Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Sinopsis penuh kasih berbisik tv3

Sinopsis penuh kasih berbisik tv3

Zik · Oct 22, 2014 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

image

Sebuah drama menarik bertajuk “ Kasih berbisik “ akan menemui penonton pada 1 Oktober ini hanya di TV3 dan Media Corp.Dah mula dah pun. Tiga episod nih ha baru aku nak buat sinopsis. Kui kui.

Drama sebanyak 13 episod itu akan disiarkan pada setiap Rabu jam 9.00 malam di TV3 dan 9.30 malam di Media Corp (tibie singapore)

Sinopsis cerita nih.

Kasih Berbisik mengisahkan Imran (Remi Ishak), seorang arkitek mengikut kawannya Andi ke Bali, Indonesia untuk mencari idea baru dan peluang kerjasama di sana. Andi seorang juru gambar tertarik dengan keindahan seni pulau termasuk seorang wanita bernama Sulastri dan seni tariannya. Andi menjadi obsess dengan kelembutan tarian Sulastri. Tapi andi nih tak gentle, segan nak bagitahu suka kat sulastri nih. Gambar koleksi di a dekat rumah bukan main banyak jer. Imran juga terpegun dengan kehalusan tarian Sulastri.

Dalam masa yang sama, Sulastri juga menghadapi masalah cinta dengan kekasihnya Dharma (keith foo)  yang didakwa melakukan jenayah rasuah dan akan dipenjarakan. Dharma berasa menyesal dan akan berubah apabila dia bebas nanti katanyalah masa time kena tangkap tuh. Puiiii lah lu.

Andi dan Imran pula semakin rapat dengan Sulastri. Berputik cinta antara Imran dan Sulastri. Imran akhirnya berkahwin dengan Sulastri tanpa mengetahui Imran sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai isteri bernama Nora. Time imran bagitahu kat andi, bukan main frust andi menjerit tak sudah bro. Salah lu, sapa tak mulakan. Duk ambik gambar jer. Huhu.

Selepas 5 tahun, Imran masih menyimpan rahsianya. Belum kantoi lagi. Tapi mak imran dah tahu, tapi suruh senyap-senyap jangan bagitahu kat nora. Malah mereka juga telah dikurniakan anak bernama Eka. Suatu jati, Sulastri terlibat dalam kejadian sehingga menyebabkan dia mati. Kejadian tersebut menyebabkan hidup Imran huru hara dan membawa Eka ke Singapura.

Nora yang mengetahui perkara yang sebenar berasa kecewa dan berubah menjadi panas baran. Imran menjadi murung dan terlibat dalam kemalangan. Mak Jah, ibu Imran membawanya balik ke Perlis untuk mendapatkan rawatan, pergi berubat katanyalah.

Di Perlis, Tina yang merupakan sepupu Imran yang belajar dalam bidang perubatan mengambil kesempatan untuk membuktikan cintanya pada Imran. Trylah mana tahu dapat.

Dharma pula yang sudah dibebaskan berdendam dengan Imran dan mahu memusnahkan hidupnya. Dah tuj bergaduh pulak dengan andi. Andi pulak kena masuk jail nanti. Aku amik port lah nanti tuh. Andi pula bertemu dengan seorang wanita bernama Lily yang wajahnya seiras Sulastri. Hah, time nih barulah lu nak belajar mengayat.

Drama Kasih Berbisik menampilkan pelakon 3 negara iaitu Keith Foo (dharma), Tasha Shila(tina) dan Remy Ishak (imran) dari Malaysia, Nurul Ain(nora) dan Nick Mikhail (andi) dari Singapura dan Demmy Febriana (sulastri) dari Indonesia.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan drama ini hanya di TV3 dan Media Corp bermula 1 Oktober ini. Selamat menontonya pun haduinya pun.

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment drama kasih berbisik, sinopsis penuh drama tv3 kasih berbisik, sinopsis penuh kasih berbisik tv3, tonton online drama kasih berbisik

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.