Apepum, diucapkan tahniah kepada semua top5 finalis dalam pencalonan abpbh kali ke 31. Yang tak menang pun takpa. Cuba lagi untuk tahun-tahun akan datang kalau tersenarailah. Kalau korang perasan semua yang menang nih ada fan base , fan club yang ramai. So diaorang inilah yang akan undi artis kegemaran diaorang. Sekarang zaman dah macam nih. So tak boleh nak buat apa kan. Huhu.
Anugerah berprestij ini ditaja oleh Alha Alfa.
Jumlah undian semua dari online lebih kurang 24 juta undi. Manakala di laman web rasmi undi itu abpbh mencatatkan lebih kurang 7 juga pageviews tuh.
KUALA LUMPUR: Mencatat sejarah, pencalonan 13 kategori utama dan lima kategori online Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 merekodkan jumlah undian lebih 24 juta dalam tempoh sebulan mulai 25 Ogos lalu.
Statistik diperoleh daripada Media Prima Digital (MPD) iaitu pengendali laman web rasmi ABPBH, www.abpbh.com.my, menunjukkan sebanyak 24,271,342 undi diterima mulai 25 Ogos hingga 25 September lalu.
Selain itu, laman web berkenaan mencatatkan jumlah halaman dilihat (page views) sebanyak 7.2 juta setakat ini.
Pengerusi ABPBH 31, Shamshul Azree Samshir berkata, rekod undian lebih 24 juta adalah sejarah baharu bagi acara anugerah berprestij ini yang sudah lebih tiga dekad dianjurkan.
“Kita teruja mengumumkan jumlah undian diterima sepanjang tempoh sebulan proses undian ABPBH 31 berlangsung adalah lebih 24 juta merangkumi undian percuma dan boost, iaitu langganan akhbar digital BH sempena kempen edisi terbaru ABPBH.
“Ini adalah peningkatan berganda berbanding 1.5 juta undian yang diterima pada penganjuran ABPBH 3.0, tahun lalu.
“Kadar undian tertinggi ini membuktikan capaian ABPBH 31 secara digital kali ini adalah padu dan menepati sasaran. Ternyata, peralihan daripada proses undian melalui akhbar kepada digital, memberi impak memberangsangkan sesuai dengan perubahan dunia dan gaya hidup,” katanya kepada BH Online.
Shamshul Azree berkata, rekod baharu undian ABPBH 31 boleh menjadi petunjuk dalam memperkasakan acara anugerah ini untuk edisi seterusnya.
“Kempen agresif melalui media sosial selain pembabitan kelab peminat sebagai rakan promosi memberi impak tersendiri kepada acara ini,” katanya.
Mengenai persiapan malam kemuncak ABPBH 31 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), lusa, Shamshul Azree berkata, lebih banyak tiket diberi kepada kelab peminat terutama yang menjayakan program santai, #FANtastik di Istana Budaya, baru-baru ini, untuk menghangatkan acara.
“Kita sedar, tanpa peminat, ABPBH tidak akan mencapai sasaran. Setiap tahun, kita berusaha memastikan kelab peminat mendapat ganjaran hasil kerja keras mereka mengundi artis pilihan,” katanya.
Mengenai artis yang bakal membuat persembahan, Shamshul Azree berkata, pentas ABPBH 31 bertemakan Infiniti akan ‘dipanaskan’ barisan 18 penyanyi dan band terkenal yang membawakan lagu merentasi genre.
“Latihan intensif di studio disusuli lokasi acara giat dijalankan. Paling istimewa, segmen tribute kepada tokoh seni yang bakal menerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pasti menggamit memori peminat,” katanya.
Antara penyanyi yang akan membuat persembahan adalah Datuk Jeffrydin, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram, Misha Omar dan Amy Mastura. Tidak ketinggalan, generasi baharu iaitu Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli, Nabila Razali dan Ben Ladin.
Penaja utama anugerah ini ialah. Alha Alfa- Datuk Alfa.
TONTON JUGA : LIVE STREAMING ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2017
Senarai pemenang anugerah bintang popular berita harian yang ke 31 2017.
Ada 13 kategori yang dipertandingkan.
- Artis Baharu Lelaki Popular- Fendy Bakri.
- Artis Baharu Wanita Popular- Farah Nabila.
- Pelakon Filem Lelaki Popular-Zul Ariffin
- Pelakon Filem Wanita Popular- Emma Maembong.
- Pelakon TV Lelaki Popular- Fattah Amin.
- Pelakon TV Wanita Popular- Nur Fazura.
- Penyanyi Lelaki Popular- Khai Bahar.
- Penyanyi Wanita Popular-Wany Hasrita.
- Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular- Syamel dan Erni Zakri.
- Artis Komedi Popular-Zizan Razak.
- Artis Versatil Popular- Alif Satar.
- Pengacara TV Popular-Neelofa.
- Penyampai Radio Popular.- Haziq Hot FM
Kategori online ada 5 :
- Artis Sensasi Popular- Neelofa.
