Drama klise macam biasalah. Haha.
Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu
Alma (Amyra Rosli) dan Raiyan (Fendy Bakry) bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.
Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.
Nek bonda yang digelar ‘Hitler’ orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.
Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.
- Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
- Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
- Delimawati sebagai Nek Bonda
- Hafidz Roshdi sebagai Huzail
- Elya Miera sebagai Dilaila
Jangan lupa saksikan kesudahan drama Kan Kukejar Cinta Kamu di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam.
Komen mengenai cerita ini dalam versi novel.
Kan Kukejar Cinta Kamu (KKCK) ni nampaknya membawa kita menyelami perkahwinan tanpa restu keluarga. Tambahan pula kedua keluarga saling bermusuh sejak sekian lama atas suatu salah faham yang tidak dileraikan.
Alma Hakim (Alma) berkahwin dengan Mukramin Raiyan (Ray) di Ireland 3 bulan sebelum mereka kembali ke Malaysia sejurus selepas menamatkan pengajian. Yang tragiknya, sehari selepas mereka kembali ke tanahair, Ray mengalami kemalangan dan disahkan amnesia. Kat sinilah cabaran macam mana Alma nak kembali ke dalam hidup Ray. Nek bonda (atau dipanggil Nenek Hitler), orang yang punya kuasa veto dalam keluarga Raqib tahu Ray dah berkahwin dengan Alma tapi sebab berdendam dengan keluarga Alma, Nek Bonda berusaha merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Sejarah hidup Ray pun habis di ‘alter’nya semata-mata mahu menafikan kewujudan Alma daripada hidup Ray.
Usaha demi usaha Alma berbaloi, bila dia berjaya menemukan dirinya dengan Ray di kelab malam yang biasa dikunjungi oleh Ray untuk menemukan semula memorinya yang hilang. Pertemuan kedua kalinya lepas tu pula menemukan Datuk Seri Hakim (bapa Alma) dengan Nek Bonda Ray. Dari situ Ray tahu keluarganya ada masalah dengan keluarga Alma. Tapi dalam masa yang sama Ray ada terasa ‘sesuatu’ antara dia dan Alma.
Alma ni pula memang jenis selamba. Dia suka buat sesuatu perkara ikut rasa hati dia je. Jadi, bila tahu Ray amnesia, dia berusaha menggoda Ray sampai berjaya buat Ray tewas dengan godaan dia. Heh. Yang kejamnya, Ray dah siap sedia dengan video camera untuk rakamkan adegan intim mereka tu. Bila keluarga Raqib berjaya beli saham syarikat bapa Alma, Ray gunakan video tu untuk mengugut Datuk Seri Hakim supaya melepaskan pegangan sahamnya dalam syarikat tu. Datuk Seri Hakim sangat kecewa sampai kena serangan jantung. Adik Alma, Faris pun kemalangan dalam masa yang sama angkara orang upahan Nek Bonda. Alma yang rasa dia patut bertanggungjawab atas semua kejadian yang menimpa keluarganya, menghilangkan diri selama 2 tahun. Sebelum tu dia sempat mengamuk di pejabat Ray dan berterus terang dengan Ray tentang status hubungan mereka.
Lepas 2 tahun Alma kembali untuk menuntut cerai daripada Ray sejurus lepas akhbar siarkan berita yang Ray akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Dah tentulah dengan gadis pilihan Nek Bonda si Dilaila tu. Yang menjadi masalahnya sekarang, perkahwinan mereka belum didaftarkan. Jadi, macam mana nak failkan perceraian? Masa inilah Ray memerangkap Alma dengan perjanjian yang agak berat sebelah, tapi sebenarnya bawa banyak kelebihan untuk Alma dalam usaha nak ‘mengikat’ Ray semula.
Masa inilah Alma berusaha mendekatkan diri dengan Ray walaupun banyak sangat prasangka daripada pihak Ray. Kesian Alma, dahla kena buang keluarga, Ray pulak asyik ingat Alma berkahwin dengan dia sebab nak perangkap keluarga dia. Dalam masa yang sama Alma berusaha mencari punca dan menyelesaikan masalah kedua-dua buah keluarga. Tabah betul Alma ni.
Siapa agaknya yang membongkar rahsia keluarga Raqib? Bagaimana penerimaan Nek Bonda bila kebenaran terbongkar? Berjaya tak agaknya ingatan Ray dipulihkan? Dapatkah perkahwinan mereka diselamatkan? Hehe. Kisah kali ni diakhiri dengan scene yang agak nakal. 😉
Komen saya: Suka dengan watak-watak sampingan yang banyak membantu mewarnakan KKCK ni. Lebih-lebih lagi Kalsom yang selamba dan Huzail yang agak lurus bendul tu.
Komen dari pembaca tegar Nilam:
Kesian sangat dekat Alma…seolah-oleh macam dia sorang sahaja yang terpaksa tanggung penderitaan akibat pemusuhan antara keluarga dia dan keluarga suaminya Raiyan..ini pun sebab mereka yang kawin rahsia kat Ireland..konon nak bersemuka family masing-masing bersama2..tanggung sama2 untuk beritahu rahsia tu last2..x sempat nk beritahu..Raiyan accident dan hilang ingatan..dah la family masing2 ada permusuhan dendam..
Nek Bonda tu nenek Raiyan tu memang kejam..grr..geramm..main lepas je cakap..smpai semua kena ikut telunjuk dia..sampai menghasut Raiyan untuk membalas dendam kat fmily Alma..
Patutlah tajuk Kan kukejar Cinta Kamu..rupanya Alma yang bersungguh2 kejar suami dia yang amnesia..tp byk dugaan yg Alma kena tempuh..smpai dia terpaksa hilang suami dan family nya buang dia..
Lepas setahun lebih dia pulang untuk mintak dilepaskan tapi Raiyan tak nak lepaskan Alma tp dgn syarat..syarat tu memang berat sebelah..tapi antaranya suruh Alma tinggal bersamanya selama 2 tahun..tp x sampai berapa bulan memang Raiyan tersungkur dgn godaan isterinya tu..tp disebabkan byk tukang cucuk..Raiyan ni mudah terikut dengar kata orang..menyampah betul dengan Raiyan ni..suka dengar cakap orang smpai diri pun terikut..lepas tu mula lah mabuk2..
Tapi penderitaan Alma tidak lama..satu-satu telah terbongkar..rupanya kisah fitnah yang diperkatakan ayah Alma bukan fitnah semata2..
Leave a Reply