Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis Drama Sang Pewaris, Ben Amir ft Amyra Rosli

Sinopsis Drama Sang Pewaris, Ben Amir ft Amyra Rosli

Zik · Nov 22, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sang pewaris.

Merupakan adaptasi novel.

Sang Pewaris ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Eyra Rahman dibintangi oleh Ben Amir, Amyra Rosli dan Fizz Fairuz. Sebuah adaptasi longgar dari novel 2019 bertajuk sama karya Fizziany, siri ini akan memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 pada 26 November 2020 mengantikan Lelaki Lingkungan Cinta. (Naim Daniel) yang dah habis minggu ini.

WATAK PELAKON. 

  • Ben Amir sebagai Megat Amer / Megat Dali / Kudin
  • Amyra Rosli sebagai Zara Aireena
  • Zarynn Min sebagai Puan Sri Kamariah
  • Fizz Fairuz sebagai Dr. Mahfuz
  • Zamarul Hisham sebagai Mahmud
  • Ieda Moin sebagai Chesom
  • Acong Sweetchild sebagai Pak Kadir
  • Sheila Mambo sebagai Mak Bedah
  • Zaefrul Nordin sebagai Tan Sri Megat Khairuddin
  • Harun Hashim sebagai Pak Samad
  • Wan Sharmila sebagai Malina
  • Fad Anuar sebagai Jamal
  • Mimi Ernida sebagai Zizi
SINOPSIS SANG PEWARIS (novel) 

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang diriny, banyak benda yang berlaku iaitu..

1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

Apa terjadi seterusnya?

Share this on WhatsApp

Drama Ben Amir ft Amyra Rosli, pewaris tv3, Sinopsis Drama Sang Pewaris, Sinopsis penuh drama pewaris

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.