- Pasangan Serasi Filem-Fattah Amin dan Nurfazura.
- Pasangan Serasi Filem- Zul Ariffin dan Nurfazura.
- Instafamous Cilik Popular- Arif Jiwa
- Personaliti Media Sosial Popular-Fatimah Omar Mukhlis @thefamily.uk
ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT:
- Noor Kumalasari
ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR YANG KE 31, 2017!!
Dengan undian 2.5 JUTA lebih kurang 90.7 peratus undian.
Membawa kereta Citroe C4 Picasso dan sebuah troffi.
- WANY HASRITA!!!
Kita akan update dari semasa ke semasa, sila tekan f5 untuk ketahui keputusan terkini ok. Sekian terima kasih.
GERAK GEMPUR DARI BULAN OGOS YANG LALU.
Gerak gempur bagi menobatkan artis kesayangan meraih gelaran popular menerusi 13 kategori utama yang dipertandingkan pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 kian rancak.
Sejak dua minggu lalu, perang poster membanjiri media sosial dalam usaha kelab peminat meraih undi, baik daripada penyokong mahupun netizen yang tidak menyertai mana-mana persatuan pengikut artis.
Sejak undian dibuka pada 25 Ogos lalu, kelab peminat berusaha melakukan pelbagai strategi untuk membolehkan artis pujaan meraih trofi berprestij ABPBH 31 sekaligus mengangkat selebriti dalam takhta populariti.
Ibarat pilihan raya, pelbagai perancangan diatur kelab peminat termasuk melakukan hebahan melalui media sosial, berkongsi video, taktik undian silang antara kelab dan membuka bilik gerakan.
Tidak mahu melihat artis kesayangan terlepas daripada meraih sebarang trofi dalam tiga kategori utama dicalonkan, wakil kelab peminat Nur Fazura iaitu Kelab Fazbulous Warriors, Ieja memberitahu, ahli bekerja keras siang dan malam membuat promosi secara meluas di media sosial.
Matlamat mereka, kata Ieja, adalah melihat Fazura meraih sekurang-kurang satu trofi di pentas ABPBH 31 yang akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober depan.
“Selain membuat poster dan hebahan gerak gempur di media sosial, kami menumpukan masa untuk mengundi setiap detik tanpa henti.
“Artis memang tidak memantau kerja undian tetapi dia tahu apa yang kami lakukan sebab kami akan maklumkan kerja-kerja kami.
“Ini usaha kami sebagai kelab peminat untuk melihat Fazura meraih trofi berprestij ini. Kami mahu bakat serta usaha seninya dihargai peminat dengan pengiktirafan di pentas gah ABPBH kelak,” katanya kepada BH Online.
Hanya mengundi mengikut saluran biasa melalui laman web www.abpbh.com.my, setiap ahli bekerja keras memangkah undi tanpa henti sehingga undian ditutup pada 25 September ini.
“Kami tidak membuka bilik gerakan undian, sebaliknya berharap semua ahli kelab dan peminat yang menyokong artis kami untuk mengundi.
“Tempoh undian tidak lama. Dalam jangka masa berbaki dua minggu ini kami berusaha sehabis mungkin untuk mengundi.
“Setakat ini, tiada aktiviti luar yang dibuat untuk meraih undi. Ini kerana masing-masing bersemangat dan sibuk menumpukan masa untuk mengundi.
“Tetapi, kami akan saling berhubung untuk memastikan undian sentiasa berjalan setiap masa,” katanya.
Sentiasa memuat naik notis mengingatkan ahli kelab mengundi di media sosial, wakil kelab peminat Haqiem Rusli iaitu Qiemilio, Muhammad Ammar Halim berkata, pihaknya turut mewujudkan kumpulan WhatsApp untuk memantau kerja undi.
Malah, katanya, video ucapan artis dimuat naik di laman sosial untuk disebarkan ke laman sosial masing-masing.
“Kami gabungkan semua pautan undian dan boost kepada pengikut untuk mereka jalankan tugas. Setiap majlis atau acara yang dihadiri Haqiem, kami akan turun padang untuk tarik undi peminat,” katanya.
Tambah Muhammad Ammar, pihaknya bergabung dengan fanbase Qiemilio yang lain bagi mewujudkan Qiemilio United.
“Ini bertujuan mengingat atau memuat naik poster bagi menggalak pengikut laman sosial masing-masing mengundi untuk Haqiem,” katanya.
Biarpun gerak kerja mereka tidak membabitkan artis, namun, kata Muhammad Ammar, mereka mendapat sokongan Haqiem yang membuat video ucapan serta berkongsi poster dihasilkan kelab di media sosial.
“Bukan saja undian biasa di laman web ABPBH, sebaliknya kami juga membuat undian pukal dan diagihkan kepada semua ahli untuk mengundi.
“Kami tidak membuka bilik gerakan undian, sebaliknya memantau setiap ahli menerusi group WhatsApp.
“Memang tidak ada aktiviti luar bersama artis sebab masing-masing sibuk mengundi,” katanya.
