sebagai Aisy.
Lemah, ditindas , pendendam. Seorang anak dan seorang isteri. Selalu jer kena buli. Kesian pun ada. Tapi nak buat macam mana dah cerita macam nih. Kan.Dia tidak berterus -terang. Semua duk pendam jer. Bila dah time meletup barulah nak menyesal.
Tisya Shamsir sebagai Sofea.
Watak jahat, sama dengan mak harris tuh. Huhu. Tak boleh tengok orang bahagia . Mesti ada rancangan jahat nak pisahkan orang yang baru nak mengecapi bahagia. Mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Dia kenakan Daniel, upah orang lain, dan juga Ryan pun jadi mangsa.
Yusof Daler sebagai Ryan.
Ryan yang pada asalnya baik pada permulaan cerita yang menyelamatkan aisy dari kena rogol. Tetapi apabila dikhianati oleh Sofea , kena tangkap khalwat. Sofea jadi kecewa dan memutuskan pertunangan dengan dia. Ryan juga masih dalam proses mencari ibu kandung dia. Melissa, dan Bapa dia adalah Tan Sri Hakim. Dia tidak masih boleh move on dengan apa yang berlaku, kira gila bayang lah. Entahla, kaya dah kaya. Tapi still nak juga dengan Aisy . Aisy sudah jadi isteri orang. Move on jerla. Ini masih nak whattsap, jumpa bagai. Pening arr..
Shah Jazzle sebagai Daniel.
Dia memang suka pada Sofea. Tapi sofea endah tak entah jer. Dia tak tahu dia dipergunakan oleh Sofea. Semua kerja , assignment dia buatkan. Apa yang dia suruh, semua dia buat. Cuma dia tak declare yang dia suka pada Daniel. Dah kena tangkap pasal kes penculikan. Setelah keluar dari penjara dia tak kerja, tapi dia memang ada dendam pada Aisy. Dia masih berhubung dengan Sofea, sebab sofea sudah twist cerita dah menanamkan kebencian kepada Aisy. Sofea menjadi master mind kepada Daniel.
Nenek Harris (Dian P. Ramlee sebagai Hajah Mariah).
Watak baik dan selalu menyebelahi Aisy. Menyokong apa tindakan yang oleh Harris setelah dia insaf lah.
Marisa Yasmin sebagai Puan Sri Nora
Puan sri nora yang asal boleh je. Boleh pulak nak jodohkan dengan sofea yang entah papa je. Dia suruh anaknya harris kahwin dengan sofea perangai macam tuh, Kaki kikis, mata duitan. Nampak je lelaki kaya, dah nak perangkap. Tapi cerita nih memang tak logik pun.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli novel titian cinta boleh beli disini
Leave a Reply