Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Sinopsis penuh drama titian cinta , tv3

Sinopsis penuh drama titian cinta , tv3

Zik · Sep 11, 2017 · 8 Comments

Share this on WhatsApp
titian cinta, titian cinta poster, poster drama titian cinta,
Drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman yang akan mengisi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Arahan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Hari ini bersamaan 11 september 2017, bermulalah episod, setelah menggantikan meh sandar lagi. macam mana agaknya cerita nih. Metop ker?? huhu
Senarai pelakon. 
Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin
Watak
  • Zul Ariffin sebagai Umayr Harris
  • Farah Nabilah sebagai Rahadatul Aisy
  • Daler Yusuf  sebagai Rayyan
  • Tisha Shamsir sebagai Sofia
SINOPSIS TITIAN CINTA 
Kisah cinta antara Umayr Harris (Zul ariffin) dan Rahadatul Aisy(Farah Nabilah). Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.
Harris ingin menebus kesalahannya itu. Dek kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.
Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Macam-macam dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.
Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?
Dari novel: 

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that’s the last thing I will do.” – ‘Aisy

credit to myinfotaip.com
Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment sinopsis drama titian cinta, sinopsis drama titian cinta episod1, sinopsis novel titian cinta, titan cinta zul ariffin, titian cinta

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. semaksaman says

    September 11, 2017 at 3:53 pm

    hari tu cuba cari novel ni..tapi tak jumpa pula..hmmm

    Reply
    • Zik says

      October 14, 2017 at 2:38 pm

      sold out tuh

      Reply
  2. hiburanpengetahuan says

    September 11, 2017 at 4:29 pm

    terbaik drama ni..tapi kdang terlepas episod ni..hmm

    Reply
    • Zik says

      October 14, 2017 at 2:38 pm

      boleh tengok ulangan

      Reply
  3. Noriza Rahman says

    September 19, 2017 at 8:35 am

    Selalu terlepas sebab nak solat maghrib, so tonton online je lah

    Reply
    • Zik says

      October 14, 2017 at 2:40 pm

      saya tengok pukul 9,,,

      Reply
  4. Skinny Queen says

    September 21, 2017 at 1:34 pm

    Episode 6 so sweet when Haris dokong Aisy….hurrmmm lme plak x kena dokong

    Reply
    • Zik says

      October 14, 2017 at 2:40 pm

      hehe.. yang itu jerla ramai yang kata sweet2 tuh.. yall

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.