Menjadikan platform mempromosikan filem sebagai kelebihan meraih undi, wakil kelab peminat, Syafiq Kyle iaitu Skylovers FC, Wan Najmudin Wan Mohd Noh memberitahu sepanjang bulan ini, Syafiq sibuk mempromosikan filem terbarunya, Langsuir.
Wan Najmudin berkata, perancangan diatur teliti sepanjang tempoh kempen termasuk menjadikan media sosial sebagai pentas meraih undi.
“Alhamdulillah, persiapan kempen dibuat secara teratur dan lebih terperinci jika dibandingkan sebelum ini.
“Antara cara yang digunakan termasuk mengoptimumkan platform media sosial, membuat posting hebahan mengenai Syafiq kepada peminat dan menyeragamkan penggunaan tanda pagar (#) dan bintang (*) untuk ditularkan.
“Sebagai pasukan, kami ada ketua yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan semua ahli membuat undian dari masa ke semasa. Kita juga sentiasa mengemaskini perkembangan kepada pihak pengurusan,” katanya.
Wan Najmudin berkata, sejak perubahan sistem undian yang dilakukan secara dalam talian sepenuhnya, kelab perlu lebih efisien dan komited bagi memastikan kemenangan Syafiq.
Beruntung kerana proses undian dipantau Syafiq yang sentiasa mengambil tahu kerja keras penyokongnya, aktor kacak ini turut meluangkan masa bersama ahli. Hero Langsuir ini juga sering berkomunikasi dengan mereka dari masa ke semasa.
“Sepanjang bulan ini, pergerakan Syafiq agak terbatas sebab banyak fokus kepada jelajah promosi filem terbarunya hampir di setiap negeri.
“Jadi, secara tidak langsung, Syafiq akan dekat bersama peminatnya di luar Lembah Kelang.
“Insya-Allah, kami turut merancang untuk mengadakan majlis Syafiq bersama kelab peminat, tidak lama lagi bagi merapatkan lagi hubungan antara kami,” katanya.
Sambutan ulang tahun kelahiran Alif Satar pada 17 September ini akan dimanfaatkan kelab peminatnya, Alifsatarofficialfc (asofc) untuk merapatkan hubungan. Selain itu, mereka berkongsi maklumat mengenai strategi diatur bagi memastikan kemenangan Alif di pentas ABPBH 31.
Tidak mahu melihat Alif pulang dengan tangan kosong pada malam kemuncak acara berprestij itu, wakil asofc, Siti Noorhanum Md Aroff berkata, setiap ahli disaran mengundi sepanjang masa.
“Demi melihat kemenangan Alif, kami bekerja keras melakukan yang terbaik dan mengumpul tenaga serta masa untuk mengundi.
“Kami sentiasa mengingatkan ahli agar mengundi. Alif tidak terbabit dalam proses undian kerana dia menyerahkan sepenuhnya kepada kami.
“Tetapi, kami akan sentiasa memaklumkan dirinya apa yang kami lakukan. Setiap ahli asofc akan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kemenangan Alif.
“Ini kita lakukan dengan melakukan promo di media sosial serta menarik undian daripada pengikut mereka di laman sosial,” katanya.
Aktiviti menonton wayang bersama artis kesayangan dijadikan medan untuk merapatkan hubungan antara Haiza dan kelab peminatnya, Haizatroopers. Ini termasuk berkongsi perkembangan mengenai gerak gempur sempena ABPBH 31.
Selain berhubung menerusi aplikasi WhatsApp bagi memantau proses undi, wakil kelab, Mohd Najib Ahmad berkata, mereka memfokuskan kepada satu daripada dua kategori yang dicalonkan dengan bergabung tenaga bersama kelab peminat lain.
“Haiza mengambil tahu setiap proses undian yang dibuat. Malah, dia sendiri terbabit sama dalam undian dan selalu bertanyakan peminat.
“Kami tidak ada bilik gerakan undian, tetapi cukup sekadar melalui group WhatsApp yang diwujudkan,” katanya.
Aktiviti menonton wayang bersama artis kesayangan mereka dianggap cara terbaik bagi merapatkan hubungan selain mengambil peluang untuk mengingatkan peminat untuk terus mengundi Haiza sehingga undian ditutup.
INFO
- Peminat boleh mengundi artis pilihan melalui www.abpbh.com.my sehingga 25 September ini.
- Sebanyak 13 kategori utama dan lima kategori online ABPBH 31 dibuka untuk undian.
- ABPBH 31 bertemakan Infiniti akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad, 7Oktober depan jam 9 malam.
- Pengeluar kosmetik, Alha Alfa adalah penaja utama ABPBH 31.
- Tanda pagar #abpbh, #abpbh31, #abpbh31infiniti, #infiniti, #bh dan #bhonline mula dikongsi di laman sosial sejakpengumuman ABPBH 31 kembali.
- Ikuti laporan semasa ABPBH 31 melalui laman web www.bharian.com danwww.abpbh.com.my
Leave a Reply